Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Wednesday 25 April 2012

SENDI..


Harga 360
               Sendi Manusia

Daripada Aisyah r.h.a, katanya Rasulullah saw telah bersabda,   "Dijadikan manusia ini atas 360 sendi, oleh yang demikian mana-mana orang orang yang bertakbir kepada Allah, bertasbih kepada Allah, berzikir kepada Allah, minta ampun daripada Allah dan membuang ranting atau duri-duri di jalanan, mereka menyeru yang makruf dan juga melarang yang mungkar, bererti orang itu berusaha untuk dirinya dari api neraka.” (Riwayat Muslim.)

Demikian sabda Rasulullah saw menyatakan mengenai kejadian manusia yang mengandungi 360 sendi, di mana setiap sendi itu Allah mengkehendaki kita bertakbir kepada Allah, bertahmid, beristighfar dan bertasbih.  Dengan demikian harga sendi yang Allah mintakan itu tidak semestinya dibayar dengan wang ringgit yang disedekahkan, tetapi juga hendaklah sentiasa dengan mengingati-Nya.

Dengan menyebut nama Allah itu bererti mengekalkan ingatan makhluk terhadap Khaliq-Nya.  Sebagai tanda syukur kerana dengan sendi yang berjumlah 360 ruas itu membolehkan manusia bergerak dengan sempurna, melangkah dengan teratur, menghayun tangan bagi mengimbangi langkah, menoleh ke kanan dan ke kiri, menggerakkan jari bagi melakukan sebarang pekerjaan yang berat mahupun yang ringan.

Malah seribu satu macam pergerakan yang kesemuanya merupakan nikmat yang tidak terhingga.

Bayangkan jika manusia diciptakan tanpa sendi, sudah pasti sukar untuk melakukan pergerakan. Segalanya sentiasa terbatas.  Tanpa sendi manusia persis bagai pohon kayu atau benda-benda yang kaku.  Dan tidak lagi dinamakan sebaik-baik kejadian.

Harga yang Allah kehendaki itu adalah mampu dibayar atau dilaksanakan oleh manusia.  Bersedekah sama ada yang wajib (zakat) atau sedekah sunat adalah mampu dilakukan.  Ini kerana rezeki yang Allah kurniakan kepada manusia adalah memudahkan kerja-kerja sedekah itu.

Bagaimanapun harga kepada setiap sendi masih ada yang lebih mudah, iaitu harga dengan takbir, tahmid, istighfar dan juga tasbih.  Dan mengingati Allah itu boleh dilakukan di mana sahaja pada setiap saat dan ketika.

Mengingati Allah bukan semata-mata di bibir, tetapi zikir atau mengingati Allah yang sebenarnya ialah di dasar hati, pastilah kerja hati tidak siapa pun yang boleh menghalang.  Dan yang paling penting dengan pengertian zikir atau mengingati Allah swt ialah segala perlakuan hidup ini kesemuanya dalam lunas ketaatan dan dikawal syariat.  Sesungguhnya segala maksiat dan sifat ingkar itu terjadi apabila manusia lupa kepada Allah swt.

Maka dengan itu, hendaklah kita mengingati Allah sentiasa agar kita mendapat  berkat  di dalam kehidupan kita.  Amin..

Monday 23 April 2012

SOLAT ATAS DASAR CINTA.


Petua supaya solat akan terasa ringan.... 

Solat perlu didirikan atas dasar cinta, bukan sekadar memenuhi tanggungjawab, supaya ia memberi kesan pada hati dan peribadi.

Apabila solat didirikan atas dasar cinta kepada Allah, ketaatan dalam solat akan dapat dizahirkan di luar solat.

Bagi melahirkan ketaatan di luar solat, solat perlu didirikan dengan khusyuk dan dibetulkan bacaan dan tatacara pergerakannya dari sehari ke sehari.

Perlu berguru selalu, minta guru perbetulkan setiap bacaan dalam solat terutama bacaan Fatihah di samping surah-surah yang lain.  Ilmu tentang solat perlu dipelajari berterusan.  Tidak cukup hanya sekadar tahu ilmu fekah asas tetapi perlu lebih mendalam.

Apabila kita rasa wajib mendalami kefahaman mengenai solat secara keseluruhan, lama-kelamaan ia memberi kesan kepada hati hingga datang rasa cinta yang teramat terhadap solat dan mahu mengajak orang lain bersolat.

Jika solat dilakukan kerana cintakan Allah swt, nescaya kita akan bersabar dan tidak akan berasa berat untuk menunaikannya.

