Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Friday, 20 January 2012

NIKMAT HIDUP


Kekayaan  yang  paling   tinggi  diberikan
Allah swt kepada  hambanya  ialah
 kekayaaan  nikmat.


Lihat  sajalah  nikmat yang  ada  di dalam  badan  kita ini.  Pelbagai  nikmat yang  dapat  kita  rasai  dalam  hidup  kita; diantaranya:

  • Nikmat  makan – dapat merasai perbagai makanan yang sedap-sedap.
  • Nikmat mendengar – kita dapat mendengar kata-kata yang indah.
  • Nikmat melihat – luasnya pandangan yang dapat kita tengok, benda-benda yang menarik.
  • Nikmat  berjalan – langkah  kaki  kita  akan membawa  ke mana saja kita hendak  pergi.
  • Nikmat  tidur – datangnya  malam, kita dapat  tidur dengan  lenanya.

Dengan  nikmat-nikmat di atas, tidak kurang  juga unsur-unsur negatif  yang  timbul  darinya. Dengan mata, kita  boleh  terpandang  benda-benda  yang tidak baik.  Dengan  kaki, kita boleh  berjalan  ke tempat  yang  tidak  sepatutnya. Dengan  telinga, kita mungkin  terjebak dengan  men dengar  kata-kata yang  tidak baik.  Maka bijaklah  kita  untuk  menangkisinya.

Justeru  itu,  hendaklah  kita  sentiasa berdoa  serta  memanjangkan  kesyukuran  kita  kepadaNya,  agar  kita  akan  terus  merasi  limpahan nikmat ini  di dalam  hidup  kita...

Sekiranya  ada  keperitan  hidup yang kita hadapi, anggaplah  ianya  sebagai  dugaan  dari  Yang Maha  Esa untuk  menguji  kekuatan  iman  kita.  Setelah  kita  dapat merasai  gembira  dengan  nikmat-nikmat  tersebut,  bagaimanakah  pula  kita  menangani  dugaanNya.

No comments:

Post a Comment