HUKUM SOLAT SUNAT WUDUK.
Solat sunat yang dilakukan
selepas mengambil wuduk adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat
digalakkan. Ia boleh dilakukan bila-bila
masa sahaja sama ada pada waktu siang atau malam, malah waktu-waktu yang
diharamkan. Solat ini dilakukan selepas
seseorang itu berwuduk.
WAKTU MENGERJAKAN SOLAT
SUNAT WUDUK.
Dilaporkan Abu Buraidah
r.a. menceritakan bahawa: maksudnya; “Suatu hari selepas Rasulullah saw mengerjakan
solat Subuh, Baginda memanggil Bilal dan berkata: ‘ Wahai Bilal, bagaimana kamu
mendahului saya masuk ke syurga?’ Setiap
kali saya memasuki syurga, pasti saya mendengar hentakan sandalmu di hadapanku. Saya masuk ke dalam syurga semalam dan saya
mendengar hentakan sandalmu di hadapanku...’
Lalu Bilal berkata: ‘
Ya Rasulullah, setiap kali azan saya
pasti menunaikan solat dia rakaat. Dan
apabila berhadas, saya segera berwuduk. Dan saya merasakan perlu untuk mengerjakan
dua rakaat (sebagai tanda syukur) ke atas Allah ( yang menghilangkan kekotoran
dan memberikan kebersihan).’
Lalu Baginda bersabda: ‘
Jadi dengan kedua-dua amalan inilah (kamu masuk syurga).’
(Riwayat
al-Tirmizi daripada Abu Buraidah)
Al-Hafiz Ibn Hajar
menjelaskan bahawa hadis ini menunjukkan setiap hadas hendaklah disusuli dengan
wuduk dan setiap wuduk hendaklah diikuti dengan solat sunat. Oleh itu, solat
sunat wuduk ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja selepas berwuduk.
(Rujuk
Fathul Bari, Ibn Hajar)
Ibn Taimiyah juga berpendapat solat sunat wuduk ini
boleh dilakukan bila-bila masa sahaja termasuk pada waktu-waktu yang diharamkan
solat sunat lain.
No comments:
Post a Comment