Solat adalah
lambang pengabdian kita selaku hamba kepada Allah Yang Maha Pencipta. Antara
kelebihan dan hikmahnya:
i) Dalam solat terjalin hubungan antara seorang
hamba dengan Tuhannya
sehingga tidak ada tabir pemisah di antara orang yang menunaikan solat dengan
Allah.
Diriwayatkan daripada Umamah r.a.
bahawa Baginda saw bersabda, “ Sesungguhnya jika seorang hamba sedang
mengerjakan solat, maka syurga-syurga akan dibuka untuknya dan akan tersingkap
semua tabir penutup antara dirinya dengan Tuhannya, dan ia akan disambut oleh
bidadari yang cantik selama ia tidak mengeluarkan hingus. (Riwayat Imam al-Tabrani dalam Mu’jam
al-Kabir).
ii)Solat mendatangkan keampunan, rahmat dan
keredhaan Allah bagi
orang yang melaksanakannya.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a.
bahawa Rasulullah saw bersabda, “Waktu yang pertama dari solat adalah keredhaan
Allah dan waktu yang terakhir adalah ampunan Allah.” (Riwayat Imam Tirmizi.)
iii)Allah dan para malaikat berbangga terhadap
orang-orang yang menunaikan solat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah
r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda, “Para malaikat saling bergilir-gilir pada
waktu malam dan malaikat-malaikat yang bertugas pada waktu siang. Mereka semua berkumpul pada waktu solat subuh
dan solat Asar. Kemudian naiklah
malaikat-malaikat yang telah duduk bersama kalian. Lalu Allah bertanya kepada kalian dan Dia
adalah lebih tahu daripada mereka. Allah
bertanya ‘Bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku ketika kalian tinggalkan? Mereka menjawab, ‘Ketika kami tinggalkan
mereka, mereka sedang melaksanakan solat, dan ketika kami mendatangi mereka,
mereka juga sedang melaksanakan solat.”
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.)
Dipetik dari
Anis julai ’11.
No comments:
Post a Comment