Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Tuesday 18 December 2012

SELAWAT YANG PALING AFDAL...


Dari Abu Mas'ud al Anshari katanya, " Ketika kami sedang berada di dalam majlis Sa'ad bin Ubadah, sekonyong-konyong Nabi s.a.w. datang.  Basyir bin Sa'ad bertanya kepada baginda, "Allah memerintahkan kami supaya berselawat kepada anda.  Bagaimana caranya kami berselawat itu, ya Rasulullah?"  Kata Abu Mas'ud, "Rasulullah s.a.w.  diam saja tidak segera menjawab.  Sehingga kami mengira, mungkin baginda tidak menyukai pertanyaan itu."  Kemudian baginda bersabda, " Ucapkanlah; Allahumma solli ala Muhammad, wa aala aali Muhammad.  Kama sollaita ala Ibrahim.  Wa baarik ala Muhammad, wa ala ali Muhammad.  Kama baarakta ala Ibrahim.  Fil alamani innaka hamidun majid.  Kemudian memberi salam. dan caranya ialah sebagaimana anda semua telah mengetahui."   (HR Muslim.)        



Sabda Rasulullah s.a.w. " Sebaik-baik dan seutama-utama manusia pada hari kiamat adalah mereka yang banyak berselawat kepada ku." (HR an-Nasa'i, Ibnu Hibban dari Ibnu Masiud.)

Selawat akan terus berpanjangan manfaatnya kepada orang beriman yang mengamalkannya.  di akhirat nanti, kita memang mengharapkan syafaat daripada nabi.  Ketika itu tidak ada siapa yang boleh membantu kita dan amalan yang ada pun tidak seberapa maka yang boleh membantu kita adalah Rasulullah.

Bagaimana caranya untuk mendapatkan bantuan dari Rasulullah s.a.w.?  Semua itu boleh diperolehi dengan berselawat, itulah tawaran luar biasa yang Allah berikan melalui nabi.  Baginda Rasulullah adalah orang yang amat memikirkan tentang umatnya sehingga di saat akhir nyawanya baginda tetap mengingati umatnya.  Betapa hebatnya kasih nabi walaupun kita tidak berpeluang bertemunya semasa hayatnya tetapi kasih baginda tidak pernah terputus. 

Selawat itu bukan perkataan biasa, jumhur ulama mengatakan selawat itu adalah ibadat dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.  Ia sama seperti berzikir, tasbih dan tahmid,  Sama kedudukannya macam zikir, ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan ketika.

Selawat nabi mengandungi syafaat dunia dan akhirat. Ia bukan sekadar doa atau pujian tetapi mengandungi makna yang cukup luar.  Kalau boleh diandaikan begini, Rasulullah s.a.w. itu umpama anterna yang menghubungi rohani umatnya dengan Allah yang Maha Pencipta.  Sebab itulah Allah menyebut di dalam firmannya, untuk mendapatkan cinta Allah kena cinta Rasulullah.  Kasih sayang Allah akan sentiasa melimpah kepada orang yang suka berselawat kepada kekasih Nya.  

Sebagaiamana disebut di dalam hadis, "Malaikat Jibril datang kepada ku sambil berkata, 'Sangat menyenangkan untuk engkau ketahui wahai Muhammad, bahawa untuk satu selawat dari seseorang  umatmu akan Ku imbangi dengan sepuluh doa baginya.  Dan sepuluh salam bagi ku akan Ku balas dengan sepuluh salam baginya. " HR Nasai.

petikan dari: Al Islam feb '12
(selawat sebagai doa & Umum)

Monday 17 December 2012

3 KATEGORI HAMBA..


Sikap orang-orang Islam terhadap kesalahan dan dosa  terbahagi kepada pelbagai kategori:

  1. Orang Islam yang sensitif terhadap kesalahan dan dosa lalu segera dan kembali kepada Allah.
  2. Orang Islam yang menyedari kesalahan dan dosa yang dilakukan dan merasakan perlu segera bertaubat kepada Allah swt tetapi secara sengaja atau tidak, melengah-lengahkan bertaubat kepada Allah.
  3. Orang  Islam yang tidak  berasa apa-apa apabila  melakukan dosa dan tidak merasakan keperluan untuk segera bertaubat.    
Justeru, marilah sama-sama kita muhasabah dan menilai di kategori mana kita berada.  Sekiranya kita berada di dalam kategori pertama, Alhamdulillah bertuah dan beruntunglah kita kerana kita termasuk dalam golongan yang dicintai Allah swt yang hidupnya diberkati dan berbahagia di dunia dan akhirat dengan mendapat nikmat syurga.

