Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Tuesday 29 November 2011

Attaining happiness


I read an article from Bridget Menezes that appeared in the Sun 21/11/11).  It reads:
 
 " A life that has values is only possible when there is self-reflection through which there can be illuminating change.  Nowadays,  there seems to be a crisis or problem at every step in life. How do we deal with this? How do we prevent the self from becoming pessimistic or disheartened?  Knowledge of the self creates self-respect which enables us to gain a right perspective in life.

Why are the rich giving away their wealth in pursuit of happiness?  Is there more joy in pursuing this road that accumulating riches only to die and have no more control over their wealth?  Many rich die in poor circumstances, in huge mansions with no company except their servants and staff.  The realisation that material wealth is not the only path to happiness was well depicted in Charles Dicken’s Christmas Carol. 

The choice to be happy exist in everyone. The path to find happiness may take a lifetime and for some, never at all.



The needs for a balanced life are few: health, wealth and happiness. The individual’s attitudes and values determine the use or misuse of external things, be they money, people, opportunities or possessions.  Money is not the root of all evil; it is how we use it that creates the outcome - a benefit or corruption.

Someone who has found happiness of mind has attained everything.  What is the use of perishable things?  What exists today may not exist tomorrow.  On the hand, peace, happiness, love and spiritual powers are with us now and will be with us when we die.  No one can snatch them away from us. "


Bridget Menezes...
the author of Self-Empowerement and Spiritual Counsellor.
The star 21/11/11.

Surah al hasyr dan asma'ul husna



Aku pernah terbaca mengenai fadhilat membaca 3 ayat akhir surah al hasyr selepas solat subuh yang menyatakan bahawa Allah mempertaruhkan kepadanya 70000 malaikat yang berselawat kepadanya sampai ke petang. Ayat-ayat  suci  Al Quran  memang baik untuk dibaca.  Dikatakan lebih elok diamalkan  sekali pagi dan sekali petang..Membaca 4 ayat akhir surah ini pula termasuk didalam bacaan manzil dan juga bacaan al-ma'thurat.
Ayat 23 -  maksudnya:  Dialah Allah tidak ada tuhan selain Dia. Yang Menguasai (alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Menjaga Keamanan, Pemelihara Keselamatan, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan. Didalam ayat ini juga dikaitkan  7 nama-nama Allah dari senarai 99 nama-nama..
 1)  AS-SALAM (Maha Sejahtera) – nama Allah yang ke 5.
Kisah hikmah: Kisah musyrikin Makkah datang bertemu Rasalullah saw untuk mengolok2kan & memperlekeh2kan Baginda mengenai ajaran Islam, bahawa tuhan yang di sembah tidak seperti tuhan mereka eg, berhala mereka yang cantik, besar...Lalu mereka berkata kepada Rasulullah saw, "Wahai, Muhammad! Beritahu kami bagaimankah tuhanmu?' Lalu di turun wahyu daripada Allah swt kepada Baginda mengenai surah al ikhlas...Sememangnya layak bagi Allah swt mempunyai nama as-Salam yg Maha Sejahtera daripada segala sekutu & kekurangan...
 2) AL-MU'MIN (Maha Pemberi Keamanan) – Nama Allah ke 6..
Kisah hikmah - Persembunyian Aman di Gua Thur. Kisah penghijrahan Rasulullah saw dari Mekah ke Medinah. Rasulullah saw & Abu Bakar ra. dikejar oleh kaum kafir Quraisy. Rasulullah saw & Abu Bakar ra bersembunyi di dalam Gua Thur. Rasulullah saw melihat wajah Abu Bakar begitu cemas. Baginda lalu bersabda,"Tenanglah, kerana Allah bersama kita."  Selepas Rasulullah saw masuk ke dalam gua, Allah swt memerintahkan sebatang pohon utk menutup mulut gua.  Kemudian Allah swt mengutuskan seekor labah-labah untuk membuat sarang di pohon sehingga tidak menampakkan kesan kedatangan Rasulullah saw & Abu Bakar di gua tersebut. Kemudian Allah memerintahkan 2 ekor burung merpati agar berada dipohon dengan sarang labah-labah itu. Sungguh Allah telah memberikan keamanan kepada Rasulullah saw dan Abu Bakar dengan perantara pohon, labah2 & burung merpati.  Oleh sebab itu Allah menyandang nama indah al -Mu'min yang bererti Maha Pemberi Keamanan. 
3) AL-MUHAIMIN (Maha Mengawasi) – Nama Allah ke 7.
Kisah Hikmah: Bayi di dalam peti. Yukibid baru saja melahirkan anak lelaki yang diberi nama Musa.  Yukibid takut akan kekejaman fir’aun yang memerintahkan semua bayi lelaki dibunuh kerana ia bermimpikan bahawa singgahsananya akan dihancurkan oleh anak-naka lelaki keturuan Bani Israel.  Maka Yukibid pun memohon pertolongan Allah swt.

