Suatu ketika
Rasulullah saw terlewat ke mesjid untuk solat Subuh. Sampai di masjid, Baginda terus mengimami
solat. Selepas solat, Rasulullah saw
memberitahu sebab kelewatan. Ada urusan
tertentu yang perlu baginda selesaikan.
Kemudian baginda menunaikan dua rakaat sebelum Subuh.
“Bukankah tuan
sudah terlewat benar, wahai Rasulullah?” Bilal bertanya, seakan membawa maksud,
‘sudah lambat pun masih menyempatkan diri untuk solat sunat dua rakaat?’
Jawab Rasulullah
saw, “Sekiranya aku terlambat lebih daripada itu, aku tetap akan solat dua rakaat dengan sempurna.”
Baginda
menggambarkan kelebihan solat dua rakaat qabliah Subuh melalui sabdanya, “ Dua
rakaat fajar lebih baik daripada dunia dan segala yang ada di dalamnya.” Dalam
riwayat lain: “ Lebih aku sukai daripada dunia seisinya.” (Riwayat Muslim.)
Sumber: anis
oktober ‘10
No comments:
Post a Comment