Sekiranya kita berada di dalam kategori kedua, kita sebenarnya dalam keadaan yang cemas dan berbahaya kerana kita tidak tahu kadar umur kita.  Justeru, kematian tidak diketahui masanya, taubat yang dilakukan juga tidak pasti diterima.  Keadaan ini memungkinkan kita mati sebelum sempat bertaubat dan memperbaiki diri, akhirnya celakalah diri.

Sekiranya kita berada di kategori ketiga, nauzubillah min zolik! Maka kita termasuk dalam golongan orang yang rugi, rugi di dunia dan akhirat, kita tidak selamat daripada seksaan api neraka.  Oleh itu marilah kita sama-sama membudayakan sikap bertaubat dan segera bertaubat kerana sikap bertaubat merupakan sifat mahmudah yang sangat dituntut serta dapat membentuk diri seseorang menjadi hamba yang sentiasa tunduk dan hampir kepada Allah swt.

 sumber: anis nov 2010.

Rasulullah insan kesayangan....

Abu Wail daripada Abdullah yang meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. yang bersabda: Manusia dibangkitkan bersama orang kesayangannya. Daripada Anas ra. Nabi s.a.w telah bersabda; " Seseorang daripada kamu tidak lagi beriman sehingga aku lebih dicintai daripada orang tuanya, anak-anaknya dan manusia keseluruhannya.

Cinta dan kasih sayang adalah anugerah Allah.  Allah menjadikan rahmat (belas kasihan lebih dicintai daripada orang tuanya, anak-anaknya dan manusia keseluruhannya.) sebanyak 100 bahagian.  Allah simpan disisinya sebanyak 99 bahagian dan ia diturunkan kebumi satu bahagian sahaja.  Rahmat yang satu bahagian inilah semua makhluk berkasih sayang dan saling belas kasihan antara satu sama lain.  Sehingga Rasulullah s.a.w. menyatakan tiga perkara mengenai cinta yang biasanya dialami oleh manusia:
    • Mencinta kedua orang tuanya.
    • Mencintai orang tuan kepada anak-anaknya.
    • Mencintai keseluruhan sesama manusia  
Dalam mencintai tiga perkara ini, manusia sering terlupa dan kadang-kadang tidak sanggup menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai kecintaannya yang utama.  Cuba kita lihat bagaimana Abu Talib bapa saudara Nabi s.a.w. yang menyokong perjuangan Rasulullah s.a.w hingga akhir hayatnya.  Walaupun Abu Talib tidak sempat masuk Islam dan demi cintanya kepada Rasulullah s.a.w., maka Allah telah meringankan siksaannya.  Apatah lagi kalau orang mukmin yang mencintai Rasulullah s.a.w. dengan menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w., mengamalkan akhlak mahmudah yang Rasulullah s.a.w. sarankan, memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w. dan sebagainya, sudah barang pasti akan mendapat tempat disisi Rasulullah dan Allah s.w.t.

Hadis Nabi s.a.w.bermaksud: " Sesiapa yang mencintaiku, dia akan bersama-samaku di syurga."

