Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Tuesday 28 February 2012

WAKTU DAN KETIKA DITUNTUT BERSELAWAT MENURUT HADITH..


1. 
1. Sesudah azan


Sebagaimana sabda Rasulullah saw, " Jika kalian  mendengar muazin, maka ucapkanlah seperti apa yang ia ucapkan.  Kemudian berselawatlah untuk ku.  Kerana sesungguhnya barang siapa yang berselawat untuk ku satu kali, Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali.  Kemudian mohonkanlah kepada Allah wasilah untuk ku.  Sesungguhnya ia adalah suatu tempat di syurga.  Ia tidak layak kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah.  Aku berharap bahawa hamba itu adalah aku.  Barang siapa memintakan wasilah untuk ku, maka ia berhak menerima syafaat ku."  (HR Muslim.)


2. Sesudah membaca tasyahud akhir. 

"Jika salah seorang dari kamu bertasyahud dalam solat maka hendaklah ia membaca, " Allahumma salli'alaa Muhammad.........Inna hamuidun majid.  (HR al-Baihaqi)

3. Di permulaan doa dan akhirnya.

Sebagaimana sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi, tidak naik sedikit juga daripadanya sehingga engkau berselawat atas Nabi mu."  (HR At-Tirmizi.) 

4. Di dalam solat jenazah.

Sebagaimana Imam Syafie di dalam al-Musnad:  Sunah Rasulullah saw dalam melaksanakan solat jenazah adalah bertakbir pada permulaannya, setelah itu membaca al-Fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat bertakbir lagi (yang ketiga)...."

5. Di antara takbir-takbir solat hari raya.

6. Di akhir doa qunut dan di hari Jumat.

Sabda Rasulullah saw, " Perbanyakanlah oleh mu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dipintakan kepada ku."             (HR  Tabrani.)
Diriwayatkan oleh an-Nasai, bahawasanya disukai  kita mengakhiri qunut dengan selawat dengan lafaz, " Dan semoga Allah melimpahkan rahmat kepada Muhammad."

7. Ketika berziarah ke kubur
 Nabi Muhammad saw.

Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith Rasulullah saw, " Tiada salah seorang dari kamu yang mengucapkan salam kepada ku, yakni di sisi kubur ku, melainkan Allah mengembalikan kepada ku roh ku untuk menjawab salamnya itu. "                             (HR Abu Daud.)

8.  Ketika di dalam khutbah.
 

9. Ketika memulakan suatu pekerjaan yang baik atau urusan penting dan berharga.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda; "  Setiap  pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang keberkatannya." (HR Abu Hurairah.)

10.  Ketika orang menyebut dan mendengar nama Rasulullah disebut. 

" Orang yang kedekut itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut nama ku di sisinya."  (HR ahmad.)


11. Di kala kesusahan dan tertimpa ujian. 

12.  Setiap kali mengadakan majlis.

Sabda Rasulullah saw, " Tidaklah duduk suatu kaum di dalam suatu majlis, 
sedang mereka tidak berselawat untuk Nabi melainkan ia akan menderita kekurangan maka jika Allah mengkehendaki, nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki, nescaya akan mengampunkan mereka."  (HR At-Tirmizi dan Abu Daud.)



p/s: Semoga selawat-selawat kita mendapat syafaat dari Nabi saw dikemudian hari kelak....
 
sumber Al Islam feb 2012
 




 
   
 
 

Sunday 26 February 2012

KISAH NABI YAHYA A.S....


Allah swt berfirman: “ Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “ Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik.  Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.  Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri melakukan solat di mihrab (katanya): “ Sesungguhnya Allah mengembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang nabi termasuk keturunan orang-orang soleh.” (QS: Ali Imran: 38-39).

“ Hai Yahya, ambillah al-Kitab (Taurat) itu dengan sunguh-sunguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi masih anak-anak, dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian (dari dosa).  Dan ia adalah seorang yang bertakwa, dan banyak berbakti kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong dan durhaka.  Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari itu wafatnya dan pada hari ia dibangkitkan kembali.” (QS. Maryam 12-15).

“Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu akan (memperolehi) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia:  (QS. Maryam: 7).  Inilah Yahya seorang Nabi yang Allah swt bersaksi bahawa sebelumnya tidak seorang pun yang serupa dengannya. Iaitu seorang Nabi yang Allah berkata tentangnya: “Dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami.” (QS Maryam: 13

Sebagaimana Khidir diberi ilmu dari sisi Aallah swt, maka Yahya diberi rasa cinta dari sisi Allah swt. Al-Hanan ialah ilmu yang luas yang terkandung di dalamnya sesuatu kecintaan yang dalam terhadap makhluk dan alam.  Hanan ialah salah satu dari tingkat cinta yang bersumber dari ilmu.  Yahya adalah seorang Nabi yang menjadi cermin dari ibadah, zuhud dan cinta.  Nabi Yahya mengungkapkan cinta kepada semua makhluk.  Ia dicinta oleh manusia, burung-burung, binatang buas, bahkan gurun dan gunung.  Darah Nabi Yahya tertumpah ketika beliau berusaha mempertahankan kebenaran yang disampaikannya di istana raja yang zalim.  Peristiwa tragis itu berkaitan dengan seorang penari pelacur.  Para ulama banyak menyebutkan keutamaan Yahya.  Yahya hidup sezaman dengan Nabi Isa dan termasuk kerabat dekatnya dari sisi Ibu.

Ada hadith yang meriwayatkan bahawa Yahya dan Isa pernah bertemu.  Lalu Isa berkata kepada Yahya, “ Mintakanlah ampun bagiku wahai Yahya.  Sesungguhnya engkau lebih baik daripada aku.”  Yahya berkara: “Mintakanlah ampun bagiku wahai Isa kerana engkau lebih baik daripada aku.”  Isa berkata: “Tidak, engkaulah yang lebih baik daripada aku.  Engkau mengucapkan salam kepadaku sedangkan Allah swt mengucapkan salam kepadamu.”  Kisah tersebut menunjukkan keutamaan Yahya ketika Allah swt menyampaikan salam kepadanya pada hari ia dilahirkan, pada hari ia mati, dan pada hari ia dibangkitkan kembali dalam keadaan hidup.  Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah pergi dan menemui pada sahabatnya.  Pada suatu hari, beliau mendapati mereka sedang menyebut-nyebut keutamaan pada Nabi.  Ada yang mengatakan, Musa kalimullah (seorang nabi yang diajak bicara oleh Allah swt.)  Ada yang mengatakan, Isa ruhullah (tiupan ruh Allah swt).  Dan ada juga yang mengatakan, Ibrahim khalilullah (seorang kekasih Allah swt.)

Sumber: PEREMPUAN 2011 (Annur)


WASPADA DENGAN SIKAP SENDIRI


Sudah terang lagi nyata bahawa sikap dan pemikiran yang mencorakkan tindak-tanduk kita seharian.  Jika negatif pemikiran kita, maka akan terhasil tindakan yang negatif.  Jika positif sikap dan pemikiran kita, maka hasilnya juga akan positif.  Mereka yang berfikiran negatif seperti selalu bimbang, terlalu mengharap, mementingkan diri sendiri dan mengenepikan agama akan suka merealisasikan kebahagiaan dalam hidup mereka.  Sikap itu juga menjadi tembok penghalang kesejahteraan emosi dan ketenangan jiwa.  Mari kita sama-sama renungkan.

Sesungguhnya Rasulullah saw berdoa dalam solat malam dengan lafaz yang bermaksud:


“Ya Allah, ampunilah kesalahanku,  kebodohanku,  sikapku yang melampaui batas  dalam urusanku, dan dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri.

Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku,      kesalahanku, dan  kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.”




HR Imam Al Bukhari dan Muslim.

Friday 24 February 2012

SURAH AL AN'AM AYAT 32...


