Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Tuesday, 22 November 2011

ISTIDRAJ...


Allah swt mengistidrajkan hambaNya. Setiap kali hambaNya membuat/ menambah/ membaharui kesalahannya, maka setiap kali itu juga Allah akan menambah/membaharui nikmatNya keatas hambaNya dan setiap kali itu jugalah Allah membuat hambaNya lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapNya.  Setaip kali itu jugalah Allah mengambilnya sedikit demi sedikit kemewahan yang ada.
“ Surah al A'raf ayat 182:  dan orang2 yang mendustakan ayat2 Kami,   akan Kami biarkan mereka beransur2 ( ke arah kebinasaan) dengan cara yang tidak mereka ketahui.”

Sabda Rasulullah saw, apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seseorang hambaNya didunia ini apa yang hamba itu suka & hajati, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatan, maka itu adalah ISTIDRAJ. (diriwayatkan dari at tabrani, ahmad & al baihaqi.)
“ Surah al An'am ayat 44 & 45: (44)  Maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) utk mereka.  Sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara tiba2, maka ketika itu mereka terdiam putus asa. (45)  Maka org2 yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar2nya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam.

Sabda Rasulullah saw:  Apabila Allah swt hendak binasakan anai2, diberinya sayap, jadi kelkatu & apabila boleh terbang, cuba pula melawat api. Maka binasalah kelkatu itu.

Begitu juga Fir'aun. Nikmat yang diberi Allah swt tidak terkira..tetapi ada perasaan sombong, angkuh, besar diri & Allah swt membinasakan dia.

Kisah Raja Namrud yang cuba membakar Nabi Ibrahim dan telah berlaku sombong dengan Allah swt. Begitu gagahnya dia tetapi akhirnya mati disebabkan seekor nyamuk yang masuk ke lubang hidungnya & kekal didalam kepalanya. Akhirnya mati terseksa.

Hendaklah kita beringat-ingat selalu, memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt diatas nikmat hidup yang diberikan kepada kita. Selalulah muhasabah diri kita ini untuk memikirkan apakah kekurangan yang patut ditambah atau kelebihan negatif yang patut dibuang. Semoga hidup kita diredhai dan diberkati Allah .........sentiasa. As a reminder to my dear self too.

No comments:

Post a Comment