Bagi meraih cinta Allah, kita tidak boleh melakukan yang fardhu sahaja. Laksanakanlah lebih iaitu dengan memperbanyakkan amalan sunat seperti solat Dhuha, solat sunat Rawatib, Awwabin dan solat Tahajjud.  Kita bersolat tanpa ada orang lain melihat dan di sini dapat diukur keikhlasan kita kepada Allah. 


Source: Anis Jun ’11. Kata-kata dari Tan Sri Syaikh Haji Ismail Muhammad..Imam Besar Masjid Negara. 

Untuk tatapan kita bersama.....

BAHAYA SYIRIK...

 Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Allah berfirman: ‘Aku tidak memerlukan sekutu. Sesiapa yang melakukan satu amalan yang dalamnya ia menyekutukan Aku dengan selainKu,
Maka Aku meninggalkannya beserta sekutunya.”
( Riwayat Muslim )

Saturday 21 April 2012

ANTARA WASIAT RASULULLAH SAW - TELAGAKU.. AL-KAUTSAR


Diriwayatkan pada hari kewafatannya, Rasulullah saw bertanya kepada Jibril tentang nasib umatnya selepas wafat nanti dengan katanya, “Siapakah yang akan menjaga kedudukan umatku selepas kewafatanku ini? ” Maka Allah mewahyukan kepada Jibril a.s.  “Khabarkan kepada kekasih-Ku, Muhammad saw berita gembira bahawa Aku tidak akan mensia-siakannya dengan membiarkan umatnya dan berilah khabar berita bahawa beliau adalah insan pertama daripada kalangan manusia yang akan dibangkit dari bumi menuju padang Mahsyar, beliau adalah penghulu tatkala manusia-manusia dihimpunkan dan diharamkan syurga untuk dimasuki oleh umat terdahulu melainkan setelah dimasuki oleh umatnya.”  Maka Baginda saw bersabda, “Sekarang barulah sejuk mata hatiku.” 

Di antara wasiat Rasulullah saw...

“ Ketahuilah bahawa tempat pertemuan kalian denganku adalah ditasikku.  Tasikku ini amat luar lebih luas daripada keluasan tanah yang meliputi kota Busro di Syam sampai ke kota Sanaa di Yaman. Ia dilimpahi oleh air al-Kautsar yang lebih putih daripada susu, lebih lembut daripada keju dan lebih manis daripada madu. 

Sesiapa yang meneguknya dengan satu tegukan, nescaya dia tidak akan dahaga selama-lamanya.  Batu kerikilnya adalah daripada mutiara, tanah dan debu halamanya daripada kasturi.  Sesiapa yang Allah haramkan meminumnya pada hari tersebut maka haramkan baginya mengecapi segala kebaikan.  Ketahuilah sesiapa ingin bertemu denganku di sana nnti, maka hendaklah dia memelihara lidahnya dan tangannya melainkan pada perkara-perkara yang sepatutnya.” 

p/s: Untuk hayati bersama. Banyak sungguh peringatan kepada kita agar kita menjaga lidah kita. Semoga kita berhati-hati apabila berkata-kata agar lidah kita tidak mendustakan kita kelak. Amin...

Friday 20 April 2012

PESANAN PARA NABI...


“ Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaummu ), ‘Aku tidak meminta kepada kalian suatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada al-Qurba (Ahlul Bait). (QS. Asyu’araa’:23)

Marilah kita membuka al-Qur’an yang menceritakan kejadian para nabi terdahulu tatkala menyampaikan seruan Ilahi kepada kaumnya.

Nabi Nuh as berkata kepada umatnya : “Dan , ‘Hai kaumku, aku tidak meminta harta benda kepada kalian (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanya dari Allah semata.(QS. Hud: 29)

Nabi Saleh as berkata kepada umatnya : “Dan sekali-kali aku tidak meminta upah kepada kalian atas ajakanku itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. (QS. Asy-Syu’araa’:145)

Nabi Luth as berkata kepada umatnya : “Dan sekali-kali aku tidak meminta upah kepadamu atas ajakanku itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. (QS. Asy-Syu’araa’:164)

Nabi Syuaib as berkata kepada umatnya : “Dan sekali-kali aku tidak meminta upah atas ajakanku. Upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. (QS. Asy-Syu’araa’:180)

Wednesday 18 April 2012

CARA DOA DIKABULKAN...

Kadang-kadang Allah swt memperkenankan doa dengan memenuhi apa yang dipinta oleh seseorang hamba-Nya.  

Kadang-kadang dengan memberikan hal yang serupa dengan apa yang  dipohon.

Dan kadang-kadang dengan menolak suatu bencana yang bakal menimpa hamba tersebut.