“ Dan kehidupan dunia hanyalah permainan    dan senda  gurau,                                                                                                                                          sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang yang bertakwa.                                                                              Tidakkah kamu mengerti?

Saidina uthman bin Affan...


“ Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:                                                                                                          Hatinya selalu berniat suci.  Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.                                                                                                              Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).                                                                                                                 Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.                                                                                                                   Juga mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.”


petikan dari majalah Nur - April 2011

Monday 20 February 2012

ayat 162 surat al An'am.






   Qul
 Innassalaatii, wanusukii, wamahyaaya, wamamaatii, lillahirabbil 'aalamiin.

Katakan (Muhammad),
" Sesungguhnya salatku, ibadahku, hidupku, dan matiku  hanya untuk Allah, Tuhan seluruh alam." 


Thursday 16 February 2012

KEHEBATAN NAMA-NAMA ALLAH SWT...


AL –AHAD  (MAHA ESA)

Surah al Ikhlas ayat 1 (112.1), maksudnya: “ Katakan    (Muhammad), Dialah Allah, Yang Maha Esa.”

Nama ini amat jelas dari segi maknanya yang menjadikan orang kafir Quraisy tidak mahu mengikut kepada ajaran Banginda Nabi saw.  Al-Ahad membawa maksud Yang Maha Esa  keesaan Allah swt. Apabila disebut kalimat ini, maka akan difahami bahawasanya ia menafikan wujudnya yang lain. 

Keteguhan Bilal kepada al-Ahad.

Bilal bin Rabah ialah hamba sahaya kepada Umayyah bin Khalaf, ketua Bani Zum’ah di Makkah.  Secara diam-diam, Bilal masuk Islam di hadapan Rasulullah.  Tetapi keislaman Bilal akhirnya diketahui juga oleh Umayyah.  Umayyah marah, lalu menyeksa Bilal setiap hari supaya Bilal meninggalkan Islam.  Dengan teguh Bilal menjawab, “Ahad...Ahad...! Hanya Allah yang Esa yang berhak disembah !” Umayyah semakin marah.  Bilal disebat berpuluh-puluh kali, lalu diseret dan dijemur di bawah terik mataraha yang sangat menyengat.  Dengan sabar Bilal terus menjawab, “Ahad...Ahad...!”  akhirnya Bilal dibebaskan oleh Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra.

Allah Maha Esa, tidak memiliki bahagian-bahagian, tidak memiliki ayah, ibu, datuk, nenek dan sebagainya.  Dia tidak memiliki sekutu dan pasangan.. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakan.  Oleh sebab itulah, Allah memiliki nama indah al _Ahad,
Yang Maha Esa.

Saturday 11 February 2012

KEHEBATAN NAMA-NAMA ALLAH...


MALIKUL MULK                                                                                                        
      (MAHA MENGUASAI KERAJAAN  ABADI)- 
NAMA INDAH ALLAH YANG KE 84.

Surah  at-Taghabun ayat 1, (64.1) maksudnya:
“ Apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah; milik-Nya semua kerajaan dan bagi-Nya (pula) segala puji dan Dialah Maha Kuasa atas segala sesuatu. ”

Nama ini menunjukkan bahawa Allah adalah pemilik kekuasaan iaitu yang menguasai segala sesuatu dan yang mengatur di dalamnya tanpa ada had yang dapat menghalangnya.

Al Mulk (kekuasaan) itu kembali kepada 3 perkara:

  • Ditetapkan sifat kekuasaan bagi-Nya yang merupakan sifat-Nya yang agung. 
  • Semua   makhluk, baik raja maupun hamba, sentiasa memerlukan kepada-Nya dan meminta kepada-Nya segala hal yang mereka perlukan. 
  • Segala yang diatur pasti terlaksana.  Dia mentakdirkan bagi makhluk-makhluk apa yang dia kehendaki dan menghukum setiap yang Dia inginkan.  Tidak ada yang dapat menolak takdir-Nya, tidak ada yang mampu mengalahkan hukum-Nya.

