Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Saturday 31 March 2012

RENUNG-RENUNG PESANAN KU...HASSAN AL-BASRI


Sesungguhnya mencita-cita pengampunan itu telah memperdaya ramai orang sehingga mereka meninggalkan dunia ini dalam keadaan muflis (tidak mempunyai amal soleh langsung.)


Sesungguhnya orang mukmin itu berbakti dengan rasa takut kepada Allah tetapi orang munafik itu membuat kejahatan sambil berasa aman dan sentosa. 

MANUSIA TENGGELAM...


Kata...Luqman al-Hakim... 


“ Dunia ini adalah lautan yang dalam dan ramai manusia yang tenggelam di dalamnya.  Oleh sebab itu, sediakanlah perahu untuk belayar di atasnya.  Perahu itu ialah takwa kepada Allah.” 

Bersama Nur Jan ’11.

ISTIMEWA ILMU...

Untuk merungan bersama..

Ilmu dapat menbentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertakwa  dan mencintai Allah dan rasulNya.  
FirmanNya yang bermaksud:
 
“ Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah  daripada kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang yang berilmu. Surah Fatir :28 


Ilmu juga dapat meninggikan dan membezakan taraf dalam kalangan manusia.  Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?  Sesungguhnya orang yang dapat pelajaran dan peringatan henyalah orang yang berakal sempurna.”  Surah Az.Zumar:9  


Ilmu mampu memberikan banyak kelebihan kepada pemiliknya melalui jaminan Allah sepertimana dalam FrimanNya:

 
“ Allah memberi hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna)  kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.  Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak.” Surah Al Baqarah-269

Sumber:  Buku ‘Kerana Mu Aku Berubah’
Petikan: NUR Mac '11.






Thursday 29 March 2012

FISABILILLAH atau FISABILISY SYAITAN?


Rasulullah pernah ditanya, apakah yang dimaksudkan dengan pekerjaan yang terbaik.  Dan Baginda menjawab, “Pekerjaan yang terbaik adalah usaha yang dilakukan seseorang dengan tangannya sendiri dan semua jual beli yang dianggap baik (diredai).”  (Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain.)

Pesanan Rasulullah sudah jelas dan nyata.  Setiap usaha yang dilakukan dengan penuh ikhlas, tanpa melanggar batasan agama dan syarak, dengan disertai niat yang baik: maka akan memberikan keberkatan yang tersendiri.

Bekerja juga dianggap suatu ibadah yang akan memberikan ganjaran.  Pernah suatu ketika, semasa Rasulullah duduk bersama para sahabat, melintas  seorang lelaki yang gagah yang sedang dalam perjalanan untuk bekerja.  Kata sahabat, “Kasihan orang ini, andainya tubuh muda  dan gagah ini digunakan untuk fisabilillah, alangkah baiknya.”

Mendengar kata  sahabat, Rasulullah cepat-cepat membetulkan kata-kata itu.
“Jangan kamu berkata begitu.  Sebab jika dia keluar dari rumah untuk bekerja bagi menyara  anaknya yang masih kecil, maka dia telah berusaha fisabilillah.  Jika dia berusaha untuk diri sendiri agar tidak meminta-minta daripada orang lain, itu pun fisabilillah.  Tetapi jika dia bekerja untuk menunjuk-nunjuk apa-apa yang dimiliki atau bermegah-megah, maka itu fisabilisy syaitan ( atau kerana mengikut jalan syaitan!)

( Riwayat Thabrani )

Sumber: majalah nur mac ’08.

KELEBIHAN BERSELAWAT.....



Menurut Dr. Zulkifli al-Bakri, selawat kepada Nabi saw banyak kelebihan dan faedahnya seperti yang disebutkan oleh Syeikh Abd  Al-Qadir al-Jailani Al-Hasani Rahimullah.

