Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Monday 27 May 2013

BILAL BIN RABBAH...DAN AZAN TERAKHIRNYA.

Seorang sahabat yang masyhur yang sentiasa menjadi  juru azan di Masjid Nabawi.  

Beliau adalah seorang hamba kepada seorang kafir, Umaiyah bin Khalaf, seorang musuh Islam yang ketat.  Bilal pernah dibaringkan terlentang di atas pasir yang  panas membakar pada waktu tengah hari semasa musim panas.  Bilal juga diletakkan batu yang besar ke atas dada supaya beliau tidak dapat bergerak. Dia berkata, “ Matilah kamu dalam keadaan ini.  Jika mahu hidup, tinggalkan Islam”. Bilal, dalam keadaan sedemikian pun, masih berkata, “ Ahad, Ahad! Yakni tuhan yang layak disembah hanyalah satu.

Pada malam hari, beliau diikat dengan rantai dan disebat dengan cemeti.  Pada siang keesokan hari, beliau akan dibaringkan di atas permukaan tanah yang panas supaya luka-luka itu  bertambah teruk agar beliau meninggalkan Islam kerana tidak dapat menanggung penderitaan itu lagi atau pun mati terseksa. Abu Jahal, Umaiyah bin Khalaf dan yang lain, bergilir-gilir menyeksa Bilal. Abu Bakar ra melihat Bilal dalam keadaan demikian, maka beliau membeli dan membebaskan Bilal.

Orang-orang Arab jahiliah ialah penyembah berhala, maka mereka mengatakan bahawa berhala juga ialah tuhan yang disembah.  Islam menentang amalan  penyembahan berhala dengan mengajarkan tauhid.  Inilah yang menyebabkan Bilal mewiridkan, “Ahad, Ahad”. 

Ini gambaran cinta dan rindu kepada Allah swt. Kita melihat dalam cinta palsu( sesama makhluk) ini pun, apabila seorang itu dicintai, dengan menyebut namanya sahaja pun merupakan sesuatu yang menyeronokkan.  Nama itu diulang-ulang  tanpa sebarang faedah.  Maka apa yang hendak dikatakan lagi tentang cinta kepada Allah swt yang memberi syafaat di dunia dan akhirat? Inilah yang menyebabkan Bilal sanggup menanggung walaupun didera dengan berbagai-bagai cara, dikenakan sekeras-keras seksaan, diserahkan kepada budak-budak nakal supaya beliau diarak di jalan-jalan dan lorong-lorong Mekah, tetapi, “Ahad, Ahad!’ tetap dilaungkan.

Dengan sebab semua keberkatan inilah beliau kemudiannya menjadi juru azan di Masjid Nabawi.  Tugas untuk melaungkan azan sentiasa diserahkan kepada beliau samada bersafar atau bermukim.

Setelah Nabi saw wafat, sukar bagi beliau tinggal di Medinah dengan melihat tempat tinggal Baginda.  Oleh sebab itu, beliau menghabiskan saki-baki hidupnya berjihad.  Beliau tidak pulang ke Medinah untuk beberapa lama.

Pada suatu hari, beliau telah bermimpi berjumpa Nabi saw. Setelah terjaga dari tidur, beliau pergi ke Medinah.  Hassan dan Husain ra telah memohon agar beliau melaungkan azan.  Permintaan kedua-dua orang yang dikasihi bukanlah kerana satu perkara yang boleh ditolak.  

Saat waktu solat, dia naik pada tempat dahulu biasa dia adzan pada masa Rasulullah saw masih hidup. Mulailah dia kumandangkan azan. Saat lafaz "Allahu Akbar" dikumandangkan olehnya, seluruh Madinah senyap, segala aktiviti terhenti, semua terkejut, suara yg telah bertahun hilang, yang ingatkan pada susuk nan agung, suara yg begitu dirindukan, itu telah kembali. 

Ketika Bilal meneriakkan kata "Asyhadu an laa ilaha illallah", seluruh isi kota Madinah berlarian ke arah suara itu berteriak, bahkan para gadis dlm rumah mereka pun keluar. Dan saat bilal kumandangkan "Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah", Madinah pecah oleh tangisan dan ratapan yang sangat memilukan. Semua menangis, teringat masa indah bersama Rasulullah SAW. Umar bin Khattab yang paling keras tangisnya. Bahkan Bilal sendiri pun tak sanggup teruskan azannya. Lidahnya tersekat oleh air mata yg berderai. 