Kisah hikmat:

Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. pernah mengalami musim kering yang begitu panjang.  Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi.  Nabi Sulaiman a.s. mula didatangi umatnya untuk bantuan dan bermohon kepada Allah swt agar menurunkan hujan untuk membasahi kawasan mereka.  Nabi Sulaiman a.s. kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri daripada bangsa jin dan manusia berkumpul di kawasan lapang untuk berdoa memohon kepada Allah swt agar musim kering segera berakhir dan hujan turun segera.

Sesampainya mereka di situ, Nabi Sulaiman a.s. melihat seekor semut kecil berada di atas seketul batu.  Semut itu terbaring kepanasan dan kehausan.  Nabi Sulaiman a.s. terdengar Sang Semut mula berdoa memohon kepada Allah swt “ Ya Allah, pemilik segala khazanah! Aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah, aku akan  kehausan dan kami semua kekeringan.  Ya Allah, aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu.  Kabulkanlah permohonanku,” doa Sang Semua kepada Allah swt.

Mendengar doa Sang Semut, maka Nabi Sulaiman a.s. kemudian memerintahkan seluruh jin dan manusia untuk segera kembali pulang ke kerajaan masing-masing sambil berkata kepada mereka, “ Marilah segera pulang, sebentar Allah swt akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian.  Allah swt telah mengkabulkan permohonan seekor semut.” 

Kemudian Nabi Sulaiman a.s. dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan masing-masing.

Inilah bukti  kehebatan Allah yang 
Maha Menguasai seluruh kerajaan.

Menyingkap kehebatan nama-nama Allah - Telaga Biru.

Thursday 9 February 2012

7 GOLONGAN YANG DILINDUNGI ALLAH SWT...


Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw bersabda: “ 7 golongan dilindungi Allah di bawah lindunganNya, waktu tidak ada lindungan selain lindunganNya:
  • Imam (Kepala Pemerintahan) yang adil.
  • Pemuda yang dalam masa mudanya beribadat kepada Allah.
  • Orang yang menyebut (mengingati) Allah ketika sendirian, lalu menitis air matanya (ayat 12 surah al Mulk, maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperolehi ampunan dan pahala yang besar.)
  • Laki-laki yang tergantung hatinya di masjid (beribadat).
  • Orang yang berkasih sayang kerana Allah semata-mata.
  • Laki-laki yang dirayu oleh seorang perempuan bangsawan cantik, tetapi dia mengatakan (menolak): “Sesungguhnya saya takut kepada Allah.”
  • Orang yang bersedekah dan disembunyikannya, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya.                                                                                      (1815 – Shahih Bukhari IV).

Wednesday 8 February 2012

SOLAT SUNAT DHUHA...


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa ia berkata: bermaksud, “ Saya telah dipesan oleh Junjunganku (Nabi Muhammad saw) 3 perkara yang tidak saya tinggal sehingga mati. 
  • Puasa 3 hari tiap-tiap bulan.
  • Solat sunah Dhuha.
  •  Tidur sesudah solat sunat witir.  

          (HR Al -Bukhari)

Kelebihan:

     1.   Tidak termasuk di dalam golongan orang yang lalai.

Orang yang melakukan solat dhuha tidak termasuk dalam golongan orang yang lalai, tetapi mereka termasuk dalam golongan adibin dan qatinin.  Rasulullah saw bersabda maksudnya; “Sesiapa yang solat dhuha 2 rakaat nescaya dia tidak ditulis dalam kalangan orang yang lalai. Sesiapa yang solat Dhuha 4 rakaat nescaya dia ditulis dalam kalangan abidin (ahli ibadah).  Sesiapa yang solat 6 rakaat nescaya dia dilindungi Allah pada hari tersebut.  Sesiapa yang solat dhuha 8 rakaat nescaya Allah menulis baginya di dalam kalangan Qatinin (sentiasa berdiri untuk beribadat) dan sesiapa yang solat dhuha 12 rakaat nescaya dibinakan sebuah istana baginya dalam syurga.  Setiap hari siang dan malam Allah mengagih-agihkan kurnia-Nya kepada hambaNya.  Tiada kurniaan Allah di atas seorang hambaNya lebih baik daripada keupayaannya yang sentiasa berzikir kepada Allah.  (HR al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir).