Di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadariyyah, beliau meriwayatkan daripada Ibn Farhun berkata: “ Berselawat kepada Nabi Muhammadsaw mempunyai 42 kelebihan.” Hal ini tertulis di dalam kitabnya Hadaiq al-Anwar:

  1. Melaksanakan perintah Allah swt.
  2. Bersama dengan selawat Allah swt kepada Rasulullah.
  3. Bersama dengan selawat para malaikat.
  4. Mendapat ganjaran 10x selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat.)
  5. Dikurniakan oleh Allah swt 10 darjat atas tiap-tiap 1 selawat.
  6. Dituliskan oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat.
  7. Dihapuskan oleh Allah 10 kejahatan atas setiap selawat.
  8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
  9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah saw.
  10. Mendapat keampunan daripada Allah serta akan ditutup segala keaiban.
  11. Allah akan menutupi segala dukacita.
  12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah saw.
  13. Mendapat darjat al-Sidq.
  14. Ditunaikan segala hajat.
  15. Selamat sejahtera pada hari kiamat.
  16. Allah swt dan para malaikat akan berselawat ke atas orang yang berselawat.
  17. Mendapat khabar gembira daripada Allah swt dengan balasan syurga.
  18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
  19. Rasulullah akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
  20. Mudah mengingati semula perkara-perkara yang lupa.
  21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa  pada hari itu.
  22. Tidak akan merasai fakir.
  23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
  24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah saw kepada yang berselawat.
  25. Selawat akan menjemput pengucapnya ke jalan syurga.
  26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut Allah dan RasulNya atau daripada majlis-majlis lagha (melalaikan).
  27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut Alhamdullillahi rabbil allamin ( di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad.
  28. Selamat melintasi titian Sirat al Mustaqim pada hari kiamat.
  29. Terpelihara dari sifat kasar dan gelojoh.
  30. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
  31. Mendapat balasan rahmat daripada Allah.
  32. Mendapat keberkatan daripada Allah.
  33. Mendapat kesempurnaan iman.
  34. Kasih dan cinta kepada Rasulullah saw.
  35. Mendapat hidayah dari Allah.
  36. Setiap selawat yang  dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah saw  secara langsung.
  37. Teguh pendIrian dengan kebenaran.
  38. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah ke atas diri kita.  Di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutus Rasulullah kepada kita.
  39. Berselawat juga bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah ke atas Rasulullah dan kepada diri sendiri.
  40. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt.
  41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah saw di dalam jiwanya.
  42. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang syeikh dan murabbi. 

Petikan dari: majalah al islam feb ’12.


Marilah sama-sama kita berselawat ke atas Nabi saw agar kita sama-sama mendapat fadhilatnya. Amin..amin...


















Tuesday 27 March 2012

PESANAN LUKMAN KEPADA ANAK-ANAKNYA...


“Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu"

a.  Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b.   Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c.   Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d.  Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e.   Ingat kepada Allah SWT
f.    Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g.   Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h.  Ingat kepada mati.

Thursday 22 March 2012

5 ANUGERAH ALLAH...


Nabi Muhammad Saw bersabda, "Allah tidak akan memberikan seseorang 5 hal kecuali disediakan untuknya 5 hal yang lain (sebagai balasannya) diantaranya :

 1. Allah tidak akan memberikan Syukur kecuali telah Ia sediakan tambahan nikmat untuknya. 
Firman Allah yg artinya, " Jika kalian bersyukur niscaya akan Ku tambah nikmatKu untuk kalian"  ( QS.Ibrahim.7  )

 2. Allah tidak akan memberikan do'a kecuali disiapkan terkabulnya do'a tersebut untuknya.
Firman Allah yg artinya, "Berdo'alah kepadaKu niscaya Aku kabulkan (do'amu)"            ( QS.Al Ghofir.60 )

 3. Allah tidak akan memberikan Istighfar (permintaan ampunan) kecuali disediakan untuknya pengampunan.
Firman Allah yang artinya, "Mintalah pengampunan kepada tuhan kalian maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun" ( QS. Nuh.10 )

