Untuk ingatan bersama...
Secara umumnya, dosa terbahagi kepada 2 kategori iaitu
dosa besar dan dosa kecil. Dosa besar
adalah dosa yang disertai ancaman hukuman di dunia, atau ancaman hukuman di
akhirat.
Para ulama berbeza pendapat mengenai bilangan dan jumlah
dosa-dosa besar. Ada di antara mereka
mengatakan terdapat 7 kategori berdasarkan hadis Rasulullah saw, “Jauhi oleh kalian
7 dosa yang membinasakan.” Ditanya
kepada beliau, “Apa saja ya Rasulullah?”
Nabi menjawab, “Syirik terhadap Allah, sihir, membunuh jiwa (manusia)
yang dilarang Allah selain dengan dasar yang dibenarkan (oleh agama), memakan
harta anak yatim, memakan riba, berpaling mundur di saat perang, dan menuduh
zina terhadap wanita-wanita beriman.”
(Muttafaqun alaihi)
Firman Allah, “ Dan (juga) orang-orang yang apabila
mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah,
lalu memohon ampun terdahap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat
mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan
kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”
(Surah Al-Imran:135.)
Allah swt memberi jaminan, mereka yang menjauhi
dosa-dosa besar dan larangan-laranganNya, akan dihapuskan kesalahan-kesalahan
dan dosa-dosa kecilnya. Firman Allah, “Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di
antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus
kesalahan-kesalahan (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat
yang mulia (syurga.) Surah an-Nisa:31)
Abu Talib al-Makki, seorang ahli sufi dan pakar hadis
mengkategorikan dosa besar kepada 17 jenis.
Dosa kecil adalah yang tidak disebutkan di bawah ini. Dosa besar adalah yang dimaksudkan adalah:
- 4 jenis di hati iaitu:
I.
Syirik.
II.
Melakukan maksiat tanpa henti.
III.
Berputus asa.
IV.
Tidak takut dengan seksa Allah.
- 4 jenis pada lisan iaitu:
I.
Menjadi saksi palsu.
II.
Menuduh wanita baik berzina.
III.
Melakukan sumpah palsu.
IV.
Mengamalkan sihir.
- 3 jenis di perut iaitu:
I.
Minum arak.
II.
Memakan harta anak yatim.
III.
Memakan riba.
- 2 jenis di kemaluan iaitu:
I.
zina.
II.
Melakukan homoseksual.
- 2 jenis dosa di tangan iaitu:
I.
Membunuh.
II.
Mencuri.
- 1 jenis di kaki iaitu lari dalam peperangan.
- 1 jenis dosa seluruh badan, iaitu derhaka terhadap orang tua.
No comments:
Post a Comment