Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Wednesday 31 October 2012

ANDAINYA AKU DAPAT KEMBALI HIDUP KE DUNIA...


Nescaya  aku akan  selalu membaca, berusaha memahami dan mengamalkan isi al-Quran.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)."                          (Surah al-Muzzammil 73:4)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:  “(Pada hari kiamat kelak) akan dikatakan kepada orang yang suka  membaca  al-Quran:  ‘Bacalah al-Quran dengan tartil  sebagaimana  kamu membacanya  di dunia dan naiklah (darjat demi darjat dalam syurga). Sesungguhnya   tempat (kedudukan)  kamu  adalah pada ayat terakhir yang kamu baca”.

(HR Abu Daud dan al-Tirmizi)

10 LANGKAH MENUJU CINTA ALLAH....



Imam Ibnu Qayyim menjelaskan langkah-langkah menuju cinta Allah iaitu:


1.    Membaca al-Quran dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksud yang benar.

 2.    Taqarub kepada Allah swt, melalui ibadah-ibadah fardhu.

3.    Sentiasa ingat kepada Allah dalam segala tingkah laku, melalui lisan, hati, amal dan perilaku.

4.    Cinta kepada Allah melebehi cinta kepada diri sendiri.

5.    Sentiasa musyahadah (menyaksikan) dan makrifat (mengenal) Allah swt.

6.    Menghayati kebaikan, kebesaran dan nikmat Allah lahir dan batin akan membawa kepada cinta hakiki kepadanya.  Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah.

7.    Ketundukan hati secara total di hadapan Allah.

8.    Menyendiri bersama Allah ketika kesunyian malam.

9.    Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah.

10. Menjauh sebab-sebab yang menghalang komunikasi           hati dengan Al-Khaliq.


Dipetik dari Anis julai ’11.

Thursday 18 October 2012

8 amanat Sayidina Umar al-Khatab


1.    Siapa yang menjaga percakapan, dianugerahkan  kepadanya  hikmah.

2.    Siapa yang menjaga penglihatan,  dianugerahkan  kepadanya  hati  yang  khusyuk.

3.    Siapa  yang menjaga makanan, dianugerah kepadanya kelazatan dalam beribadah.

4.    Siapa yang bersabar menerima ujian, Allah sempurnakan  sabarnya lalu memasukkannya ke dalam syurga yang dia suka.

5.    Siapa  yang  menjaga  ketawa, dianugerahkan kepadanya  kehebatan.

6.    Siapa  yang  menjaga  gurauan, dianugerahkan kepadanya  keelokan  atau  kemuliaan.

7.    Siapa yang meninggalkan cinta dunia, dianugerahkan  kepadanya  melihat  kesalahan sendiri.

8.    Siapa  yang  meninggalkan  kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dihindari daripada  sifat  orang  munafik.

Sumber: Iman vol 5.

Lidah...



Mengeluarkan kata-kata sama ada melalui lafaz mahupun tulisan bukan satu aktiviti yang boleh diambil ringan.  Ia perlu dilakukan dengan bertanggungjawab.  Selembut-lembut lidah boleh menghiris hati, menjatuhkan maruah, malah memusnahkan kehidupan orang lain.
Sebab ini, tidak hairanlah Nabi s.a.w. apabila ditanya perkara yang dibimbangnya menyebut, “lidah.” 

Dalam konteks hari ini, ucapan dari lidah bukan setakat boleh didengar seorang atau sekelompok kecil, tetapi boleh sampai ke telinga jutaan orang.  Begitu juga, yang dinyatakan dalam bentuk tulisan boleh tersebar ke seluruh dunia dengan hanya satu klik!
Sekadar peringatan; lazimnya ucapan istighfar, syukur, terima kasih, hiasi tutur dengan zikrullah, bermesralah dengan kata-kata jujur, indah, membina semangat dan motivasi.  Berbicaralah mengenai keindahan, rancangan dan peluang yang bermanafaat.  Sebut juga perkara-perkara yang baik, menyejukkan hati, sedikit pujian dan segala yang positif.
Yakinlah lidah yang lazim dengan kata-kata yang baik sedikit sebanyak mencerminkan hati pemiliknya.

Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya...”

                            Lidah..Paling Merisaukan Nabi s.a.w.

Rasulullah s.a.w. memperingatkan, bahawa bahaya lidah  adalah salah satu perkara yang paling merisaukan baginda.  Ini kerana, semua amalan akan hilang jika lidah kita jahat.  Sufian al-Tsaqafi pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.

Katanya, “ Wahai Rasulullah s.a.w, katakan kepadaku dengan satu perkara yang aku akan berpegang dengannya?” 

Jawab baginda, “Katakanlah, Rabbku adalah Allah, lalu istiqamahlah.”

Kata Sufian lagi, “Wahai Rasulullah s.a.w, apakah yang paling tuan risaukan tentangku?”
Baginda memegang lidah baginda, lalu bersabda, ‘Ini.”

(Hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)


Petikan dari  Majalah Iman bil 5

Monday 1 October 2012

TIPS BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH MENURUT RASULULLAH SAW

1.    Sentiasa membaca zikir atau doa di akhir solat sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam dialognya dengan Mu’az r.a.

Sesungguhnya Rasulullah SAW memegang tangannya (Mu’az bin Jabal r.a.) lantas berkata, ‘Wahai Mu’az, sesungguhnya aku menyayangimu dan aku berpesan kepadamu wahai Mu’az: Jangan sekali-kali engkau lupakan/tinggalkan pada tiap-tiap lepas solat, engkau berkata, ‘ Ya Allah tolonglah aku mengingati Mu, bersyukur pada Mu dan mengindahkan ibadat kepada Mu.’

2.    Andainya kita menyukai atau menyayangi seseorang kerana Allah, maka ceritakanlah padanya bahawa kita mengasihi dan menyukainya kerana Allah.

3.    Sentiasalah memberi/mengucapkan salam kepada sesama Islam sama ada kita kenal atau tidak.

4.    Ziarah menziarah kerana Allah bukan kerana factor atau sebab-sebab lain.

5.    Selalu menziarahi orang sakit.

6.    Laksanakan apa jua perintah Rasulullah SAW seperti solat berjemaah, menjaga adap percakapan, membaca al-Quran pada waktu fajar dan menolong orang dalam kesusahan.

7.    Sentiasa mendoakan seseorang dalam keadaan mereka tidak mengetahui bahawa kita doakan mereka.

8.    Kasih/sayangi dan cintai orang-orang Ansar, orang yang soleh.

9.    Berkawanlah dengan orang-orang beriman. ‘Jangan engkau berkawan kecuali dengan orang-orang yang beriman dan jangan makan makanan engkau melainkan  orang-orang bertaqwa.’



Sumber: Anis feb 2011