Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Thursday 22 December 2011

Demi Masa....





Masa tidak akan menunggu kita  di dalam kehidupan ini. Tidak terkejar kita dek masa dan yang berlalu hanya mampu untuk kita mengimbaskan peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika itu. Ianya tidak akan singgah lagi di hidup kita.


Akan ada juga satu keadaan, kenangan orang-orang tertentu yang pernah singgah dalam hati kita.  Kita yang meninggalkan jejak langkah di dalam hati kita dan kita tidak akan dapat sama lagi seperti sebelumnya. 

Apa yang dicoretkan di sini adalah sesuatu yang akan dapat di baca oleh yang terkemudian, peristiwa yang pernah ada di dalam hidup kita di dunia yang semesta ini. 

Masa dicipta Allah swt di antara banyak ciptaanNya yang lain.
Dengan izinNya, matahari terbit setiap hari di timur dan menjelang petangnya terbenam di barat. Esoknya terbit lagi di timur, menjadikan putaran masa itu 24 jam. Sekadar mengingati diri ini dan juga yang lain, apakah kita sudah laksanakan tanggungjawab dan tugasan kita kepada keluarga, agama, kerjaya. Apabila diimbas, ada juga yang kerja-kerja yang tidak dapat kita buat di dalam masa 24 jam itu, samada yang menguntung atau merugikan kita. Tertinggal ibadah solat, yang fardhu ianya sudah menjadi qada'. Maka ia merugikan kita. Hendaklah kita ingat bahawa setiap putaran hari itu akan mendekatkan kita pada panggilan ilahi,  Hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja.  Di akhirat jua tempat kita menetap untuk selama-lamanya.

Masa adalah yang paling berharga di dunia ini.  Apa saja yang kita miliki semua diperolehi melalui masa: rumah yang mewah, kereta yang besar, kerjaya yang membanggakan, makanan yang sedap.  Semua ini kerana adanya masa yang memberi kita peluang untuk menikmati hidup ini.

Surah Al 'Asr  ayat 1 - 3: tafsir "Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran".

Apa yang boleh berlaku di dalam 1 minit adalah satu rahmat yang besar dalam setiap muslim/muslimat.

1. Dikatakan dalam masa 1 minit anda boleh membaca 7x surah al Fatihah.
Dikisahkan, suatu ketika Rasulullah saw melihat lembaran yang terbuat dari mutiara yang berada di bawah singsahsana Allah swt.  Baginda juga melihat lembaran yang lain dari zamrud.  di atas lembaran yang pertama tertulis surat al Fatihah, yang berisi 7 ayat.  Sedangkan lembaran yang kedua, Rasulullah saw melihat seluruh isi al Quran.  Baginda lalu bertanya kepada malaikat Jibril as, ' Wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca surah pembuka al Quran?'  Jawab Jibril as, ' 7 pintu neraka akan ditutup baginya dan 7 pintu syurga akan dibuka baginya.'  Bayangkan dengan 7x bacaan sahaja.

2. Dalam masa 1 minit anda boleh membaca 20 kali surah al Ikhlas.
Rasulullah saw bertanya lagi, ' Apa ganjaran bagi mereka yang membaca surah al Ikhlas?' Jibril as menjawab, ' Para malaikat akan memberikan minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut di dalam syurga:  sungai air kristal murni, sungai susu, sungai anggur dan sungai madu.

3. Boleh menyebut kalimah 'Laailaaha ill-Allah'. tiada tuhan melainkan Allah sebanyak 50x.

4. Boleh memohon keampunan dari Allah swt dengan menyebut 'Astadhfirullah al Azim' sebanyak 100x.

5. Boleh menyebut kalimah 'Alhamdulillah' tanda bersyukur kepada Allah swt sebanyak 60x.

6. Boleh bertasbih, tahmid, tahlil dan tadbir sebanyak 18x.

Cuba bayangkan dengan hanya 1  minit, apa yang dapat kita lakukan.  Mungkin semasa memandu, mungkin sebelum tidur, atau semasa duduk menunggu rakan yang belum sampai.  Sungguh, Allah swt sentiasa memberi petunjuk dan hidayahNya, walaupun dalam masa 1 minit kita mengingatiNya.
1   




No comments:

Post a Comment