Di rumah inilah kami 7 beradik telah dibesarkan. Tidak boleh ku bayangkan bagaimana arwah umi membesarkan kami semua, masing-masing dengan kenakalan sendiri. Mungkin tidak tahan dengan perangai kami ( aku yang tua hingga yang ketiga), kami selalu kena rotan. Arwah umi akan mengejar kami keliling rumah ini dengan batang kenuduk dan pastinya kami akan berhenti di belakang rumah untuk dirotan...sebab di belakang rumah orang tak nampak. Di depan rumah ini ade 2 batang pokok kelapa dan kami bertiga juga pernah di ikat di pokok kelapa ini. Sungguh tension arwah umi dengan kami dan sungguh kejam kami kerana telah menyusahkannya. Adik-adik yang lain tidak merasa kerana aku sebagai yang tua, banyak menjaga mereka.
Arwah bapak paling best. Tidak pernah mencuit atau merotan kami, tapi pastinya kami sangat takut dengannya. Apabila hari ahad, arwah bapak akan membentang tikar di bawah pokok mangga yang rendang di depan rumah ini, bermain sama-sama kami dan menyanyi bersama-sama kami, tidak ketinggalan dengan menghisap paipnya. Overall, we had a very memorable childhood memories.
Kemudian seorang demi seorang meninggalkan rumah ini, samada bekerja dan berkahwin. Sehinggalah pada 1989 pada (14 syawal), arwah bapak meninggalkan kami. Tinggalkan arwah umi di rumah ini sorang-sorang. Dia tidak mau meninggalkan rumah untuk tinggal dengan anak-anak nya. Arwah umi rajin pergi ke rumah anak-anaknya di shah alam, melaka, ke trengganu, johor bahru dan juga di seremban. Rumah yang tinggal ini hanya dihuni oleh adik-adik aku yang balik sekali-kali.
Apabila usianya meningkat, penyakit kencing arwah umi manis agak tinggi dan sukar untuk dikawal. Arwah tinggal bersama adik-adik aku secara bergilir-gilir. Semasa aku bertugas di Putrajaya, arwah umi juga tinggal bersama aku. Peristiwa yang tidak boleh aku lupakan yang sungguh menyayat hati aku..apabila satu malam, arwah umi telah bangun lebih kurang pada pukul 2.00 pg untuk membasuh kain-kain kencingnya. Sayu sungguh hati aku pada ketika itu. Aku biarkan arwah membasuh kainnya, sebab aku tau dia mimilih masa aku sudah tidur. Aku biarkan dia dengan privacy nya sendiri. Walaupun usianya telah menjangkau tua, tetapi ingatannya masih baik. Arwah mungkin memikirkan bahawa dia telah menyusahkan aku. Walaupun aku tidak ade washing machine, tapi aku masih mampu untuk membasuh pakaiannya. Aku galakkan arwah umi supaya memakai pampers tetapi dia berkeras tidak mahu. Apabila dipakaikan, pasti akan dibukakannya. Apabila aku dapat bertukar balik ke johor bahru, arwah umi tinggal dengan adik aku di puchong. Dia sanggup berhenti kerja untuk menjaganya. Sungguh mulia pengorbanannya.
Pada akhir hari aku bekerja sebelum bersara, arwah umi telah dimasukkan ke hospital putrajaya kerana terjatuh dari katil apabila hendak ke bilik air. Kakinya tersangkut dengan kain selimut dan retak tulang pinggulnya dan perlu di operate. Aku menjaganya di hospital putrajaya. Setelah sihat, arwah umi dibenarkan pulang dan balik ke puchong. Kesihatannya pada ketika itu agak baik dan aku pun balik ke johor bahru. Tidak lama selepas itu, sekali lagi arwah umi dimasukkan ke hospital di serdang kerana jantungnya lemah. Sekali lagi aku meluangkan masa untuk menjaganya....Aku masih ingat doktor pakar telah memaklumkan mengenai kesihatan arwah umi yang tidak begitu baik. Malam sebelum arwah meninggal, aku telah bersahur sorang-sorang di wad dengan menonton tv. Secara kebetulan, siaran ugama yang disiarkan pada masa itu adalah mengenai panggilan illahi..Mengingati kita supaya tidak berasa sedih di saat kematian, kerana pemergian adalah untuk bertemu dengan Allah swt. Seolah-olah ingin mengingatkan diri aku ini. Pada hari sabtu 7 oktober 2006, aku bercadang untuk tidur di rumah adik aku di puchong, kerana beberapa malam aku tidak dapat tidur lena. Aku akan tunggu sehingga arwah dah tidur, barulah aku pergi. Jururawat memberitahu pampers dah habis. Selepas buka puasa aku ke alamanda putrajaya untuk membeli pampers. Aku balik dalam pukul 9.30 mlm. aku nak tunggu hingga arwah dah tidur...tapi malam itu keadaan nafasnya nampak begitu cepat. Aku memanggil jururawat dan doktor pun datang sekali. Pada jam 11.45mlm, arwah umi menghembuskan nafasnya yang terakhir..aku berada disisinya di saat-saat akhirnya. Aku bersyukur sangat-sangat kerana ade bersamanya di saat itu. Aku menyampaikan berita itu kepada adik-adik aku. Aku dengan adik-adik perempuan dan sepupu menguruskan jenazah untuk dibawa pulang ke kampung manakala adik-adik lelaki aku pula menguruskan persiapan di kampung. Kami sampai pada pukul 5.00 pagi dan rumah di kampung telah pun sedia menunggu kedatangan kami. Jenazah arwah umi selamat disemadikan di tanah perkuburan kg. baru.
Lama juga rumah ini ditinggalkan kosong. Sekarang ini kami berpakat untuk menghidupkan suasana kembali rumah ini. Kami bersetuju akan kembali ke rumah ini pada musim cuti perayaan, berkumpul ramai-ramai, merapatkan lagi tali silatulrahim....Pada cuti hari raya haji yang lalu, kami ramai-ramai telah balik ke rumah ini, adik-adik aku bersama anak-anak, menjadikan suasana begitu meriah. Ini adalah gambar terbaru rumah family ini....
' sungai ku ' akan bersambungnya...
' sungai ku ' akan bersambungnya...
No comments:
Post a Comment