Para ulama’
mentakrifkan bahawa selawat Allah kepada Nabi Muhammad saw mengandungi makna
rahmat, perhatian dan kasih sayang.
Sedangkan selawat
orang yang beriman adalah merupakan doa.
Ayat yang menganjurkan kita berselawat tidak menunjukkan batasan
jumlahnya dan waktu yang tertentu. Ini
membawa maksud dianjurkan berselawat sebanyak mungkin tanpa mengira waktu.
“ Kalau orang
berselawat kepada ku maka malaikat juga akan mendoakan keselamatan yang sama
baginya untuk itu hendaklah dilakukan, meski sedikit atau banyak.” (HR Ibnu
Majah dan Thabrani.)
Ia bukan sekadar
dapat pahala, dapat cinta Rasulullah dan dapat rahmat serta keberkatan dari
Allah. Nabi sudah berjanji kepada kita
bahawa Allah akan cukupkan keperluan kita dunia dan akhirat hanya dengan
berselawat.
Ia disebut di dalam
hadis daripada Ubay bin Kaiab berkata; "Wahai Rasulullah, bagaimana pandangan
kamu sekiranya aku jadikan seluruh doa ku untuk berselawat kepada mu? Rasulullah bersabda, “ Jika begitu, Allah
akan mencukupkan apa yang kamu inginkan dari urusan dunia dan akhirat mu dan
diampunkan dosa mu.” (HR Ahmad dan Termizi.)
Di dalam doa, telah
disebutkan oleh Imam Nawawi iaitu adab berdoa mestilah dimulakan dengan
berselawat agar doa kita dimakbulkan.
Apabila berselawat Allah memberikan rahmat kepada kita, itu adalah satu
satu cara yang menyebabkan doa itu dimakbulkan.
Kemudian apabila
dilihat selawat dari sisi doa pula, apabila kita mendoakan kebaikan kepada
orang lain, maka kita akan mendapat balik doa yang sama. Maka apabila kita berselawat kepada
Rasulullah, maka ia adalah doa yang pasti termakbul. Hasilnya kita juga akan mendapat doa yang
sama dari Allah. Allah berikan kita
jalan mudah untuk mendapatkan doa yang makbul iaitu dengan berselawat. Jagalah selawat dan ucapkanlah secara
berterusan penuh dengan khusyuk, ikhlas dan tulus agar tetap terjaga fungsinya
sebagai sebuah doa yang amat makbul,” katanya.
Cuma di dalam kita
berdoa, Nabi telah sebut bahawa Allah akan makbulkan doa di dalam 3 cara iaitu
pertama, apabila kita berdoa hari ini Allah beri apa yang kita minta di atas
dunia ini sebelum meninggal dunia. Yang kedua, Allah terima doa kita dan Allah
tidak beri apa yang kita minta tetapi Allah beri benda lain seperti hidup
berkat, tidak susah dan tidak berhutang. Ketiga, Allah makbul doa kita tetapi
tidak beri apa yang kita minta, sebaliknya Allah selamatkan daripada musibah,
bala, bencana dan kecelakaan.
Petikan dari
sebahagian artikel Al Islam feb ’12.
No comments:
Post a Comment