Di dalam al-Firdaus al-A'la sendiri ada penghuninya berada dalam darjat yang bertingkat-tingkat. Tingkatan tertinggi itu dikenali dengan nama al-Wasilah, dan diperuntukan khas hanya bagi seorang sahaja daripada hamba-hamba Allah s.w.t.
Di akhir hadis yang mengajarkan doa selepas azan, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Mintalah al-wasilah untukku. Sesungguhnya ia adalah sebuah tempat (manzilah) di syurga yang hanya diperuntukan bagi seorang hamba Allah sahaja daripada hamba-hamba-Nya. Aku berharap akulah orang itu." (Muttafaq'alaih.)
Dalam riwayat al-Termizi, para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah al-Wasilah?" Baginda menjawab yang bermaksud: "Ia tempat yang paling tertinggi di syurga, tidak ada yang mencapainya kecuali seorang sahaja. Dan aku berharap akulah orangnya."
Harapan Rasulullah s.a.w. akan menjadi kenyataan pada hari kiamat nanti. Beliau akan menempati al-Wasilah di syurga firdaus dan menjadi makhluk Allah yang paling tinggi darjatnya secara mutlak di dunia dan akhirat.
Sumber: Solusi isu 23.
Aku terbaca artikel di atas mengenai al-wasilah. Tajuk ini pernah aku post di dalam blog ini pada 22/7/11 - Azan di bawah label
'Waktu-waktu untuk berselawat' dan pada 22/11/12 di bawah label 'Bila dan ketika di tuntut untuk berselawat.' Semoga kita mendapat syafaat Baginda Rasulullah s.a.w. apabila kita menjawab azan kelak.
'Waktu-waktu untuk berselawat' dan pada 22/11/12 di bawah label 'Bila dan ketika di tuntut untuk berselawat.' Semoga kita mendapat syafaat Baginda Rasulullah s.a.w. apabila kita menjawab azan kelak.
No comments:
Post a Comment