Allah swt menjawab doa Yukibid: “Wahai ibunda Musa, susuilah puteramu.  Tetapi apabila kamu masih bimbang akan keselamatannya, maka hanyutkanlah ia ke Sg. Nil.  Jangalah kamu takut dan berdukacita.  Kelak Aku akan mengembalikannya kepadamu dan mengangkatnya menjadi rasul.”  Yukibid pun memasukkan Musa ke dalam peti dan menghanyutkannya ke Sg Nil.  Akhirnya Musa ditemui dan dipelihara oleh fir’aun dan isterinya. Allah swt sentiasa mengawasi, melindungi dan memelihara seluruh hamba dan makhlukNya.  Oleh sebab itu Allah swt memiliki nama yang indah al-Muhaimin, Yang Maha Mengawasi.
 4) AL-JABBAR (Maha Pemaksa) – Nama Allah ke 9.
Kisah Hikmah: Kisah Nabi Musa as yang di kejar oleh tentera berkuda fir'aun, kemudian tersekat di tepi lautan. Atas perintah Allah swt,  Nabi Musa memukul tongkatnya ke lautan tersebut.  Lautan itu pun terbelah dan menjadi lorong-lorong untuk mereka lalui. Atas kehendak Allah swt jua, kuda-kuda fir'aun dan tenteranya menyeberangi lautan tersebut.  Sampai ditengah-tengah, laut yang terbelah itu kembali seperti asalnya.  Maka tenggelamlah fir'aun dan tentera berkudanya di dalam lautan tersebut.
 5) AL MUTAKKABBIR (Pemilik Segala Keagungan) – Nama Allah ke 10.
Kisah Hikmah: Peredaran matahari - Mengenai betapa sempurna & agungnya kekuasaan Allah swt. Dengan izin dan perintahNya, Allah swt meninggikan langit tanpa tiang.  Bahkan Allah swt meninggikan langit sangat jauh dari bumi hingga tidak diketahui hujungnya. Mengenai peredaran matahari,  bila sampai waktunya, terbit dari timur dan tenggelam di barat.  Ini adalah kerana matahari tunduk kepada perintah Allah swt.  Ini adalah satu bukti keagungan Allah swt. Keagungan ini sesungguhnya hanya dimiliki oleh Allah swt semata-mata. Dengan demikianlah Allah swt memiliki nama indah al-Mutakabbir yang bererti Pemilik Segala Keagungan...
6) AL-BARI' (Maha Mengadakan) – Nama Allah ke 12.
Kisah hikmah: Kisah ciptaan ulat sutera sebagai penghasil sutera yang menfaat kepada manusia. Bermula dari ulat yang ditinggalkan kupu-kupu, menjadi lava, kemudian ke pupa & menjadi kupu-kupu yang cantik. Metamorfosis ulat menjadi kupu-kupu ini merupakan satu keajaiban. Allah swt menurunkan sifatNya Yang Maha Indah kepada ciptaanNya.  Kupu-kupu menpunyai sayap yg nipis, rapuh dan warna warni. Tetapi yang ajaibnya, ianya boleh terbang jauh. Allah swt mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya, iaitu sesuai dengan kuasa  dan  kehendakNya. Kerananya Allah memiliki nama indah iaitu al-Bari' yang bererti Maha Mengadakan... 