Antara sifat-sifat mulia Rasulullah s.a.w. sehingga kita begitu berharap mahu dibangkitkan bersama-sama baginda menjadikan baginda sebagai teladan dan kesayangan ialah:
    1. Sayiditina Aisyah mengatakan akhlak Rasulullah adalah al-Quran.  Sekiranya kita melihat al-Quran dan pengajarannya, itulah akhlak Rasulullah.  Ini bermaksud seluruh kehidupan Rasulullahs.a.w. mengamalkan al-Quran.
    2. Bersederhana dan berterus terang.
    3. Apabila menderma, baginda memberikan langsung dari tangannya.
    4. Merendah diri.
    5. Amat suka kepada kebersihan.
    6. Kebaikan pada musuhnya membuat musuh mengkagumi.
    7. Kebaikan hatinya ditumpahkan kepada sesiapa sahaja, samada orang itu Islam, Yahudi, Nasrani dan penyembah berhala.
    8. Setiap permintaan orang ditunaikan.
    9. Mengasihani binatang-binatang.
    10. Tahan menderita kesakitan.  Baginda melilihkan air mata tidak tertahan melihat penderitaan orang lain.
    11. Tidak pernah mengeluarkan perkataan keji dan menyakiti orang lain.
    12. Apabila berjanji, baginda menetapi miskipun halangan dan rintangan.
    13. Tiada satu pun pekerjaan halal dinaggap merendahkan dirinya.
    14. Bekerjasama mendirikan masjid dan menggali parit.
    15. Apabila mengenderai kenderaan, baginda tidak keberatan menumpangkan orang lain.
    16. Gemar mengendung anak-anak para sahabat.
    17. Tidak suka melihat orang berdiri menghormatinya ketika menyambut kehadirannya.
    18. Tidak membenarkan orang mencium tangannya ketika bersalaman.
    19. Menyambut panggilan orang lain walaupun berpangkat rendah dan hamba.
    20. Suka berdiam diri dan berkata-kata apabila perlu sahaja.        
    21. Apabila berada bersama-sama sahabat tiada satu petunjuk menandakan baginda seorang Nabi.
    22. Orang yang tidak mengenali tidak dapat membezakan bahawa baginda adalah utusan Allah dan terpaksa menanyakan orang lain tentang baginda.
    23. Tidak pernah memutuskan percakapan orang lain.
    24. Apabila orang bercakap dan alasan untuk ketawa, baginda ketawa dengan penuh adab.
    25. Apabila berkara-kata, dapat dihitung perkataannya.
    26. Memakan dengan senang hati setiap yang terhidang.
    27. Cinta kepada sahabat.
    28.  Apabila bersalaman, baginda bukanlah orang pertama menarik tangannya.
    29. Baginda sentiasa memberikan senyuman kepada sesiapa yang dijumpainya.
    30. Melarang tetamunya mengumpat orang lain.
    31. Sentiasa memberikan salam terlebih dahulu.
    32. Memaafkan kesalahan orang lain.
    33.  Membiarkan sahaja penghinaan orang terhadap dirinya walaupun benar.
    34. Memenuhi permintaan orang lain miskipun menyukarkan baginda.
    35. Membela nasih janda, yatim piatu dan mereka yang memerlukan pertolongan.
    36. Menziarahi orang sakit untuk menanyakan keadaan mereka dan mengembirakan hati mereka.
    37. Mengiringi  jenazah ke kubur.
    38. Tidak mengambil tindakbalas terhadap kesalahan orang lain.
    39. Berlaku adil apabila membuat keputusan tanpa mengira muslim, kafir, sahabat atau musuh.
    40. Keadilannya diakui walaupun sebelum menjadi Rasul.
    41. Hamba baginda bernama Annas menerangkan bahawa selama 10 tahun bersama, beliau tidak pernah dimarahi atau dipukul.
    42. Melakukan sendiri setiap pekerjaan.
    43. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga.
    44. Memerah susu kambing sendiri.
    45. Menjahit pakaian sendiri.  Berpakaian sederhana dan tidak malu bertampal.
    46. Membaiki kasut sendiri.  Perkakas rumahnya hanya tempat tidur dan tempat air.
    47. Menambat dan menjada unta.
    48. Berbelanja ke pasar sendiri dan membantu jiran.  Tidak pernah mempunyai wang yang banyak dikoceknya.  Hanya cukup sekadar belanja harian.
    49. Makanan yang tidak menepati citarasanya dan tidak pernah dicela.
    50. Sebelum kewafatannya, baginda mengagih-agihkan hartanya apa yang ada dirumahnya kepada orang miskin.   

Ustaz Husin (16/12/12)
HELWA, Al Munir Simbang,
Taman Perling, Johor Bahru
 

Sunday 16 December 2012

Hadis GOLONGAN YANG TAAT...


Dari Abu Hurairah r.a. katanya, 
telah berkata Rasulullah SAW: 

" Sesiapa yang memelihara solat fardhu,
tidak termasuk dalam golongan
 orang yang lalai.  
  Sesiapa yang membaca 100 ayat
 pada satu malam dimasukkan 
ke dalam golongan orang yang taat."




petikan dari: anis ogos 2010