1. Sesudah azan.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw; “Jika kalian mendengar muazin maka ucaplah seperti apa yang diucapkannya, kemudian berselawatlah untuk ku. Kerana sesungguhnya barang siapa yang berselawat untuk ku satu kali, Allah akan berselawat untuknya 10 kali. Kemudian mohonlah kepada Allah wasilah untuk ku. Sesungguhnya ia adalah suatu tempat di syurga. Ia tidak layak kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah. Aku berharap bahawa hamba itu adalah aku. Barang siapa memintakan wasilah untuk ku, maka ia berhak menerima syafaat ku.”
(HR Muslim)
2. Sesudah membaca tasyahud akhir.
“Jika salah seorang dari kamu bertasyahud dalam solat, maka hendaklah membaca, “Allahumma salli’alaa Muhammad, wa’alaa aali Muhammad. Kamaa soallaita wabaarakta watarhhamta’alla Ibrahim, wa aali Ibrahiim. Innaka hamuidun majid.”
(HR al-Baihaqi).
3. Di permulaan doa dan akhirnya.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw; “Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi, tidak naik barang sedikit juga daripadanya sehingga engkau berselawat atas Nabimu.”
(HR At-Tirmizi.)
4. Di dalam solat jenazah.
Sebagaimana Iman Syafie di dalam al-Musnad: Sunah Rasulullah saw dalam melaksanakan solat jenazah adalah bertakbir pada permulaan, setelah itu membaca al Fatihah, lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan setelah selawat bertakbir lagi..
5. Di antara takbir-takbir solat hari raya.
6. Di akhir doa qunut dan di hari Jumaat.
Sabda Rasulullah saw; “Perbanyakanlah olehmu bacaan selawat di malam hari Jumaat dan siangnya, kerana selawat itu dipintakan kepada ku.”
(HR Tabrani).
Diriwayatkan oleh an-Nasai, bahawasanya disukai kita mengakhiri qunut dengan selawat dengan lafaz, “ Dan semoga Allah melimpahkan rahmat kepada Muhammad.”
7. Ketika berziarah ke makam Nabi Muhammad saw.
Sebagaimana yang disebut di dalam hadis Rasulullah saw, “Tiada salah seorang dari kamu yang mengucapkan salam kepada ku, yakni di sisi kubur ku melainkan Allah mengembalikan kepada ku roh untuk menjawab salamnya itu.”
(HR Abu Daud.)
8. Ketika di dalam khutbah.
9. Ketika memulakan suata perkejaan yang baik atau urusan penting dan berharga.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda; “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulakan dengan hamdalah dan selawat, maka perkerjaan itu terputus dan hilang keberkatannya.”
(HR Abu Hurairah)
10.Ketika orang menyebut dan mendengar nama Rasulullah disebut.
“Orang yang kedekut itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut nama ku di sisinya.” (HR Ahmad.)
11.Di kala kesusahan dan tertimpa ujian.
12.Setiap kali mengadakan majlis.
“Sabda Rasulullah saw, “ Tiadalah duduk suatu kaum di dalam suatu majlis, sedang mereka tidak menyebut (mengingat) Allah dan tidak berselawat untuk Nabi Muhammad melainkan ia akan menderita kekurangan maka jika Allah menghendaki, nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki, nescaya akan mengampuni mereka.” (HR At-Tirmizi dan Abu Daud.)
No comments:
Post a Comment