Monday 16 April 2012

AL-'AFUW - MAHA PEMAAF.


Surah al-Hajj 22:60, Maksudnya:
“Demikianlah dan sesiapa membalas seimbang dengan (kezaliman)  penganiayaan yang pernah dia derita kemudian dia dizalimi (lagi), pasti Allah akan menolong.  Sungguh, Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.”

Al-‘Afuw bermaksud Allah swt Maha Pemaaf kepada hamba-Nya.  Kemaafan Allah swt itu sehinggakan akan dimaafkan segala kesan dosa yang amat kecil.  Kemaafan Allah juga akan menjauhkan seseorang yang melakukan dosa daripada jejak-jejak dan kesan-kesan dosa yang pernah dilakukan apabila seseorang itu bertaubat dan kembali kepada Allah swt.

Kisah hikmah – Kambing Beracun.

Zainab binti al-Harits, isteri Salam bin Misykam berniat meracuni Rasulullah saw dengan menghidangkan kambing bakar yang telah diletakkan racun.

Rasulullah saw mengambil sedikit, menggigit dan menyungahnya.  Namun, Baginda tidak menelannya.  Kambing yang dimakan Rasulullah itu memberitahu sendiri bahawa dirinya beracun.

Rasulullah lalu berhenti memakannya dan memerintahkan sahabat yang lain turut berhenti.

Rasulullah kemudian memanggil Zainab binti al-Harits, “Nampaknya daging kambingmu ini beracun.  Benarkah demikian?” Baginda bertanya.  “Ya,” Zainab mengakui dengan jujur.  “Mengapakah engkau melakukan ini?” Tanya Rasulullah.  Zainab menjawab, “Aku hanya ingin tahu apakah benar engkau seorang Nabi.”  Mendengar akan jawapan itu, maka Rasulullah memaafkan Zainab.  Lalu Zainab memeluk Islam dan menjadi orang yang beriman.

Sifat pemaaf inilah yang diajarkan Allah swt kepada     Rasulullah saw.  Allah Maha Pemberi Maaf.  Oleh sebab      itulah, Allah memiliki nama yang indah al-‘Afuw yang   bererti Maha Pemaaf.

Sumber: Telaga Biru - Menyingkap kehebatan nama-nama Allah di sebalik kisah hikmah.

Saturday 14 April 2012

ILMU TAJWID...


Pengertian tajwid adalah mengeluarkan huruf-huruf hijaiyyah daripada mahrajnya (tempat keluar) dan diberikan hak (yakni sifat-sifat asal yang terdapat pada huruf hijaiyyah) serta mustahaknya (yakni sifat-sifat mendatang yang terdapat pada huruf-huruf hijaiyyah.)

Di dalam Kitab Manhalul ‘Irfan disebut Iman Syafi’i menamakan orang yang membaca al-Quran tanpa mengikut kaedah-kaedah ilmu tajwid sebagai orang fasiq.

Ayuh kita mulakan belajar sedikit-sedikit ilmu tajwid agar kita dapat membaca al-Quran dengan baik....selain dari menyahut pesanan Rasulullah saw, al-Quran juga akan memberi manafaat kepada pembacanya di akhirat kelak.

Friday 13 April 2012

RENUNGAN.....


RENUNGAN:

Surah al – Isra’ : 23.
 

   
Sembahlah Allah dan berbuat baiklah  kepada kedua ibu bapa.
  
maksudnya:
 " Tuhanmu telah memerintah supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.  Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Wednesday 11 April 2012

KATEGORI DOSA...


Untuk ingatan bersama...

Secara umumnya, dosa terbahagi kepada 2 kategori iaitu dosa besar dan dosa kecil.  Dosa besar adalah dosa yang disertai ancaman hukuman di dunia, atau ancaman hukuman di akhirat. 

Para ulama berbeza pendapat mengenai bilangan dan jumlah dosa-dosa besar.  Ada di antara mereka mengatakan terdapat 7 kategori berdasarkan hadis Rasulullah saw, “Jauhi oleh kalian 7 dosa yang membinasakan.”  Ditanya kepada beliau, “Apa saja ya Rasulullah?”  Nabi menjawab, “Syirik terhadap Allah, sihir, membunuh jiwa (manusia) yang dilarang Allah selain dengan dasar yang dibenarkan (oleh agama), memakan harta anak yatim, memakan riba, berpaling mundur di saat perang, dan menuduh zina terhadap wanita-wanita beriman.”  (Muttafaqun alaihi)

Firman Allah, “ Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terdahap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”  (Surah Al-Imran:135.)

