Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Wednesday, 21 December 2011

Takutilah doa orang yang dizalimi....

Daripada Abdullah bin Abbas ra baginda berkata bahawa Rasulullah saw telah mengutus Muadz bin Jabal ke Yaman dan baginda bersabda: " Takutlah akan doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya ia (doa tersebut) tidak ada penghalang antaranya dengan Allah swt."

Rasulullah saw sentiasa mengingatkan para sahabatnya agar tidak terjerumus di dalam lembah kezaliman dan berhati-hati akan apa yang timbul disebabkan kezaliman, serta pengaruhnya yang amat pedih. Rasulullah saw juga mengajak para sahabatnya untuk menolong orang yang dizalimi atau dianiayi.
Mengingati mereka untuk berlaku adil di kalangan manusia pada setiap keadaan bahawa pintu langit terbuka bagi doa orang yang dizalimi dan tidak akan ditolak sama sekali.  Allah swt mengharamkan kezaliman pada diriNya dan juga di antara manusia.  Perbuatan zalim akan dibalas dengan zalim.

Hendaklah kita bertindak sebagai penolong bagi orang yang dizalimi. Bantulah mereka untuk mendapatkan hak mereka dari orang yang menzalimi mereka dengan cara yang baik.  Ketahuilah bahawa Allah swt sentiasa bersama-sama orang yang dizalimi.

Kezaliman merupakan dosa besar manakala keadilan adalah salah satu ketaatan terbesar. Hadith Rasulullah saw menyebut bahawa kekuatan doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak. Terdapat 3 golongan manusia yang doanya tidak ditolak:
  • Orang yang berpuasa sehingga ia berbuka;
  • Seorang pemimpin yang adil dan
  • Doa orang yang dizalimi,  yang diangkat Allah dan dibukakan Allah baginya pintu langit dengan firmanNya," Demi kebesaranKu, Aku akan menolongmu, walau setelah nantinya." HR Tirmidzi, Abu Daud & Abu Hurairah ra.
Dalam riwayat lain Rasulullah saw bersabda: 
"Terdapat 3 doa yang mustajab dan tidak ada keraguan di dalam kemustajabannya: iaitu doa orang yang dizalimi, doa seorang yang didalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua kepada anaknya."

Rasulullah saw telah bersabda:
"Takutilah akan doa orang yang dizalimi, sesungguhnya ia akan naik ke langit seakan-akan seperti percikan bunga api." Maksud Rasulullah saw di dalam wasiatnya, "sesungguhnya ia (doa tersebut) tidak ada penghalangnya diantaranya dengan Allah swt."  Doa orang yang teraniaya adalah mustajab dan akan dikabulkan Allah swt tanpa syarat sekali pun, diangkat secara langsung ke hadapan Allah swt untuk diadili dengan penuh kebenaran dan tanpa sebarang halangan.

Diriwayatkan daripada Ahmad di dalam musnadnya daripada Abu Hurairah  ra bahawa Rasulullah saw bersabda, " Doa seseorang yang zalim mustajab, walaupun seorang yang keji dan kekejian tersebut ada pada dirinya sendiri."

Diriyawatkan daripada Ahmad di dalam musnadnya juga dari Abu Abdullah Al-Asadiy berkata, Rasulullah saw telah bersabda, "doa seseorang yang dizalimi walaupun di dalam keadaan kafir, tidak ada hijab."

Ayat 148 surah an nisa' maksudnya:  
" Allah tidak menyukai perkataan buruk ( yang diucapkan) secara terus terang, kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. "

Allah swt menimpa berat ke atas si zalim dunia dan akhirat dan membalas orang yang melihat kezaliman berlaku. Allah swt akan menetapkan kedua tapak kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir...meniti silatul mustaqim.

Diriwayatkan bahawa seorang raja dari kaum Bani Israil mendirikan satu istana megah yang besar dan sangat indah. Tiada sebarang keajaiban pada pembinaan istana itu kecuali pondok seorang wanita jompo.  Raja telah merobohkan pondok wanita itu.

Wanita itu bertanya siapkah yang telah merobohkan pondoknya. Lalu ada yang menjawab, "sang raja."

Kemudian wanita itu pergi ke istana untuk berjumpa dengan raja serta meminta haknya.  Wanita bertanya kepada raja, "adakah beban engkau telah merobohkan pondok aku?"

Sang raja menjawab, "Ya, benar."

Kemudian wanita itu bertanya lagi, "Mana hak ku?"

Sang raja menjawab, "Tidak ada hak bagimu dariku."

Wanita itu kemudian berkata, "Demi Allah swt, aku akan mendoakanmu." Lalu ia pun mendoakan agar sang raja diberikan balasan atas perbuatan zalimnya itu.

Pada malam harinya, saat semua mata telah terlelap dibuai tidur, Allah swt merobohkan istana sang raja.  Allah swt meninggalkan satu potongan ayat yang tertulis pada salah satu dindingnya yang tersisa iaitu:

 "Apakah engkau meremehkan doa orang yang dizalimi,
Dan engkau tidak mengetahui apa yang dibuat oleh doa itu
Hukum Allah swt lah yang engkau lihat ini
Dan tidak ada hukum kalian yang kekal bentuknya."

Semoga kita mengambil iktibar dan jauhkan dari menzalimi orang.  Selalunya ini berlaku tanpa kita sedari.  Kita akan selamat sekiranya kita ingat salah satu pesanan Rasulullah saw kepada 'Aishah ra sebelum tidur, iaitu memohon  maaf kepada Allah swt untuk diri kita dan keluarga dan... memaafkan orang ..insya'allah kita akan selamat. Lembutkan hati kita dan jadikanlah diri kita orang yang pemaaf.

" When a deep injury is done on us, we never recover until we forgive."

No comments:

Post a Comment

Post a Comment