Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Wednesday 28 December 2011

AL-QURAN....fadhilatnya.



petikan dari surah al Baqarah....

Seorang pujangga bermadah: Cinta itu sendiri akan mengajar anda adab bercinta. 

Sekiranya semasa membaca al Quran kita bayangkan kecantikan hakiki & nikmat-nikmat yang tidak berkesudahan yang terdapat pada al Quran, maka pasti cinta yang mendalam terhadap al Quran akan berkobar-kobar.. Di samping itu, al Quran juga adalah perkataan Pemerintah seluruh alam, firman Raja bagi seluruh raja-raja, undang-undang Raja Yang Maha Berkuasa dan Gagah yang tidak boleh ditandingi malah tidak mungkin dapat ditandangi oleh sebesar-besar raja sekalipun. Al Quran ialah perkataan Kekasih dan juga Pemerintah maka perlu bagi kita mengambil kira kedua-dua adab itu serentak. Tanda cinta kepada Allah swt ialah, wujudnya cinta terhadap perkataan Allah swt dalam hati.

Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca al Quran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan manis.  Perumpamaan seorang mukmin yang tidak membaca al Quran adalah seperti buah tamar, sungguhpun tidak berbau namum berasa manis.  Perumpamaan orang munafik yang tidak membaca la Quran adalah umpama buah peria pahit yang tidak mempunyai bau dan berasa pahit.  Perumpanaan orang munafik yang membaca al Quran adalah seperti bunga raihanah, berbau harum tatapi berada pahit.  (HR Bukhari, Muslim, Nasai & Ibnu Majah).

Rasulullah saw telah diriwayatkan sebagai bersabda: ‘ Allah swt memuliakan ramai orang melalui kitab al Quran ini dan menghinakan ramai orang dengannya ( HR Muslim). Ramai munafik di kalangan umat ini adalah daripada golongan qari. ‘

‘Abdul Rahman bin ‘Auf ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:  ‘ Tiga perkara akan berada di bawah naungan ‘Arasy Allah swt pada hari kiamat. 

1) Al Quran. 

Al Quran akan berhujah dengan manusia dan al Quran ini mempunyai zahir dan batin. Al Quran akan memberi syafaat, meninggikan darjat dan membela orang yang menghormati, membaca dan menyempurnakan hak-haknya di hadapan Allah swt. Mulla ‘Ali Qari rah telah meriwayatkan daripada kitab hadith Sahih Termizi bahawa di hadapan Allah swt, al Quran akan meminta supaya Allah swt memberikan pakaian kepada pembacanya maka Allah swt akan mengurniakan kepada orang itu mahkota kemuliaan. Al Quran akan memohon lagi supaya orang itu ditambahkan nikmat.  Dengan itu Allah swt menghadiahkannya pakaian kemuliaan yang selengkapnya. Al Quran sekali lagi akan memohon supaya Allah swt meredai orang itu maka Allah swt akan mengisytiharkan keredaanNya kepada orang itu.   

Jika di dunia ini tidak ada kegembiraan yang lebih besar daripada keredhaan kekasih, maka di akhirat apakah nikmat yang boleh menandingi keredhaan Allah swt yang dikasihi.  Bagi orang yang tidak menunaikan hak terhadap al Quran, maka al Quran akan mendakwa: “Apakah kamu pernah menjaga aku?  Apakah hak-hakku yang telah engkau tunaikan?  Imam Abu Hanifah rah bahawa hak bagi al Quran ialah al Quran perlu dibaca sehingga tamat dua kali setahun.  Mereka yang tidak pernah membaca al Quran, patutlah merenung apakah jawapan yang akan mereka beri di hadapan pendakwa yang begitu kuat?  Maut pasti akan datang, walau dalam apa-apa keadaan pun dan tidak ada jalan untuk lari dari pada maut.     

2) Amanah.

3) Tali persaudaraan (silaturrahim) yang akan mengisytiharkan “Ketahuilah, sesiapa yang menghubungkan daku maka Allah swt akan menghubungkannya (dengan rahmatNya), sesiapa yang memutuskan daku, maka Allah swt akan memutuskannya dari rahmatNya.  (hadith diriwayat dalam kitab Sharhussunnah).

'Abdullah bin 'Amr ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Pada hari pengadilan kelak akan dikatakan kepada orang al Quran, “ Bacalah al Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah darjat demi darjat di dalam syurga.  Sesungguhnya tempat kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca .” HR ahmad, Termizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah & Ibnu Hiban dalam sahihnya.)  Shah ‘Abdul ‘Aziz rah menulis dalam kitab tafsirnya bahawa tartil  dari segi bahasa bermakna membaca dengan sebutan yang baik dan jelas, sementara dari segi syarak, tartil bermakna membaca dengan mengikut beberapa peraturan tertentu seperti:-


  • Menyebut huruf-huruf dengan betul.
  • Memberhentikan bacaan dengan sempurna pada tempat wakaf supaya sambungan/penghabisan perkataan tidak dilakukan pada tempat yang tidak sesuai.
  • Menyebut baris-baris dengnan sempurna (hadapan, bawah & atas).
  • Bentukkan suara sehingga menjadi sayu dan cepat memberi kesan kepada hati. Suara yang sayu lebih cepat mempengaruhi hati dan juga menguatkan dan menambahkan kesan kepada roh.
  •  Tasydid dan mad hendaklah dizahirkan dengan sebaik-baiknya kerana ini menonjolkan keangungan al Quran dan menambahkan lagi kesan lafaz al Quran,
  • Tunaikan hak ayar al Quran yang berkenaan azab dan rahmat.
Seseorang yang membaca dan beramal dengan al Quran akan dipakaikan mahkota yang dibuat daripada nur dan kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan dengan sepasang pakaian yang nilai pakaian itu tidak boleh ditandingi dengan nilai seluruh dunia.  Mereka akan berkata. " Wahai Allah, untuk balasan apakah kami diberi pakaian ini? "  Maka yang dikatakan kepada mereka, " Pakaian ini adalah ganjaran untuk bacaan al Quran oleh anakmu'.

'Aishah  r anha berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, “ Membaca al Quran dalam solah adalah lebih afdal daripada membaca al Quran di luar solah.  Membaca al Quran di luar solah lebih afdal daripada tasbih dan takbir (memuji Allah swt).  Tasbih adalah lebih afdal daripada sedekah, sedekah adalah lebih afdal daripada puasa dan puasa adalah penghalang daripada api neraka".  (HR Baihaqi)




‘Uthman bin “Abdullah bin Aus Thaqafi ra meriwayatkan daripada datuknya bahawa Rasullullah saw bersabda: ’ Membaca al Quran tanpa mashaf (melalaui ingatan) mendapat 1000 darjat pahala.  Membaca al Quran dengan melihat mashaf menggandakan pahala sehingga dua ribu darjat. (HR Baihaqi)


Khatam:

Apabila tamat membaca al  Quran,  setelah bacaan terakhir, bacaan kedua hendaklah dimulakan semula dan berada  di permulaan  kembali. Setiap kali berhenti, hendaklah  menyambungkan semula. ( HR Tirmidzi & Hakim). Nabi apabila habis membaca surah an Nas, baginda akan sambung membaca surah al Baqarah sehingga ayat 5. Selepas itu baru membaca doa khatam.





Semoga kita sama-sama dapat membaca, menghayati dan mengamalkan kalam suci Allah swt ini kerana sesungguhnya al Quran ini akan memberi fadhilat yang begitu besar sekali kepada pembacanya di akhirat kelak. Amin...amin.