Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Thursday, 1 December 2011

Happy incident

30/11/11 @ 8.00pm.
Setelah beberapa hari ni asyik hujan je..aku tidak berpeluang untuk exercise walking aku di Bkt Indah recreation park.  Hari ini tak hujan dan aku pun kesana.  Aku pun rasa macam tidak berapa sihat, jadi tidak dapat aku membuat pusingan biasa.

Selepas beberapa pusingan aku berhenti dan membuat 'coolong down' depan kereta aku. Maka  berhentilah sebuah kereta, drivernya a chinese gentleman, muka baru aku tengok.  Dia menyapa aku mengenai tempat itu, bahawa udaranya tidak begitu sihat kerana dikelilingi oleh jalanraya, baru pindah di kawasan itu dan bekerja di S'pore. Then dia tanya umur aku dan aku katakan bahawa aku sudah masuk dalam kategori warga emas. Lepas tu dia kata muka aku licin, ape makeup yang aku pakai?  Tersentak aku dengan kata-katanya. Dengan keadaan muka aku berpeluh, dia kata muka aku licin. Aku katakan bahawa aku tidak ade pakai apa-apa makeup, setakat yang  biasa-biasa saja.  Berborak sekejap, dia pun terus jogging. 

Aku tersenyum seketika, merasa seronoknya apabila dipuji begitu. Dalam perjalanan balik, aku masih teringat-ingat akan kata-kata orang itu tadi dan mencari sebab-sebab kenapa orang itu berkata begitu.   

Sampai di rumah, aku melihat cermin.  Aku tengok muka aku biasa saja, tak ade lah licin sangat. Jerawat-jerawat tu tak adelah.  Aku curious untuk mencari jawapannya. Fikir punya fikir, aku mengambil kesimpulan bahawa ini mungkin di antara doa dari solat sunat witir yang aku perasan ada sebut tentang kulit. Aku buka doa itu, ya, memang ade yang diantaranya berbunyi  .." Wahai Tuhanku,  jadikanlah cahaya yang gemilang pada ......kulitku." Selalu sangat aku  tidak menyempurnakan solat witir..kadang-kadang buat 1 rakaat saja..tertinggal pulak doa.  Sebab solat witir ni, bila dah mengantuk sangat-sangat  baru aku buat dan ini yang jadi tidak sempurna.  Pujian itu agaknya nak mengingatkan diri aku  supaya menyempurnakan solat sunat witir aku sehingga ke doanya.  Lagi pun, ni juga adalah diantara pesanan Rasulullah saw supaya bersolat sunat witir sebelum tidur. Beranggap sajalah yang baik..Insya'Allah...akan aku laksanakan.  Moga-moga kulit aku akan licin sentiasa...

Seingat aku, sejak bersara, aku tidak lagi memakai makeup apabila keluar.  Semasa kerja, aku dah puas pakai makeup.  Dalam 5 minit aku dah boleh siap. Apabila aku bersara saja, aku tinggalkan semua tu.  Yang aku pakai hanyalah  cleanser dan toner. Membeli produk juga, sekarang aku berhati-hati untuk menggunakan yang halal. dan membuat semakan akan produk yang digunakan. Sejak aku mendengar ceramah dari wakil Jakim pada bulan Ramadhan lalu mengenai halal-haram ini, aku mula peka sikit dengan topik ini. Tak perlu susah payah kerana beli je produk Simplicity tu, ianya dah ada label halal dan selamat. 

Inilah aliran hidupku  pada tiap-tiap hari, selalunya aku happy-go-lucky,  perkara yang sedih akan membuat aku sedih......sekejap je. Perasaan marah....jarang sekali singgah. Yang tak baik tu buat ape difikirkan lama-lama kerana ia akan menyiksakan jantung kita. Di dalam hati aku tidak ada ruang untuk aku menyimpan perkara-perkara yang negatif. Jantung aku ni telah banyak menyimpan sejarah hidup aku sampai ke saat ini, jadi buat ape disiksa lagi. Bila sekali-sekali dipuji macam ni, membuat aku happy mendengarnya..and this compliment will long be remembered. What more coming from a stranger, it sure makes me smile.  Bless this man for his words and for making me feel happy, content, wonderful and smiling... from ear to ear. He must be the type who likes to make people happy with his words.  Ini juga adalah 'peranan lidah..'








2 comments:

  1. Salam..sorry lmbt..bz sikit lately..hee..senang je nak masuk lagu dalam blog..hehe..cuba search kt google cr masukkan kan lagu kt blog..nnt akan keluar fullmusic..then nnt ada arahan dia..heee..

    ReplyDelete
  2. ha..ha..tq. nnti dah berjaya, saya btau...

    ReplyDelete