1. Sentiasa membaca zikir atau doa di akhir solat sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam dialognya dengan Mu’az r.a.
Sesungguhnya Rasulullah SAW memegang tangannya (Mu’az bin Jabal r.a.) lantas berkata, ‘Wahai Mu’az, sesungguhnya aku menyayangimu dan aku berpesan kepadamu wahai Mu’az: Jangan sekali-kali engkau lupakan/tinggalkan pada tiap-tiap lepas solat, engkau berkata, ‘ Ya Allah tolonglah aku mengingati Mu, bersyukur pada Mu dan mengindahkan ibadat kepada Mu.’
2. Andainya kita menyukai atau menyayangi seseorang kerana Allah, maka ceritakanlah padanya bahawa kita mengasihi dan menyukainya kerana Allah.
3. Sentiasalah memberi/mengucapkan salam kepada sesama Islam sama ada kita kenal atau tidak.
4. Ziarah menziarah kerana Allah bukan kerana factor atau sebab-sebab lain.
5. Selalu menziarahi orang sakit.
6. Laksanakan apa jua perintah Rasulullah SAW seperti solat berjemaah, menjaga adap percakapan, membaca al-Quran pada waktu fajar dan menolong orang dalam kesusahan.
7. Sentiasa mendoakan seseorang dalam keadaan mereka tidak mengetahui bahawa kita doakan mereka.
8. Kasih/sayangi dan cintai orang-orang Ansar, orang yang soleh.
9. Berkawanlah dengan orang-orang beriman. ‘Jangan engkau berkawan kecuali dengan orang-orang yang beriman dan jangan makan makanan engkau melainkan orang-orang bertaqwa.’
Sumber: Anis feb 2011
No comments:
Post a Comment