 7) AL-MUSHAWWIR (Maha Pembentuk) – Nama Allah ke 13.
Kisah hikmah: Keistimewaan susunan tubuh. Tuhan melaksakan apa-apa yang Dia inginkan, sesuai dengan sifat yang Dia inginkan. Keisitimewaan susunan tubuh:
Peringkat 1 -  Nutfah:  Bermula selepas persenyawaan/minggu pertama.
Peringkat 2 - 'Alaqah: Peringkat pembentukan alaqah pada hujung minggu pertama/hari ke 7, telur yang sudah disenyawakan akan tertanam di dinding rahim (qarar makin).
Peringkat 3 - Mudghah: Pembentukan mudghah (daging) pada minggu ke 4.
Peringkat 4 - 'Izam & Lahm: Minggu ke 5-7, pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot yang akan membungkus rangka.
Peringkat 5 -  Nasy'ah Khalqan Akhar: Minggu ke 8, masuk ke peringkat janin. Bulan ke 3, semua tulang janin telah terbentuk sempurna. Kuku mula tumbuh. Bulan ke 4, uri dibentuk untuk melengkapkan bayi pramatang dalam kandungan dan wujud semua anggota. 
Peringkat ke 6 -  Nafkhur Ruh: iaitu peringkat peniupan ruh.
Membaca 4 ayat akhir surah al hasyr ini mengingatkan aku kepada ayat-ayat pembukaan yang di baca  untuk doa ratib al attas Asma'ul Husna.   Aku berpendapat bahawa 4 ayat akhir surah al hasyr ini adalah ayat-ayat yang kuat. Kerana didalamnya terdapat 7 nama-nama Allah. Allah swt memberikan ganjaran yang begitu hebat sekiranya kita boleh menghafal 99 nama-nama Allah ini.   
Ya Allah, janganlah Engkau tarik nikmat hidup aku. Janganlah Engkau tarik ingatan aku dan sihatkanlah aku sepanjang masa agar aku boleh beribadah kepadaMu. Apa jua ilmu yang telah Engkau berikan padaku, biarlah ianya kekal bersamaku. Amiin..amiin..Ya Rabbal ‘alamiin.  


Rujukani: "Menyingkap Kehebatan Nama-Nama Allah-keluaran Telaga Biru. 
Top of Form
Bottom of Form

Monday 28 November 2011

Peranan lidah...

 
Orang yang berkualiti dapat dinilai daripada kemampuannya menjaga lisan - lidahnya.  Mereka yang beriman pasti akan menjaga tutur bicaranya daripada mengeluarkan kata-kata yang buruk.  Ingin tau kualiti seseorang itu, lihat sajalah cara apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.

 
Rasulullah saw pernah  bersabda: " Siapa yang beriman pada Allah swt dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam". (HR Bukhari & Muslim.)

Rasulullah saw adalah contoh manusia yang sangat menjaga tutur katanya.  Baginda berbicara dengan orang ramai secara berakhlak. Isi bicara Baginda adalah kebenaran. Nilai ucapannya sangat tinggi, menembus hati, menggugah kesedaran, membekam ke jiwa serta dapat mengubah perilaku, dengan izin Allah swt.  Atas sebab itu, Nabi digelar ' Al Amin' kerana sejak kecil tidak pernah mendusta.

