Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Thursday, 18 October 2012

Lidah...



Mengeluarkan kata-kata sama ada melalui lafaz mahupun tulisan bukan satu aktiviti yang boleh diambil ringan.  Ia perlu dilakukan dengan bertanggungjawab.  Selembut-lembut lidah boleh menghiris hati, menjatuhkan maruah, malah memusnahkan kehidupan orang lain.
Sebab ini, tidak hairanlah Nabi s.a.w. apabila ditanya perkara yang dibimbangnya menyebut, “lidah.” 

Dalam konteks hari ini, ucapan dari lidah bukan setakat boleh didengar seorang atau sekelompok kecil, tetapi boleh sampai ke telinga jutaan orang.  Begitu juga, yang dinyatakan dalam bentuk tulisan boleh tersebar ke seluruh dunia dengan hanya satu klik!
Sekadar peringatan; lazimnya ucapan istighfar, syukur, terima kasih, hiasi tutur dengan zikrullah, bermesralah dengan kata-kata jujur, indah, membina semangat dan motivasi.  Berbicaralah mengenai keindahan, rancangan dan peluang yang bermanafaat.  Sebut juga perkara-perkara yang baik, menyejukkan hati, sedikit pujian dan segala yang positif.
Yakinlah lidah yang lazim dengan kata-kata yang baik sedikit sebanyak mencerminkan hati pemiliknya.

Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya...”

                            Lidah..Paling Merisaukan Nabi s.a.w.

Rasulullah s.a.w. memperingatkan, bahawa bahaya lidah  adalah salah satu perkara yang paling merisaukan baginda.  Ini kerana, semua amalan akan hilang jika lidah kita jahat.  Sufian al-Tsaqafi pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.

Katanya, “ Wahai Rasulullah s.a.w, katakan kepadaku dengan satu perkara yang aku akan berpegang dengannya?” 

Jawab baginda, “Katakanlah, Rabbku adalah Allah, lalu istiqamahlah.”

Kata Sufian lagi, “Wahai Rasulullah s.a.w, apakah yang paling tuan risaukan tentangku?”
Baginda memegang lidah baginda, lalu bersabda, ‘Ini.”

(Hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)


Petikan dari  Majalah Iman bil 5

No comments:

Post a Comment