Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Saturday, 21 April 2012

ANTARA WASIAT RASULULLAH SAW - TELAGAKU.. AL-KAUTSAR


Diriwayatkan pada hari kewafatannya, Rasulullah saw bertanya kepada Jibril tentang nasib umatnya selepas wafat nanti dengan katanya, “Siapakah yang akan menjaga kedudukan umatku selepas kewafatanku ini? ” Maka Allah mewahyukan kepada Jibril a.s.  “Khabarkan kepada kekasih-Ku, Muhammad saw berita gembira bahawa Aku tidak akan mensia-siakannya dengan membiarkan umatnya dan berilah khabar berita bahawa beliau adalah insan pertama daripada kalangan manusia yang akan dibangkit dari bumi menuju padang Mahsyar, beliau adalah penghulu tatkala manusia-manusia dihimpunkan dan diharamkan syurga untuk dimasuki oleh umat terdahulu melainkan setelah dimasuki oleh umatnya.”  Maka Baginda saw bersabda, “Sekarang barulah sejuk mata hatiku.” 

Di antara wasiat Rasulullah saw...

“ Ketahuilah bahawa tempat pertemuan kalian denganku adalah ditasikku.  Tasikku ini amat luar lebih luas daripada keluasan tanah yang meliputi kota Busro di Syam sampai ke kota Sanaa di Yaman. Ia dilimpahi oleh air al-Kautsar yang lebih putih daripada susu, lebih lembut daripada keju dan lebih manis daripada madu. 

Sesiapa yang meneguknya dengan satu tegukan, nescaya dia tidak akan dahaga selama-lamanya.  Batu kerikilnya adalah daripada mutiara, tanah dan debu halamanya daripada kasturi.  Sesiapa yang Allah haramkan meminumnya pada hari tersebut maka haramkan baginya mengecapi segala kebaikan.  Ketahuilah sesiapa ingin bertemu denganku di sana nnti, maka hendaklah dia memelihara lidahnya dan tangannya melainkan pada perkara-perkara yang sepatutnya.” 

p/s: Untuk hayati bersama. Banyak sungguh peringatan kepada kita agar kita menjaga lidah kita. Semoga kita berhati-hati apabila berkata-kata agar lidah kita tidak mendustakan kita kelak. Amin...

No comments:

Post a Comment