Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Sunday 22 July 2012

WAKTU DAN KETIKA DITUNTUT UNTUK BERSELAWAT...


1.    Sesudah azan.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw; “Jika kalian mendengar muazin maka ucaplah seperti apa yang diucapkannya, kemudian berselawatlah untuk ku.  Kerana sesungguhnya barang siapa yang berselawat untuk ku satu kali, Allah akan berselawat untuknya 10 kali.  Kemudian mohonlah kepada Allah wasilah untuk ku.  Sesungguhnya ia adalah suatu tempat di syurga.  Ia tidak layak kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah.  Aku berharap bahawa hamba  itu adalah aku.  Barang siapa memintakan wasilah untuk ku, maka ia berhak menerima syafaat ku.”
(HR Muslim)

2.    Sesudah membaca tasyahud akhir.
“Jika salah seorang dari kamu bertasyahud dalam solat, maka hendaklah membaca, “Allahumma salli’alaa Muhammad, wa’alaa aali Muhammad. Kamaa soallaita wabaarakta watarhhamta’alla Ibrahim, wa aali Ibrahiim.  Innaka hamuidun majid.” 
(HR al-Baihaqi).

3.    Di permulaan doa dan akhirnya.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw; “Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi, tidak naik barang sedikit juga daripadanya sehingga engkau berselawat atas Nabimu.”
(HR At-Tirmizi.)

4.    Di dalam solat jenazah.
Sebagaimana Iman Syafie di dalam al-Musnad: Sunah Rasulullah saw dalam melaksanakan solat jenazah adalah bertakbir pada permulaan, setelah itu membaca al Fatihah, lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan setelah selawat bertakbir lagi..

5.    Di antara takbir-takbir  solat hari raya.

6.    Di akhir doa qunut dan di hari Jumaat.
Sabda Rasulullah saw; “Perbanyakanlah olehmu bacaan selawat di malam hari Jumaat dan siangnya, kerana selawat itu dipintakan kepada ku.” 
(HR Tabrani).

Diriwayatkan oleh an-Nasai, bahawasanya disukai kita mengakhiri qunut dengan selawat dengan lafaz, “ Dan semoga Allah melimpahkan rahmat kepada Muhammad.”

7.    Ketika berziarah ke makam  Nabi Muhammad saw.
Sebagaimana yang disebut di dalam hadis Rasulullah saw, “Tiada salah seorang dari kamu yang mengucapkan salam kepada ku, yakni di sisi kubur ku melainkan Allah mengembalikan kepada ku roh untuk menjawab salamnya itu.”  
(HR Abu Daud.)

8.    Ketika di dalam khutbah.

9.    Ketika memulakan suata perkejaan yang baik atau urusan penting dan berharga.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda; “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulakan dengan hamdalah dan selawat, maka perkerjaan itu terputus dan hilang keberkatannya.”  
(HR Abu Hurairah)

10.Ketika orang menyebut dan mendengar nama Rasulullah disebut.
“Orang yang kedekut itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut nama ku  di sisinya.” 
(HR Ahmad.)

11.Di kala kesusahan dan tertimpa ujian.

12.Setiap kali mengadakan majlis.
“Sabda Rasulullah saw, “ Tiadalah duduk suatu kaum di dalam suatu majlis, sedang mereka tidak menyebut (mengingat) Allah dan tidak berselawat untuk Nabi Muhammad melainkan ia akan menderita kekurangan maka jika Allah menghendaki, nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah  menghendaki, nescaya akan mengampuni mereka.” 
(HR At-Tirmizi dan Abu Daud.)

SURAH AL HASYR AYAT 21...


Maksudnya

“ Sekiranya Kami menurunkan al-Qu'ran ini kepada sebuah gunung, pasti akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah.”

Friday 6 July 2012

SIAPAKAH LUQMAN AL-HAKIM YANG BIJAKSANA?

  Dia adalah seorang ayah yang sangat hebat dan cemerlang.  Ayah yang tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan wasiat berguna kepada anak-anaknya.  Allah abadikan sebahagian nasihat-nasihat berguna itu di dalam surah Luqman.  Sering-seringlah membaca dan mengulang kajinya.
 
Al-Quran menceritakan bahawa Luqman telah mengajar anak-anaknya, seperti berikut (ayat 13-19):
 
1.    “Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, sewaktu dia memberikan nasihat: ‘Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik itu satu kezaliman yang besar’.” (Ayat 13)

2.    “Dan Kami wasiatkan kepada manusia terhadap kedua-dua ibu-bapanya.  Ibunya mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan menyusuinya dalam tempoh dua tahun.  Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu-bapamu; kepada Akulah jua tempat kembali.” (Ayat 14)

3.    “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.  Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik, dan turutlah jalan orang-orang yang kembali kepada-Ku.  Kemudian, kepada Aku-lah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepadamu segala yang kamu kerjakan.” (Aayat 15)

4.    “Wahai anakku! Sesungguhnya jika ada sesuatu sebesar biji sawi sekalipun, di dalam batu besar atau langit ataupun di bumi, nescaya akan didatangkan Allah, kerana sesungguhnya Allah amat halus pengetahuannya lagi amat meliputi.” (Ayat 16)

5.    “Wahai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah perbuatan mungkar dan bersabarlah atas bala bencana yang menimpamu.  Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang penting.” (Ayat 17)

6.    “Dan janganlah engkau palingkan mukamu dari manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan lagak yang sombong.  Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membanggakan diri.” (Ayat 18)

7.    “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu.  Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” (Ayat 19)

Seorang ayah yang dihormati sepenuh hati adalah seorang ayah yang meneladani Luqmanul Hakim dalam usaha mendidik anak-anaknya.

Sumber:  Anis sept 2011.