Manusia ini ada 4 kategori:

i)Berkualiti tinggi - bila berbicara, isinya sarat dengan hikmat, idea, ilmu, zikir dan penyelesaian.  Bermanfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain.  Bicara mereka bermotivasi dan berpandangan positif dalam setiap perkara yang diutarakan.

ii)Orang biasa sahaja - yang sibuk menceritakan peristiwa seperti kemalangan, rompakan.  Bercerita seolah-olah berada di tempat kejadian.

iii) Berkualiti rendah - selalu mengeluh, mencela dan menghina.  Apa-apa saja akan jadi bahan keluhannya. Hari-harinya penuh dengan bersungut.  Alangkah ruginya orang ini.  Hidupnya dikategorikan sebagai tidak dapat membezakan di antara nikmat dan musibah.

iv)Cetek fikirannya - berbicara hanya mengenai kehebatan dan kebaikan diri, sedangkan hidup adalah pengabdian diri kepada Allah swt. Golongan ini sering di lihat menonjol dan mendominasi.  Sekiranya ada yang lebih baik dari dirinya, maka dia tidak senang hati dan harap orang itu jatuh.  Oleh itu, berhati-hati bila berbicara.  Jaga tutur percakapan kita dan kurangkanlah berkata-kata yang buruk. Jaga lidah sebaik mungkin kerana ia adalah amanat Allah swt.

Dari Imam Ghazali - lidah antara nikmat Allah yang besar dan antara ciptaan tuhan yang amat indah dan ganjil. Keimanan dan kekufuran seseorang tidak terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Punyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula.  Anggota badan yang paling derhaka adalah lidah. Alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.  Begitu besar peranan lidah di dalam hidup kita.  Kita boleh masuk syurga kerana lidah dan kita juga boleh terjerumus ke neraka kerana lidah.  Maka dengan itu, kita perlu berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata...bijaklah menggunakannya.

Jika kata-kata kita yang menjadi penyebab orang sakit hati atau terguris, ia akan mendatangkan keburukan pada kita.  Kita perlu berfikir sebelum bercakap.  Sekiranya kata-kata kita itu akan mendatangkan dosa, lebih elok saja kita berdiam..Jarak di antara lidah dan hati hanayalah sejengkal tetapi sering berbeza pendapat.  Disebabkan lidah juga kita boleh menzalimi orang..dan ingatlah, doa orang yang dizalimi itu dikabulkan Allah.

Surah An Nisaa ayat 148: " Allah tidak menyukai perkataan buruk (yang diucapkan) secara terus terang, kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah swt Maha Mendengar dan Maha Mengetahui". Satu ungkapan dari Farsi berbunyi: "Takutilah keluhan orang yang dizalimi, penerimaan Allah swt datang menyambutnya."

Hadis lain pula Nabi bersabda..." Sesungguhnya Allah swt benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya". HR Imam Termidzi.

Di dalam doa solat sunat witir pun kita berdoa "Wahai Tuhanku, jadikanlah cahaya yang gemilang pada lidahku..."

Di dalam kita beribadah, bukan saja kita perlu menjaga solat, puasa dsb..akhlak melalui lidah pun kita kena jaga. Semoga ini menjadi ingatan kepada kita.......


diantara cabutan dari:
harian metro 27/11/11.
islamituindah.my.



Tuesday 22 November 2011

on happiness

 see the best in everyone  by  bridget menezes


While having breakfast near my house this morning, i read this article, an inspirational words in THE SUN that attracts my attention. To those who didn't have the chance to read it, here it is.

"You don't pursue happiness. It comes to you when you give it to others. HAPPINESS can be sponteneous & natural but it also requires nurturing & development. What brings happiness to many of us is the simple sharing of our lives, done with pure love.

People are always happy when they are with the the ones they love, especially in the absence of conflict. Some have little material wealth but they are happy. Children are good cases in point.





The quality of happiness depends on how receptive we are internally.  Small things like a beautiful sunset or a child's smile can make us happy.  If your happiness spills over into the lives of others and uplifts them, you can consider that  true happiness.



Imagine you've been asked to speak at a special occasion in celebration of someone else' life. Get help from others. Write their virtues out to make an uplifting gift. Instill in yourself the habit of seeing the best in everyone.  Focus on the positive and help others to be the best they can and you will remain happy.

When we give happiness to the world, out stock of happiness increases. It creates zeal and enthusiasm, creativity and adventure.  Great work is done when we are happy.

