Tidur
adalah rutin harian seorang manusia yang diciptakan Allah sebagai ‘satu’
mekanisme’ untuk kerehatan tubuh badan yang penat kelelahan setelah seharian
membanting tulang mencari rezeki tuhan.
Firman
Allah swt: “Dan Kami jadikan tidur sebagai istirehat.” (An-Naba’:9)
Walaupun
hukum asal tidur itu mubah yakni harus, namun tidur seseorang itu boleh menjadi
ibadah, berpahala dan menjadi asbab taqarrub kepada Allah swt. Untuk menjadikan tidur kita berpahala dan
menjadi ibadah hendaklah kita menjadikan tidur Nabi saw sebagai contoh teladan
kita.
Justeru
tidur orang beriman beroleh pahala kerana tidur mereka dihiasi adab dan tata
cara yang mulia sepertimana yang dianjur dan diteladani Rasulullah saw. Manakala tidur orang fasik dan ‘Asi (derhaka)
adalah tidur yang penuh kelalaian, kelekaan malah berdosa pula di sisi
tuhan. Tidur orang beriman diawali niat
yang tuntas iaitu untuk membantu
menguatkan ibadah kepada Allah.
Seterusnya mereka membaca wirid, zikir dan doa.
Sabda
Nabi saw, “Siapa yang membacanya (ayat Kursi) saat hendak tidur, maka
sesungguhnya dia selalu berada dalam perlindungan Allah dan tidak didekati
syaitan hingga pagi hari.”
(Riwayat
al-Bukhari, Fathul baari 4/487).
Sedar
Tidur Saudara Kematian
Tidur
mereka juga dihiasi istighfar dan selawat ke atas Rasulullah saw. Seperkara lagi, tidur orang beriman dimulai
dengan mengambil wudhuk bagi mensucikan dirinya. Mereka tidak mahu tidur dalam keadaan
bernajis dan berselimutkan kemaksiatan dan kelalaian.
Kenapa
mereka berdoa, berzikir, bermunajat dan bersuci sebelum melelapkan mata? Kenapa semua itu menjadi terlalu penting buat
mereka?
Semuanya
kerana kesedaran dan keinsafan bahawa tidur itu saudara kematian. Bukannya tiada jaminan langsung bahawa
seorang itu dapat hidup semula setelah tidur mereka. Berapa ramai manusia yang telah menghembuskan
nafas terakhir saat mereka nyenyak di dalam tidur?
Mati
yang datang tiba-tiba itu boleh sahaja bertandang saat tidur seseorang. Atas dasar dan kesedaran itu, orang beriman
tidak mahu menghadap Allah swt dalam keadaan tidak bersuci terlebih dahulu.
Selain
itu, tidur dalam keadaan bersuci turut mengundang kebaikan yang banyak, di
antaranya beroleh doa daripada para malaikat.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa
Rasulullah saw bersabda, “ Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka
malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.
Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa, “Ya Allah, ampunilah
hamba-Mu si Fulan kerana tidur dalam keadaan suci?” (Hadith ini disahihkan oleh
Syaikh al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib 1/37)
Penting
sekali untuk dihadamkan bahawa tidur sebenarnya bukan sekadar urusan istirahat,
dan bukan sekadar urusan berhenti dari sebarang aktiviti fizikal. Tidur yang kita lalui juga merupakan urusan
pengabdian yang telah menciptakan siang untuk bekerja dan malam untuk kita
beristirehat.
Tidur
adalah sebuah cita-cita untuk bangun lagi atau cita untuk bertemu Sang Maha
Pencipta.
Sumber:
anis sept ’11)
No comments:
Post a Comment