 
     2.   Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikan atau sedekah.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: “Setiap pagi, semua anggota sendi kamu menampilkan amal sedekah. Setiap tasbih merupakan sedekah, setiap tahmid merupakan sedekah, setiap tahlil merupakan sedekah, setiap takbir merupakan sedekah, amar makruf merupakan sedekah, nahi mungkar merupakan sedekah....dengan hanya melaksanakan dua rakaat solat dhuha. (HR Muslim dalam Sahih Muslim, kitab solat Musafir. Bab solat Dhuha.)

Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “Setiap manusia dilengkapi dengan 360 tulang sendi yang mengeluarkan sedekah setiap hari.  Sahabat bertanya, “Siapakah yang mampu berbuat demikian itu wahai Rasulullah?”  Baginda menjawab, “Dengan menghapuskan kahak , mengembuskannya dengan tanah di dalam masjid atau membuang sesuatu yang mengganggu orang di jalan.  Atau dengan menunaikan 2 rakaat solat dhuha.  Ia boleh melunaskan semua sedekah tersebut. (RH Iman ahmad dan Abu Daud).

     3.   Memperkenankan doa selepas Solat Sunat Dhuha.

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa dia melihat Rasulullah saw melakukan solat sunat Dhuha 8 rakaat, setelah selesai Baginda bersabda, maksudnya: “ Saya telah menunaikan solat dengan penuh harapan (khusyuk) dan rasa takut kepada Allah swt.  Kemudian saya berdoa memohon kepada Allah swt 3 perkara dan diperkenankan 2 permintaan dan 1 lagi tidak diperkenankan.  Saya memohon kepadaNya supaya tidak ditimpakan bala ke atas umat aku dengan musim kemarau (kebuluran.)  Permohonan ini Allah tunaikan.  Dan aku berdoa lagi memohon Allah agar aku tidak dikalahkan oleh musuh mereka dengan sekaligus.  Permohonan ini  pun diperkenankan.  Akhirnya aku memohon kepada allah supaya umatku tidak berpecah belah, tetapi permohonan ini tidak diperkenankan.”  (HR Ahmad dalam Musnad Anas bin Malik.)

     4.   Dimurahkan Rezeki.

Daripaada Adbullah bin ‘Amru bin al-‘Ash katanya, bermaksud: “Adakah kamu suka aku tunjukkan kepada kamu sesuatu ibadah yang lebih menguntungkan kamu, lebih banyak hasilnya dan lebih cepat pulangannya?  Iaitu ibadah orang yang Dhuha.  Orang ini lebih hampir meraih sasarannya lebih lumayan keuntungannya malah lebih cepat mendatangkan pulangannya.” (HR Ahmad dalam baba Musnad Abdullah bin’Amru bin al-‘Ash.)

     5.   Dipelihara Oleh Allah.

Allah memelihara orang yang mendirikan solat Dhuha dan memberikan pahala yang banyak.  Daripada Nu’aim bin Hammar r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah saw bersabda:  Firman Allah swt, maksudnya: “Wahai anak Adam jangan malas kepadaKu mengerjakan 4 rakaat Dhuha pada awal siang . Jika engkau laksanakan, nescaya Aku pelihara kamu pada petang tersebut.” (HR Abu Daud dan Al-Termizi.)

     6.   Dosa dihapuskan.

Dosa seseorang itu dihapuskan jika dia melakukan solat sunat dhuha.  Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a. bahawa Baginda berkata, maksudnya: “ Sesiapa yang pergi-ketika matahari sedang naik- berwudhuk dengan sesempurnanya kemudian menunaikan solat sunat dhuha nescaya akan diampun baginya segala dosanya.  Dia menjadi (bersih dosanya) seperti budak yang baru dilahirkan ibuynya.”  (HR Abu Ya’la)