 4. Allah tidak akan memberikan Taubat kecuali telah disediakan untuknya penerimaan Taubat tersebut.
Telah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, " Telah tertulis disekeliling Arsy empat ribu tahun sebelum dunia diciptakan    “sesungguhnya Aku (Allah) adalah Dzat yang Maha Pengampun bagi siapa saja yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh kemudian mengambil petunjuk-Ku"  ( HR. Al-Dailami. )

 5. Allah tidak akan memberikan Sadaqah (Zakat) kecuali telah disiapkan penerimaan untuknya.
Telah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah bersabda, "Setiap orang berada pada bayang-bayang shodaqoh (zakat)nya sehingga tersampaikan diantara manusia"  ( HR.Imam Ahmad. )


Monday 5 March 2012

12 GOLONGAN DI AKHIRAT...


Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?"
Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda.
Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. 
Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:- 

1.  Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga. 
2.    Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu. 
3.    Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala.  Inilah balasan  bagi  mereka yang enggan mengeluarkan zakat. 
4.    Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta. 
5.  Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual  beli  atas penipuan. 
6.   Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau  perbuatan jahat.
7.    Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran. 
8.  Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta  mati  sebelum bertaubat. 
9.    Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak  yatim secara  zalim. 
10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani  melawan kedua ibu  bapanya. 
11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan  pehanya keluar  kotoran. Ini  adalah balasan mereka minum minuman keras. 
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana  kilat.  Ini balasan orang  yang beramal salih dan menjauhi  maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."
  
 
       Inilah 3 syafaat pertolongan Nabi saw di akhirat:

1. Syafaat diwaktu melenyapkan panas matahari, panas yang membakar dan membuat penderitaan yang tidak terhingga.

2. Syafaat terdapat  di mizan iaitu ketika ditimbangkan antara dosa dan pahala.  Kalau dosa lebih berat, maka daun neraca itu ditambah Nabi saw beratnya kembali seimbang.

3.  Syafaat Nabi saw terdapat diwaktu meniti titian siratul mustaqim.  Barangsiapa yang terjatuh ke dalam neraka semasa meniti titian siratul mustaqim, maka disyafaatkan oleh Nabi saw.










 

Saturday 3 March 2012

AL-QURAN...


Aishah  r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

“ Sesungguhnya setiap sesuatu ada
 kemuliaan yang manusia berbangga 
dengan kemuliaan itu.  Sesungguhnya
 kebanggaan dan  kemuliaan umatku
 ialah al Quran.
( Kitab al hilyah)


“Abdullah bin ‘Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya hati-hati ini akan 
berkarat sebagaimana besi berkarat
 apabila terkena air.” 

Baginda ditanya:
 “ Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?”
  Rasulullah bersabda:
“ Banyak ingatkan maut dan membaca al Quran”. 


Janganlah kamu menggunakan al Quran 
untuk mendapatkan ganjaran yang 
serta-merta (dalam dunia) kerana 
Al Quran mempunyai ganjaran yang besar 
(pada hari akhirat.)   
HR Baihaqi.

Thursday 1 March 2012

BACALAH BISMILLAH...


Abdullah bin Jabir menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah saw berkata,  apabila seorang membaca Bismillah ketika hendak masuk ke rumah dan ketika hendak menjamah makanan, maka syaitan akan berkata pada kawan-kawannya, “  Malam ini adalah tempat untuk kalian bermalam dan tiada juga makan malam.”
Kata Rasulullah saw lagi, apabila seseorang tidak membaca Bismillah ketika hendak masuk ke rumahnya, maka syaitan akan berkata pada kawan-kawannya, “Malam ini kalian akan mendapat tempat bermalam.”
Sambung Rasulullah saw apabila seseorang tidak menyebut Bismillah ketika hendak malan, syaitan akan berkata kepada kawan-kawannya, “ Sekarang kamu dapat tempat serta makan malam.” (HR Muslim)
Sumber: AN NUR Feb 2008