Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Wednesday, 25 April 2012

SENDI..


Harga 360
               Sendi Manusia

Daripada Aisyah r.h.a, katanya Rasulullah saw telah bersabda,   "Dijadikan manusia ini atas 360 sendi, oleh yang demikian mana-mana orang orang yang bertakbir kepada Allah, bertasbih kepada Allah, berzikir kepada Allah, minta ampun daripada Allah dan membuang ranting atau duri-duri di jalanan, mereka menyeru yang makruf dan juga melarang yang mungkar, bererti orang itu berusaha untuk dirinya dari api neraka.” (Riwayat Muslim.)

Demikian sabda Rasulullah saw menyatakan mengenai kejadian manusia yang mengandungi 360 sendi, di mana setiap sendi itu Allah mengkehendaki kita bertakbir kepada Allah, bertahmid, beristighfar dan bertasbih.  Dengan demikian harga sendi yang Allah mintakan itu tidak semestinya dibayar dengan wang ringgit yang disedekahkan, tetapi juga hendaklah sentiasa dengan mengingati-Nya.

Dengan menyebut nama Allah itu bererti mengekalkan ingatan makhluk terhadap Khaliq-Nya.  Sebagai tanda syukur kerana dengan sendi yang berjumlah 360 ruas itu membolehkan manusia bergerak dengan sempurna, melangkah dengan teratur, menghayun tangan bagi mengimbangi langkah, menoleh ke kanan dan ke kiri, menggerakkan jari bagi melakukan sebarang pekerjaan yang berat mahupun yang ringan.

Malah seribu satu macam pergerakan yang kesemuanya merupakan nikmat yang tidak terhingga.

Bayangkan jika manusia diciptakan tanpa sendi, sudah pasti sukar untuk melakukan pergerakan. Segalanya sentiasa terbatas.  Tanpa sendi manusia persis bagai pohon kayu atau benda-benda yang kaku.  Dan tidak lagi dinamakan sebaik-baik kejadian.

Harga yang Allah kehendaki itu adalah mampu dibayar atau dilaksanakan oleh manusia.  Bersedekah sama ada yang wajib (zakat) atau sedekah sunat adalah mampu dilakukan.  Ini kerana rezeki yang Allah kurniakan kepada manusia adalah memudahkan kerja-kerja sedekah itu.

Bagaimanapun harga kepada setiap sendi masih ada yang lebih mudah, iaitu harga dengan takbir, tahmid, istighfar dan juga tasbih.  Dan mengingati Allah itu boleh dilakukan di mana sahaja pada setiap saat dan ketika.

Mengingati Allah bukan semata-mata di bibir, tetapi zikir atau mengingati Allah yang sebenarnya ialah di dasar hati, pastilah kerja hati tidak siapa pun yang boleh menghalang.  Dan yang paling penting dengan pengertian zikir atau mengingati Allah swt ialah segala perlakuan hidup ini kesemuanya dalam lunas ketaatan dan dikawal syariat.  Sesungguhnya segala maksiat dan sifat ingkar itu terjadi apabila manusia lupa kepada Allah swt.

Maka dengan itu, hendaklah kita mengingati Allah sentiasa agar kita mendapat  berkat  di dalam kehidupan kita.  Amin..

2 comments:

  1. terima kasih .. jazakumullah khairan katira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali...sama-samalah kita berkongsi ilmu agar ianya menjadikan ilmu yang bermanafaat untukm kita.

      Delete