Happiness is not in things, people or physical comforts, but it is in the mind."


by bridget menezes..
the sun 3/1/11





Azan

Waktu-waktu untuk berselawat


Bersabda Rasulullah SAW:

 Apabila kamu mendengar muadzin membaca azan, 
sambutlah ucapannya. Sesudah selesai menyambut azan, 
maka bersalawatlah kamu  kepadaku.  Sebenarnya barangsiapa bersalawat kepadaku dengan suatu salawat, nescaya Allah bersalawat kepadanya dengan 10 salawat.  Sesudah itu mohonlah kepada Allah al-wasilah untukku. Al-Wasilah itu suatu kedudukan yang paling tinggi dalam syurga. Tidak dapat diperolehi, melainkan seorang sahaja dari hamba-hamba Allah.  Aku berharap semoga akulah yang mendapat kedudukan itu.  Kerana itu barang siapa memohonkan al-wasilah untukku, wajiblah baginya syafa'atku. H.R.Muslim...

ISTIDRAJ...


Allah swt mengistidrajkan hambaNya. Setiap kali hambaNya membuat/ menambah/ membaharui kesalahannya, maka setiap kali itu juga Allah akan menambah/membaharui nikmatNya keatas hambaNya dan setiap kali itu jugalah Allah membuat hambaNya lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapNya.  Setaip kali itu jugalah Allah mengambilnya sedikit demi sedikit kemewahan yang ada.
“ Surah al A'raf ayat 182:  dan orang2 yang mendustakan ayat2 Kami,   akan Kami biarkan mereka beransur2 ( ke arah kebinasaan) dengan cara yang tidak mereka ketahui.”

Sabda Rasulullah saw, apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seseorang hambaNya didunia ini apa yang hamba itu suka & hajati, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatan, maka itu adalah ISTIDRAJ. (diriwayatkan dari at tabrani, ahmad & al baihaqi.)
“ Surah al An'am ayat 44 & 45: (44)  Maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) utk mereka.  Sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara tiba2, maka ketika itu mereka terdiam putus asa. (45)  Maka org2 yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar2nya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam.

Sabda Rasulullah saw:  Apabila Allah swt hendak binasakan anai2, diberinya sayap, jadi kelkatu & apabila boleh terbang, cuba pula melawat api. Maka binasalah kelkatu itu.

Begitu juga Fir'aun. Nikmat yang diberi Allah swt tidak terkira..tetapi ada perasaan sombong, angkuh, besar diri & Allah swt membinasakan dia.

Kisah Raja Namrud yang cuba membakar Nabi Ibrahim dan telah berlaku sombong dengan Allah swt. Begitu gagahnya dia tetapi akhirnya mati disebabkan seekor nyamuk yang masuk ke lubang hidungnya & kekal didalam kepalanya. Akhirnya mati terseksa.

Hendaklah kita beringat-ingat selalu, memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt diatas nikmat hidup yang diberikan kepada kita. Selalulah muhasabah diri kita ini untuk memikirkan apakah kekurangan yang patut ditambah atau kelebihan negatif yang patut dibuang. Semoga hidup kita diredhai dan diberkati Allah .........sentiasa. As a reminder to my dear self too.

Thursday 17 November 2011

salam perkenalan


After going through a lot of trials and errors, at last i manage to set this blog. Be it a simple one, something that i can share with you out there.  I am what you call as a late bloomer in this blogging world, but then when it comes to sharing and getting knowledge, there is no age and time limit, so here i am.   The idea of this blog is to share and exchanging ideas..sharing and connecting.  The topic that interest me most is about religion, the  Holy Quran and anything relevant to that. For that is something that i am lacking. Getting the knowledge will be of great advantage and preaching them will be of a much greater benefit, and dengan izin Allah, harap ianya kekal bersama saya sampai bila-bila. Kita begitu mudah untuk mendapatkan ilmu tetapi sangat susah untuk mengamalkannya. Ya Allah...bukakanlah hati ini untuk mencari ilmu dan mengamalkannya...