Hari itu, Madinah mengenang masa saat masih ada Rasulullah SAW. Tiada peribadi agung yang begitu dicintai seperti Rasullullah saw, dan azan itu adalah azan pertama sekaligus azan terakhirnya Bilal  semenjak Rasulullah saw wafat. Bilal tak pernah bersedia lagi kumandangkan azan sebab teramat sedih kerana hatinya mengenang  Rasullullah SAW. 

Setelah beberapa hari, Bilal pun pulang dan beliau meninggal dunia pada kira-kira pada tahun 20 Hijrah di Damsik.

Semoga kita dapat merasakan nikmatnya rindu dan cinta seperti yang Allah kurniakan kepada Sahabat Bilal bin Rabbah r.a.


p/s:  Kisah ini kerap kita dengar.  Mengulanginya bacaannya, kita akan dapat menghayati  kisah kecintaan Bilal kepada Allah swt dan juga kepada Rasul kita.  Apabila kita membaca surah al Ikhlas, ingatkanlah akan kisah Bilal disiksa,  melaungkan  'Ahad, Ahad.'  
Al Ahad ( Maha Esa ) juga adalah nama Allah yang ke 67 di dalam Asma'ul Husna.       


Saturday 11 May 2013

THE WEAPONS OF SATAN...

To achieve excellence, Satan’s (devil’s) devious ways must be identified and monitored.  This is because Satan is always looking for opportunities to attack and destroy the purity of our hearts.  According to Imam Ghazali, among the devil’s  weapons are as follows:
1.    Anger
2.    Lust
3.    Greed and envy
4.    Satiation with food
5.    Love of adornments and properties
6.    Over dependence on humans
7.    Recklessness and impetuousness.
8.    Love for dinar, dirham and gold (money)
9.    Stingyness and miselyness
10.  Fanaticism to one’s own sect and group
11.  Thinking about the substance, nature and the acts of  
 God, without the necessary knowledge
12.    Distrust of other Muslims.
An excellent heart is one that is clean and pure.  When Allah’s Messenger was asked who was the most excellent, he replied, “Everyone whose heart is clear of pollution (makhmum al-qalb) and whose tongue is truthful.”  On being told by his companions that they understood “whose tongue is truthful,” but not makhmum al-qalb (the heart clear of pollution), he replied, “the pure heart is one with no deceit, extremism, treachery, iniquity and envy.”  This is an authentic hadis transmitted by Ibn Majah.
Satan is afraid of pure hearts.  The Prophet once said, “When Umar al-Khatab walks along an alley, Satan chooses to walk another way (so that his path does not cross with that of Umar).” This hadis was narrated by Imam Bukhari and Muslim. Satan is scared because takwa shone brightly in the heart of al-Khatab.
When the heart shines, God inspires it with various knowledge and guidance.  Among the inspirations that may be granted is the ‘believer’s intuition or firasat Mukmin. With respect to this, according to Imam Tirmizi, the Prophet said, “Fear the intuition of a believer because he sees with the Light of Allah.”
For instance, according to history, one day, Anas bin Malik saw a woman and was captivated by her beauty.  Soon after, he met Uthman bin Affan and Uthman said, “A man with the signs of fornication in the eyes has entered this place.”  Anas was surprised and immediately asked, “Are there any more revelations after the Prophet’s death?”  Uthman answered, “No, but what we have are the inner vision of the heart and correct intuition.”
To ensure that it keeps on shining, the heart needs to be polished.  When this task is ignored, the heart will die a spiritual death.  According to Ibrahim bin Adham, there are eight things that will lead to the spiritual death of the heart:
1.   You know your obligations to God but do not fulfil it.
2. You read the Quran but do not implement its commandments.
3.    You love the Prophet but ignore his sunah.
4.    You are afraid of death but do not prepare for it.
5.   You know that Satan is your enemy but yet you follow his commands.
6.    You are afraid of hell but you continue to commit sins.
7.   You want to attain paradise but do not perform good deed.
8.   You forget your own shortcomings but highlight the shortcomings of other.
Thus to succeed we need takwa. It helps the heart to shine continuously.  Allah says in the chapter al-Talaq verse 2 to 3, “Whosoever fears Allah and keep his duty to Him (takwa), He will provide a way for him to get out from every difficulty.  He will provide him sustenance from sources he never could imagine.”  According to Abdullah bin Masud, this verse is ‘the greatest problem solving formula in the Quran.” Yes, the greatest problem solving formula based on takwa.

(Excerpts  from the book of  SEVEN  FORMULAS  OF EXCELLENT INDIVIDUALS                   by Dr Danial Zainal Abidin

p/s:  As a reminder to my dear self.......