Allah swt memberi jaminan, mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan larangan-laranganNya, akan dihapuskan kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa kecilnya. Firman Allah, “Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahan (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga.) Surah an-Nisa:31)

Abu Talib al-Makki, seorang ahli sufi dan pakar hadis mengkategorikan dosa besar kepada 17 jenis.  Dosa kecil adalah yang tidak disebutkan di bawah ini.  Dosa besar adalah yang dimaksudkan adalah:

  •        4 jenis di hati iaitu:
                                            I.            Syirik.
                                          II.            Melakukan maksiat tanpa henti.
                                        III.            Berputus asa.
                                     IV.            Tidak takut dengan seksa Allah.

  •         4 jenis pada lisan iaitu:
                                            I.            Menjadi saksi palsu.
                                          II.            Menuduh wanita baik berzina.
                                        III.            Melakukan sumpah palsu.
                                     IV.            Mengamalkan sihir.

  •        3 jenis di perut iaitu:
                                            I.            Minum arak.
                                          II.            Memakan harta anak yatim.
                                        III.            Memakan riba.

  •         2 jenis di kemaluan iaitu:
                                            I.             zina.
                                          II.            Melakukan homoseksual.

  •        2 jenis dosa di tangan iaitu:
                                            I.            Membunuh.
                                          II.            Mencuri.

  •         1 jenis di kaki iaitu lari dalam peperangan.
  •         1 jenis dosa seluruh badan, iaitu derhaka terhadap orang tua.












 

Tuesday 3 April 2012

SELAWAT SEBAGAI DOA...


Para ulama’ mentakrifkan bahawa selawat Allah kepada Nabi Muhammad saw mengandungi makna rahmat, perhatian dan kasih sayang.

Sedangkan selawat orang yang beriman adalah merupakan doa.  Ayat yang menganjurkan kita berselawat tidak menunjukkan batasan jumlahnya dan waktu yang tertentu.  Ini membawa maksud dianjurkan berselawat sebanyak mungkin tanpa mengira waktu.

“ Kalau orang berselawat kepada ku maka malaikat juga akan mendoakan keselamatan yang sama baginya untuk itu hendaklah dilakukan, meski sedikit atau banyak.” (HR Ibnu Majah dan Thabrani.)
Ia bukan sekadar dapat pahala, dapat cinta Rasulullah dan dapat rahmat serta keberkatan dari Allah.  Nabi sudah berjanji kepada kita bahawa Allah akan cukupkan keperluan kita dunia dan akhirat hanya dengan berselawat. 

Ia disebut di dalam hadis daripada Ubay bin Kaiab berkata; "Wahai      Rasulullah, bagaimana pandangan  kamu sekiranya aku jadikan seluruh doa ku untuk berselawat kepada mu?  Rasulullah bersabda, “ Jika begitu, Allah akan mencukupkan apa yang kamu inginkan dari urusan dunia dan akhirat mu dan diampunkan dosa mu.” (HR Ahmad dan Termizi.)

Di dalam doa, telah disebutkan oleh Imam Nawawi iaitu adab berdoa mestilah dimulakan dengan berselawat agar doa kita dimakbulkan.  Apabila berselawat Allah memberikan rahmat kepada kita, itu adalah satu satu cara yang menyebabkan doa itu dimakbulkan.

Kemudian apabila dilihat selawat dari sisi doa pula, apabila kita mendoakan kebaikan kepada orang lain, maka kita akan mendapat balik doa yang sama.  Maka apabila kita berselawat kepada Rasulullah, maka ia adalah doa yang pasti termakbul.  Hasilnya kita juga akan mendapat doa yang sama dari Allah.  Allah berikan kita jalan mudah untuk mendapatkan doa yang makbul iaitu dengan berselawat.  Jagalah selawat dan ucapkanlah secara berterusan penuh dengan khusyuk, ikhlas dan tulus agar tetap terjaga fungsinya sebagai sebuah doa yang amat makbul,” katanya.

Cuma di dalam kita berdoa, Nabi telah sebut bahawa Allah akan makbulkan doa di dalam 3 cara iaitu pertama, apabila kita berdoa hari ini Allah beri apa yang kita minta di atas dunia ini sebelum meninggal dunia. Yang kedua, Allah terima doa kita dan Allah tidak beri apa yang kita minta tetapi Allah beri benda lain seperti hidup berkat, tidak susah dan tidak berhutang. Ketiga, Allah makbul doa kita tetapi tidak beri apa yang kita minta, sebaliknya Allah selamatkan daripada musibah, bala, bencana dan kecelakaan.

Petikan dari sebahagian artikel Al Islam feb ’12.