Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Tuesday, 20 December 2011

Pesanan Rasulullah saw .......

" Ya Aishah, jangan engkau tidur sebelum engkau melakukan 4 perkara ini."

i)Mengkhatam al Quran.
ii)Mendapatkan syafaat dari para rasul dan Nabi.
iii)Mendapat keredhaan dari seluruh muslimin.
iv)Mendapatkan pahala umrah dan haji.

Aishah bertanya, " Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda:
" Sebelum engkau tidur, bacalah surah al Ikhlas sebanyak 3 kali.  Pahalanya seakan-akan mengkhatam seluruh al Quran. "

 
Selawatlah kepada rasul dan Nabi. "Ya Allah, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan kepada seluruh para nabi dan rasul, serta keluarga dan sahabat-sahabat mereka"

Mohon ampun kepada Allah swt atas semua dosa-dosa mu dan dosa seluruh kaum muslimin.  "Ya Tuhan kami, ampunilah kami, ampunilah kedua ibu bapa kami dan sesiapa yang mempunyai keturunannya dan kepada seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat ..baik yang hidup maupun yang telah mati."

Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir, seakan-akan telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Jangan lupa, sebelum tidur pada tiap-tiap malam....ingat pesanan Rasulullah saw...Menyusul nanti...pesanan-pesanan Rasulullah swt yang lain...

3 comments:

  1. alhamdulillah..moga Allah memberkati mu

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..moga Allah memberkati mu..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih bnyk....kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete