Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Monday, 5 March 2012

12 GOLONGAN DI AKHIRAT...


Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?"
Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda.
Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. 
Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:- 

1.  Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga. 
2.    Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu. 
3.    Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala.  Inilah balasan  bagi  mereka yang enggan mengeluarkan zakat. 
4.    Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta. 
5.  Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual  beli  atas penipuan. 
6.   Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau  perbuatan jahat.
7.    Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran. 
8.  Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta  mati  sebelum bertaubat. 
9.    Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak  yatim secara  zalim. 
10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani  melawan kedua ibu  bapanya. 
11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan  pehanya keluar  kotoran. Ini  adalah balasan mereka minum minuman keras. 
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana  kilat.  Ini balasan orang  yang beramal salih dan menjauhi  maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."
  
 
       Inilah 3 syafaat pertolongan Nabi saw di akhirat:

1. Syafaat diwaktu melenyapkan panas matahari, panas yang membakar dan membuat penderitaan yang tidak terhingga.

2. Syafaat terdapat  di mizan iaitu ketika ditimbangkan antara dosa dan pahala.  Kalau dosa lebih berat, maka daun neraca itu ditambah Nabi saw beratnya kembali seimbang.

3.  Syafaat Nabi saw terdapat diwaktu meniti titian siratul mustaqim.  Barangsiapa yang terjatuh ke dalam neraka semasa meniti titian siratul mustaqim, maka disyafaatkan oleh Nabi saw.










 

No comments:

Post a Comment