Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Saturday 29 September 2012

JAGALAH LIDAHMU...

1.    Imam Ahmad meriwayatkan daripada Anas ra bahawa Rasulullah bersabda: ‘Iman  seseorang tidak akan sempurna kecuali apabila hatinya telah lurus (bersih). Dan hati seseorang tidak akan lurus kecuali apabila lisannya telah terjaga (daripada ucapan-ucapan kotor dan keji.)

2.    Imam Tabarani juga meriwayatkan hadis daripada Anas ra: ' Seseorang hamba tidak akan sampai pada tingkat keimanan hakiki kecuali setelah dia mampu menjaga lisannya.’  Maksudnya adalah sehingga dia mampu menahan mulut-mulutnya daripada perkataan-perkataan yang tidak baik.

3.    Apabila seorang Muslim berbicara, hendaklah dia berfikir dahulu.  Apabila dia yakin kata-katanya akan  membawa kebaikan dan pahala, bolehlah dia mengatakannya.  Namum apabila dirasakan perkataannya itu tidak elok dan akan menimbulkan keburukan atau dia masih ragu-ragu akan faedah kata-katanya itu, hendaklah dia menahan diri daripada mengungkapkannya.  Sikap sebegini lebih baik dan lebih selamat kerana setiap perkataan yang keluar dari mulutnya dihitung oleh Allah swt.  Allah swt berfirman: ‘Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya melainkan ada disisi-nya malaikat pengawas yang sentiasa sedia menerima dan menulisnya. (Qaf-18)

4.    Sabda Rasulullah saw ‘Sungguh, apabila seorang hamba mengucapkan perkataan yang diredhai Allah swt dan dia mengganggap perkataannya itu biasa-biasa sahaja, maka Allah swt akan mengangkat darjat orang tersebut kerana perkataan baiknya itu.  (Begitu juga) apabila seorang hamba mengucapkan perkataan yang dimurkai Allah swt dan dia menganggap perkataannya biasa-biasa saja, maka Allah swt akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahanam kerana perkataannya.’

5.    Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ditanya mengenai perempuan yang rajin solat malam dan berpuasa pada siangnya namun mulutnya lancang sehingga menyakiti hati jirannya, Baginda bersabda, ‘ Tida ada kebaikan pada dirinya.  Dia masuk neraka.’ Kemudian Nabi Muhammad ditanya tentang perempuan yang rajin solat, berpuasa pada bulan Ramadhan, bersedekat dan mulutnya tidak menyakiti jirannya.  Baginda berkata, ‘Dia berada di syurga.’ (Riwayat Ahmad dan al-Hakim).


Petikan dari Buku ‘Indahnya Akhlak Rasulullah saw’