Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Saturday, 4 February 2012

KISAH 4 ORANG BAYI YANG BOLEH BERCAKAP...


1. Isa bin Maryam AS. 

Selain daripada kelahiran yang luar biasa dan meja hidangan, Nabi Isa telah dikurniakan dengan beberapa mukjizat lain. Ayat berikut menjelaskannya:

"Ketika Allah berkata, 'Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia di dalam buaian dan setelah dewasa ..... dan apabila kamu mencipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku' ..... lalu orang-orang yang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'" (5:110)


2. Bayi yang disebut di dalam riwayat Ashabul Ukhdud (Surah al Buruj).

Kisah ini sangat penting untuk dijadikan rujukan dan ikutan kepada pemuda-pemudi Islam zaman ini kerana ia mengisahkan seorang pemuda yang berani kerana Allah s.w.t, hatta ditaruhkan nyawa sekalipun. Ilmu yang benar akan memimpin kita kepada Allah s.w.t, dan inilah yang di ajarkan oleh pendita (ahli Ibadat) sedangkan ilmu yang diajarkan oleh ahli sihir istana adalah bathil semata-mata. Tawaqqal dan berserahnya pemuda itu kepada Allah s.w.t menyebabkan bukan sahaja dia seorang, malah keseluruhan rakyat mendapat hidayah dan beriman kepada Allah s.w.t. .

Kita dapat mengikuti kisah pemuda ini tertera dalam Surah Al-Buruj dan diterangkan dengan jelas oleh Nabi kita Muhammad s.a.w dalam hadith baginda seperti berikut:

Shuhaib bin Simaan Arrmmi ra. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda: " Di masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang yang ahli sihir, kemudian ketika ahli sihir telah tua ia berkata kepada raja: "Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, kerana itu anda kirim kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir.” 

Maka raja berusaha mendapatkan seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihir itu, sedang di tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah pemuda itu ada tempat seorang pendita (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pada suatu masa pemuda itu singgah di tempat pendita untuk mendengarkan pengajiannya, maka ia tertarik dengan ajaran pendita itu sehingga jika ia terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali ke rumahnya juga dia dipukul, maka ia mengadu tentang kejadian itu kepada pendita.  Maka diajar oleh pendita jika terlambat datang kepada ahli sihir supaya berkata aku ditahan oleh ibuku, dan bila terlambat kembali ke rumah katakan: Aku ditahan oleh ahli sihir.

Kemudian pemuda itu dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit yang berat-berat pada semua orang. Jawab pemuda itu: "Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun sedang yang menyembuhkan hanya Allah azza wajalla, jika engkau mahu beriman (percaya) kepada Allah, maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan mu".

Kemudian kembali pemuda itu diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama Islam), tetapi pemuda ini juga menolak perintah raja. 

Semasa menyaksikan kematian pemuda itu, maka semua orang yang hadir berkata: "Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)".

Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahwa semua rakyat telah beriman kepada Tuhannya pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya lentang agamanya, jika ia tetap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu. 

Maka adanya orang berjejal-jejal (berbaris-baris) dorong mendorong yang masuk di dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang menggendong  bayinya yang masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menurut mereka berganti agama kerana sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba anak bayi itu berbicara dengan suara lantang: "Sabarlah hai ibuku kerana kau sedang mempertahankan yang hak.” 
(H.R. Ahmad, Muslim dan Annasa'i) 


3. Bayi di dalam riwayat Juraij Arrahib. 


Kisah seorang pendita bernama Juraij yang sangat kuat beribadat kepada Allah swt. Ibunya memanggilnya semasa dia sedang solat dan dia tidak menjawab panggilan ibunya. Kerana marah, ibunya telah mendoakan agar anaknya difitnahkan dengan seorang pelacur.

Rasulullah saw pernah bersabda: “Kalaulah pendita Juraij itu seorang yang benar-benar mengetahui  tentang agamanya, sudah tentu dia mengetahui bahawa menjawab panggilan ibunya itu lebih afdal daripada solat sunat.”

Satu ketika, Juraij telah difitnahkan oleh seorang wanita yang menyatakan bahawa dia telah melakukan perbuatan terkutuk dengan Juraij sehinggakan melahirkan seorang anak.  Walhal itu adalah perbuatan kejinya dengan seorang pengembala kambing.

Berita mengenai wanita itu sampai kepada raja. Raja begitu murka mendengar akan perbuatan Juraij yang dianggapnya seorang yang alim.  Juraij diikat lehernya dan dibawa kepada raja. Tempat Juraij beribadat juga dimusnahkan. Juraij telah bersumpah dan menafikan perbuatan terkutuk itu tetapi tidak sesiapa mempercayai.

Juraij memohon untuk berjumpa dengan ibunya.  “Wahai ibuku, kamu telah berdoa kepada Allah swt dan Allah swt telah menerima doamu.  Sekarang aku di dalam kesusahan, oleh itu doakanlah agar aku dihindarkan dari bahaya ini.” 

Maka berdoalah ibu Juraij: ” Ya Allah, jika Juraij ini Kau hukum kerana doaku, maka jauhkanlah dia dari bahaya ini.”

Juraij pun balik ke istana dan memohon kepada raja untuk berjumpa dengan wanita dan bayi itu.  Raja perkenankan permintaan Juraij. Raja sekali lagi bertanya kepada wanita itu adakah Juraij yang melakukan perbuatan terkutuk itu?  Wanita itu masih mengaku bahawa Juraij yang melakukan perbuatan itu.  Lalu Juraij menghampiri bayi itu, sambil meletak tangannya ke atas kepala bayi itu, Juraij pun bertanya: “Demi tuhan yang menjadikan kamu,  katakan  siapakah ayah kamu?”  Maka bayi itu pun berkata bahawa ayahnya ialah pengembala kambing.  Setelah mendengar pengakuan bayi itu, maka wanita itu pun mengaku.

Maka raja pun memohon maaf kepada Juraij dan berjanji akan membina tempat beribadat yang baru dibuat daripada emas.  Juraij menolak dan raja berjanji akan menggantikan tempat ibadat dibuat daripada perak.  Pun Juraij menolak.  Dia hanya memohon supaya dibina kembali tempat ibadat dari bahan yang asal.

 
4. Bayi yang menjadi saksi terhadap Nabi Yusuf AS dalam ayat 3-6 surah Yusuf. 

Kisah Nabi Yusuf tersurat dalam Surah ke-12 al-Qur'an. Nama surah itu pun mengambil sempena nama Nabi Yusuf, iaitu Yusuf. Menurut suatu sumber, baginda dikatakan tinggal di sekitar tahun 1700 S.M, iaitu kira-kira 3,700 tahun dahulu. Atau, kurang lebih dua ribu tiga ratus tahun sebelum kemunculan Nabi Muhammad.

Kisah Nabi Yusuf adalah cerita yang paling baik dalam al-Qur'an. Firman-Nya:
"Kami menceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa yang Kami mewahyukan kamu, al-Qur'an ini" (12:3).

Cerita bermula dengan mimpi Nabi Yusuf semasa dia kanak-kanak. Mimpi itu diceritakannya kepada bapanya Yaakub, yang juga menjadi seorang Nabi.

"Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, 'Ayah, saya melihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya melihat mereka sujud kepada saya" (12:4).

Setelah mendengar cerita Yusuf, bapanya melarang mimpi itu daripada diceritakan kepada saudara-saudaranya. Dia juga memberi tahu Yusuf bahawa Tuhan telah memilihnya dan mengajarnya interpretasi mimpi.

No comments:

Post a Comment