Aku pernah terbaca mengenai fadhilat membaca 3 ayat
akhir surah al hasyr selepas solat subuh yang menyatakan bahawa Allah
mempertaruhkan kepadanya 70000 malaikat yang berselawat kepadanya sampai ke
petang. Ayat-ayat suci Al Quran memang baik untuk dibaca. Dikatakan
lebih elok diamalkan sekali pagi dan sekali petang..Membaca 4 ayat akhir
surah ini pula termasuk didalam bacaan manzil dan juga bacaan al-ma'thurat.
Ayat 23 - maksudnya:
Dialah Allah tidak ada tuhan selain Dia.
Yang Menguasai (alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Menjaga
Keamanan, Pemelihara Keselamatan, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang
Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan. Didalam
ayat ini juga dikaitkan 7 nama-nama Allah dari senarai 99 nama-nama..
1) AS-SALAM (Maha Sejahtera) –
nama Allah yang ke 5.
Kisah hikmah: Kisah musyrikin Makkah datang bertemu
Rasalullah saw untuk mengolok2kan & memperlekeh2kan Baginda mengenai ajaran
Islam, bahawa tuhan yang di sembah tidak seperti tuhan mereka eg, berhala
mereka yang cantik, besar...Lalu mereka berkata kepada Rasulullah saw,
"Wahai, Muhammad! Beritahu kami bagaimankah tuhanmu?' Lalu di turun wahyu
daripada Allah swt kepada Baginda mengenai surah
al ikhlas...Sememangnya layak bagi Allah swt mempunyai nama as-Salam yg
Maha Sejahtera daripada segala sekutu & kekurangan...
2) AL-MU'MIN (Maha Pemberi Keamanan) –
Nama Allah ke 6..
Kisah hikmah - Persembunyian Aman di Gua Thur. Kisah
penghijrahan Rasulullah saw dari Mekah ke Medinah. Rasulullah saw & Abu
Bakar ra. dikejar oleh kaum kafir Quraisy. Rasulullah saw & Abu Bakar ra
bersembunyi di dalam Gua Thur. Rasulullah saw melihat wajah Abu Bakar begitu
cemas. Baginda lalu bersabda,"Tenanglah, kerana Allah bersama kita."
Selepas Rasulullah saw masuk ke dalam gua, Allah swt memerintahkan
sebatang pohon utk menutup mulut gua. Kemudian Allah swt mengutuskan
seekor labah-labah untuk membuat sarang di pohon sehingga tidak
menampakkan kesan kedatangan Rasulullah saw & Abu Bakar di gua tersebut.
Kemudian Allah memerintahkan 2 ekor burung merpati agar berada dipohon dengan
sarang labah-labah itu. Sungguh Allah telah memberikan keamanan kepada
Rasulullah saw dan Abu Bakar dengan perantara pohon, labah2 & burung
merpati. Oleh sebab itu Allah menyandang nama indah al -Mu'min yang
bererti Maha Pemberi Keamanan.
3) AL-MUHAIMIN (Maha Mengawasi) – Nama Allah
ke 7.
Kisah Hikmah: Bayi di dalam peti. Yukibid baru saja
melahirkan anak lelaki yang diberi nama Musa.
Yukibid takut akan kekejaman fir’aun yang memerintahkan semua bayi
lelaki dibunuh kerana ia bermimpikan bahawa singgahsananya akan dihancurkan
oleh anak-naka lelaki keturuan Bani Israel.
Maka Yukibid pun memohon pertolongan Allah swt.
Allah swt menjawab doa Yukibid: “Wahai ibunda Musa,
susuilah puteramu. Tetapi apabila kamu
masih bimbang akan keselamatannya, maka hanyutkanlah ia ke Sg. Nil. Jangalah kamu takut dan berdukacita. Kelak Aku akan mengembalikannya kepadamu dan
mengangkatnya menjadi rasul.” Yukibid
pun memasukkan Musa ke dalam peti dan menghanyutkannya ke Sg Nil. Akhirnya Musa ditemui dan dipelihara oleh fir’aun
dan isterinya. Allah swt sentiasa mengawasi, melindungi dan memelihara seluruh hamba dan makhlukNya. Oleh sebab
itu Allah swt memiliki nama yang indah al-Muhaimin, Yang Maha Mengawasi.
4) AL-JABBAR (Maha Pemaksa) – Nama Allah
ke 9.
