Untuk tatapan bersama.....
Petua supaya solat akan terasa ringan....
Solat perlu didirikan atas dasar cinta, bukan sekadar memenuhi tanggungjawab, supaya ia memberi kesan pada hati dan peribadi.Apabila solat didirikan atas dasar cinta kepada Allah, ketaatan dalam solat akan dapat dizahirkan di luar solat.
Bagi melahirkan ketaatan di luar solat, solat perlu didirikan dengan khusyuk dan dibetulkan bacaan dan tatacara pergerakannya dari sehari ke sehari. Perlu berguru selalu, minta guru perbetulkan setiap bacaan dalam solat terutama bacaan Fatihah di samping surah-surah yang lain.
Ilmu tentang solat perlu dipelajari berterusan. Tidak cukup hanya sekadar tahu ilmu fekah asas tetapi perlu lebih mendalam. Apabila kita rasa wajib mendalami kefahaman mengenai solat secara keseluruhan, lama-kelamaan ia memberi kesan kepada hati hingga datang rasa cinta yang teramat terhadap solat dan mahu mengajak orang lain bersolat. Jika solat dilakukan kerana cintakan Allah swt, nescaya kita akan bersabar dan tidak akan berasa berat untuk menunaikannya.
Bagi meraih cinta Allah, kita tidak boleh melakukan yang fardhu sahaja. Laksanakanlah lebih iaitu dengan memperbanyakkan amalan sunat seperti solat Dhuha, solat Rawatib, Awwabin dan Tahajjud. Kita bersolat tanpa ada orang lain melihat dan di sini dapat diukur keikhlasan kita kepada Allah.
No comments:
Post a Comment