Pada ulama berkata, sekiranya Allah swt dan Nabi saw melarang kita dari sesuatu perkara atau perbuatan, bermakna Allah dan Baginda saw sangat sayangkan kita agar jangan sampai terseksa pada hari kiamat nanti.
Antara larangan Allah ke atas hamba-hamba-Nya ialah sikap iri hati dan berdengki sesama mereka. Di dunia lagi kedua-dua sikap ini menjadi pemusnah dan ‘pencukur’ segala amalan-amalan baik manakala di akhirat penyebab seseorang disumbat ke dalam neraka yang menyala-nyala...
Firman Allah: “ dan janganlah kamu beriri hati disebabkan Allah memberikan kurnia (nikmat) kepada sebahagian orang itu lebih banyak dari sebahagian yang lain.” (surah an-Nisa: 32)
At Tamanni dalam makna iri hati pula terbahagi kepada dua bahagian:
Mengharapkan supaya hilangnya nikmat dan kebahagian orang lain supaya berpindah pula nikmat itu kepada dirinya. Inilah penyakit jiwa atau iri hati yang dinamakan “Hasad’ yang diharamkan Allah swt ke atas hamba-hamba-Nya.
Mengharapkan supaya dirinya mendapat nikmat yang serupa sebagaimana nikmat yang dimiliki orang lain tanpa mengharapkan hilangnya nikmat tersebut dari tangan mereka. Iri hati ini dinamakan ‘Ghibtah’. Perbuatan ghibtah tidaklah diharamkan Allah, namun ada tegahan dan ingatan supaya kita jangan mengangan-angankannya.
Kenapa perlu ada sikap berhati-hati dan berwaspada terhadap sikap Ghibtah itu?
Sebab dikhuatiri bahawa sampai suatu ketika itu kelak bertukar menjadi hasad dengki kerana tiada siapa yang tahu bagaimana penyudah dirinya. Adakah di dalam Saadah (kebahagian) atau As Syaqawah (kecelakaan) ? Ibarat orang yang pada mulanya hanya bermain-main sahaja di tepi kawasan larangan tiba-tiba tanpa disedari terjerumus ke dalam kawasan larangan tersebut yang akibatnya akan membahayakan dirinya.

Sumber: anis april ’10.
No comments:
Post a Comment