Kisah Hikmah: Kisah Nabi Musa as yang di kejar oleh
tentera berkuda fir'aun, kemudian tersekat di tepi lautan. Atas perintah Allah swt,
Nabi Musa memukul tongkatnya ke lautan tersebut. Lautan itu pun
terbelah dan menjadi lorong-lorong untuk mereka lalui. Atas kehendak Allah swt jua,
kuda-kuda fir'aun dan tenteranya menyeberangi lautan tersebut. Sampai
ditengah-tengah, laut yang terbelah itu kembali seperti asalnya. Maka
tenggelamlah fir'aun dan tentera berkudanya di dalam lautan tersebut.
5) AL MUTAKKABBIR (Pemilik Segala
Keagungan) – Nama Allah ke 10.
Kisah Hikmah: Peredaran matahari - Mengenai betapa
sempurna & agungnya kekuasaan Allah swt. Dengan izin dan perintahNya, Allah
swt meninggikan langit tanpa tiang. Bahkan Allah swt meninggikan langit sangat
jauh dari bumi hingga tidak diketahui hujungnya. Mengenai peredaran matahari, bila sampai waktunya, terbit dari timur dan
tenggelam di barat. Ini adalah kerana matahari tunduk kepada perintah
Allah swt. Ini adalah satu bukti keagungan Allah swt. Keagungan ini
sesungguhnya hanya dimiliki oleh Allah swt semata-mata. Dengan demikianlah Allah
swt memiliki nama indah al-Mutakabbir yang bererti Pemilik Segala Keagungan...
6) AL-BARI' (Maha Mengadakan) – Nama Allah
ke 12.
Kisah hikmah: Kisah ciptaan ulat sutera sebagai
penghasil sutera yang menfaat kepada manusia. Bermula dari ulat yang
ditinggalkan kupu-kupu, menjadi lava, kemudian ke pupa & menjadi kupu-kupu
yang cantik. Metamorfosis ulat menjadi kupu-kupu ini merupakan satu keajaiban.
Allah swt menurunkan sifatNya Yang Maha
Indah kepada ciptaanNya. Kupu-kupu menpunyai sayap yg nipis, rapuh dan
warna warni. Tetapi yang ajaibnya, ianya boleh terbang jauh. Allah swt mengadakan
sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya, iaitu sesuai dengan kuasa dan kehendakNya. Kerananya Allah memiliki nama
indah iaitu al-Bari' yang bererti Maha Mengadakan...
7) AL-MUSHAWWIR (Maha Pembentuk) –
Nama Allah ke 13.
Kisah hikmah: Keistimewaan susunan tubuh. Tuhan
melaksakan apa-apa yang Dia inginkan, sesuai dengan sifat yang Dia inginkan. Keisitimewaan
susunan tubuh:
Peringkat 1 - Nutfah: Bermula selepas
persenyawaan/minggu pertama.
Peringkat 2 - 'Alaqah: Peringkat pembentukan alaqah
pada hujung minggu pertama/hari ke 7, telur yang sudah disenyawakan akan
tertanam di dinding rahim (qarar makin).
Peringkat 3 - Mudghah: Pembentukan mudghah (daging)
pada minggu ke 4.
Peringkat 4 - 'Izam & Lahm: Minggu ke 5-7,
pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot yang akan membungkus
rangka.
Peringkat 5 - Nasy'ah Khalqan Akhar: Minggu
ke 8, masuk ke peringkat janin. Bulan ke 3, semua tulang janin telah terbentuk
sempurna. Kuku mula tumbuh. Bulan ke 4, uri dibentuk untuk melengkapkan bayi
pramatang dalam kandungan dan wujud semua anggota.
Peringkat ke 6 - Nafkhur Ruh: iaitu peringkat
peniupan ruh.
Membaca 4 ayat akhir surah al hasyr ini
mengingatkan aku kepada ayat-ayat pembukaan yang di baca untuk doa ratib
al attas Asma'ul Husna. Aku berpendapat bahawa 4 ayat akhir surah al
hasyr ini adalah ayat-ayat yang kuat. Kerana didalamnya terdapat 7
nama-nama Allah. Allah swt memberikan ganjaran yang begitu hebat sekiranya kita boleh
menghafal 99 nama-nama Allah ini.
Ya Allah, janganlah Engkau tarik nikmat hidup aku. Janganlah
Engkau tarik ingatan aku dan sihatkanlah aku sepanjang masa agar aku boleh
beribadah kepadaMu. Apa jua ilmu yang telah Engkau berikan padaku, biarlah
ianya kekal bersamaku. Amiin..amiin..Ya Rabbal ‘alamiin.
Rujukani: "Menyingkap
Kehebatan Nama-Nama Allah-keluaran Telaga
Biru.
No comments:
Post a Comment