Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Friday, 16 December 2011

Mata.....dan linangan airnya.



Nabi saw bersabda:
“Sekiranya air mata mengalir di mana-mana wajah kerana takutkan Allah swt walaupun sebesar kepala lalat, maka Allah swt akan mengharamkan wajah itu daripada terkena api neraka. Mana-mana hati yang menggeletar kerana takutkan Allah swt, dosanya akan gugur seperti daun-daun dari pokoknya.”

Satu lagi hadith Nabi saw:
“Sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah swt, maka susah untuknya memasuki neraka sebagaimana susahnya susu masuk kembali ke puting.”

Seorang sahabat ‘Uqbah bin ‘Amir telah bertanya kepada Nabi saw, “apakah jalan keselamatan?”  Nabi saw menjawab, “Jagalah lidahmu, duduklah di dalam rumah dan tangisilah terhadap dosa-dosamu.”

“Aishah r. anha bertanya kepada Nabi saw, “ Adakah di kalangan umat tuan yang akan masuk syurga tanpa hisab?”
Nabi saw menjawab: “Ya, mereka yang menangis kerana mengenangkan dosanya.”

Satu lagi hadith Nabi saw, “Dua titisan yang paling disukai Allah swt.
Pertama: Titisan air mata yang disalirkan kerana takutkan Allah swt.  
Kedua   : Titisan darah yang tertumpah di jalan Allah swt.”


Pada ketika yang lain Nabi saw bersabda yang mafhumnya,
“ Tujuh orang akan dilindungi oleh Allah swt di bawah lindunganNya pada hari kiamat.  Salah seorang daripada mereka ialah seorang yang bersunyi diri mengingati Allah swt sehingga mengalir air mata.” 

Ayat 12 surah al mulk: " Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperolehi ampunan dan pahala yang besar. "

Tentang wajah yang tampak ceria dan gembira di Hari Kiamat..Rasulullah saw pernah bersabda:

" Semua mata akan menangis pada hari kiamat, kecuali 3 hal; Mata yang menangis kerana takut kepada Allah swt; mata yang dipalingkan dari apa-apa yang diharamkan Allah swt dan; mata yang tidak tidur kerana mempertahankan agama Allah swt.


Untuk renungan kita bersama......


No comments:

Post a Comment