Seorang sahabat yang masyhur yang sentiasa menjadi juru azan di Masjid Nabawi.
Beliau adalah seorang hamba kepada seorang kafir, Umaiyah bin Khalaf, seorang musuh Islam yang ketat. Bilal pernah dibaringkan terlentang di atas pasir yang panas membakar pada waktu tengah hari semasa musim panas. Bilal juga diletakkan batu yang besar ke atas dada supaya beliau tidak dapat bergerak. Dia berkata, “ Matilah kamu dalam keadaan ini. Jika mahu hidup, tinggalkan Islam”. Bilal, dalam keadaan sedemikian pun, masih berkata, “ Ahad, Ahad! Yakni tuhan yang layak disembah hanyalah satu.
Beliau adalah seorang hamba kepada seorang kafir, Umaiyah bin Khalaf, seorang musuh Islam yang ketat. Bilal pernah dibaringkan terlentang di atas pasir yang panas membakar pada waktu tengah hari semasa musim panas. Bilal juga diletakkan batu yang besar ke atas dada supaya beliau tidak dapat bergerak. Dia berkata, “ Matilah kamu dalam keadaan ini. Jika mahu hidup, tinggalkan Islam”. Bilal, dalam keadaan sedemikian pun, masih berkata, “ Ahad, Ahad! Yakni tuhan yang layak disembah hanyalah satu.
Pada malam hari, beliau diikat dengan rantai dan disebat dengan cemeti. Pada siang keesokan hari, beliau akan dibaringkan di atas permukaan tanah yang panas supaya luka-luka itu bertambah teruk agar beliau meninggalkan Islam kerana tidak dapat menanggung penderitaan itu lagi atau pun mati terseksa. Abu Jahal, Umaiyah bin Khalaf dan yang lain, bergilir-gilir menyeksa Bilal. Abu Bakar ra melihat Bilal dalam keadaan demikian, maka beliau membeli dan membebaskan Bilal.
Orang-orang Arab jahiliah ialah penyembah berhala, maka mereka mengatakan bahawa berhala juga ialah tuhan yang disembah. Islam menentang amalan penyembahan berhala dengan mengajarkan tauhid. Inilah yang menyebabkan Bilal mewiridkan, “Ahad, Ahad”.
Ini gambaran cinta dan rindu kepada Allah swt. Kita melihat dalam cinta palsu( sesama makhluk) ini pun, apabila seorang itu dicintai, dengan menyebut namanya sahaja pun merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Nama itu diulang-ulang tanpa sebarang faedah. Maka apa yang hendak dikatakan lagi tentang cinta kepada Allah swt yang memberi syafaat di dunia dan akhirat? Inilah yang menyebabkan Bilal sanggup menanggung walaupun didera dengan berbagai-bagai cara, dikenakan sekeras-keras seksaan, diserahkan kepada budak-budak nakal supaya beliau diarak di jalan-jalan dan lorong-lorong Mekah, tetapi, “Ahad, Ahad!’ tetap dilaungkan.
Dengan sebab semua keberkatan inilah beliau kemudiannya menjadi juru azan di Masjid Nabawi. Tugas untuk melaungkan azan sentiasa diserahkan kepada beliau samada bersafar atau bermukim.
Setelah Nabi saw wafat, sukar bagi beliau tinggal di Medinah dengan melihat tempat tinggal Baginda. Oleh sebab itu, beliau menghabiskan saki-baki hidupnya berjihad. Beliau tidak pulang ke Medinah untuk beberapa lama.
Setelah Nabi saw wafat, sukar bagi beliau tinggal di Medinah dengan melihat tempat tinggal Baginda. Oleh sebab itu, beliau menghabiskan saki-baki hidupnya berjihad. Beliau tidak pulang ke Medinah untuk beberapa lama.
Pada suatu hari, beliau telah bermimpi berjumpa Nabi saw. Setelah terjaga dari tidur, beliau pergi ke Medinah. Hassan dan Husain ra telah memohon agar beliau melaungkan azan. Permintaan kedua-dua orang yang dikasihi bukanlah kerana satu perkara yang boleh ditolak.
Saat waktu solat, dia naik pada tempat dahulu biasa dia adzan pada masa Rasulullah saw masih hidup. Mulailah dia kumandangkan azan. Saat lafaz "Allahu Akbar" dikumandangkan olehnya, seluruh Madinah senyap, segala aktiviti terhenti, semua terkejut, suara yg telah bertahun hilang, yang ingatkan pada susuk nan agung, suara yg begitu dirindukan, itu telah kembali.
Ketika Bilal meneriakkan kata "Asyhadu an laa ilaha illallah", seluruh isi kota Madinah berlarian ke arah suara itu berteriak, bahkan para gadis dlm rumah mereka pun keluar. Dan saat bilal kumandangkan "Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah", Madinah pecah oleh tangisan dan ratapan yang sangat memilukan. Semua menangis, teringat masa indah bersama Rasulullah SAW. Umar bin Khattab yang paling keras tangisnya. Bahkan Bilal sendiri pun tak sanggup teruskan azannya. Lidahnya tersekat oleh air mata yg berderai.
Hari itu, Madinah mengenang masa saat masih ada Rasulullah SAW. Tiada peribadi agung yang begitu dicintai seperti Rasullullah saw, dan azan itu adalah azan pertama sekaligus azan terakhirnya Bilal semenjak Rasulullah saw wafat. Bilal tak pernah bersedia lagi kumandangkan azan sebab teramat sedih kerana hatinya mengenang Rasullullah SAW.
Setelah beberapa hari, Bilal pun pulang dan beliau meninggal dunia pada kira-kira pada tahun 20 Hijrah di Damsik.
Semoga kita dapat merasakan nikmatnya rindu dan cinta seperti yang Allah kurniakan kepada Sahabat Bilal bin Rabbah r.a.
p/s: Kisah ini kerap kita dengar. Mengulanginya bacaannya, kita akan dapat menghayati kisah kecintaan Bilal kepada Allah swt dan juga kepada Rasul kita. Apabila kita membaca surah al Ikhlas, ingatkanlah akan kisah Bilal disiksa, melaungkan 'Ahad, Ahad.'
Al Ahad ( Maha Esa ) juga adalah nama Allah yang ke 67 di dalam Asma'ul Husna.
No comments:
Post a Comment