Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Sunday, 26 February 2012

WASPADA DENGAN SIKAP SENDIRI


Sudah terang lagi nyata bahawa sikap dan pemikiran yang mencorakkan tindak-tanduk kita seharian.  Jika negatif pemikiran kita, maka akan terhasil tindakan yang negatif.  Jika positif sikap dan pemikiran kita, maka hasilnya juga akan positif.  Mereka yang berfikiran negatif seperti selalu bimbang, terlalu mengharap, mementingkan diri sendiri dan mengenepikan agama akan suka merealisasikan kebahagiaan dalam hidup mereka.  Sikap itu juga menjadi tembok penghalang kesejahteraan emosi dan ketenangan jiwa.  Mari kita sama-sama renungkan.

Sesungguhnya Rasulullah saw berdoa dalam solat malam dengan lafaz yang bermaksud:


“Ya Allah, ampunilah kesalahanku,  kebodohanku,  sikapku yang melampaui batas  dalam urusanku, dan dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri.

Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku,      kesalahanku, dan  kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.”




HR Imam Al Bukhari dan Muslim.

No comments:

Post a Comment