Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Friday, 16 December 2011

AKIBAT DENGKI DAN DENDAM


Dendam atau dalam bahasa arab disebut hiqid ialah perasaan yang terbit dari hati manusia yang mengandungi permusuhan dan menunggu masa untuk di lepaskan dendamnya.  Maka berbahagialah diri seseorang yang tiada sifat dendam, sebaliknya berlapang dada, berjiwa besar dan pemaaf.


Seorang yang hatinya bersih dan jiwanya sihat ialah mereka yang apabila melihat suatu nikmat yang diperolehi orang lain ia merasa senang hati dan merasakan kurnia itu pada dirinya juga, sebagaimanapun doa Nabi saw:


" Ya Allah Tuhan kami, tidaklah atau salah seorang  dari makhluk mu masuk dipagi hari dengan mendapat nikmat, maka hanya dari engkau sendiri yang tidak ada sekutu bagimu, bagimu segala puji dan syukur. "



Apabila rasa permusuhan telah timbul, tidak dapat dibendung hingga berakar umbi.  Maka akan mengakibatkan hilang pertimbangan rasa kasih sayang dan mengakibatkan rosak perdamaian.  dosa yang mulanya kecil menjadi besar dan mengakibatkan bala' bencana dari Allah swt.  Bencana dari Allah swt mulanya sebagai amaran dan akhirnya jika tiada berlaku perubahan, maksiat tetap dilakukan Allah akan hancurkan sehancur-hancurnya.

Perasaan iri hati kerana orang lain memperolehi nikmat kadangkala dapat menimbulkan khayalan yang bukan-bukan sampai kepada pendustaan.  Islam membenci perbuatan tersebut.  Mencegah adanya ketegangan dan permusuhan menurut Islam adalah satu ibadah dan membiarkannya adalah maksiat.

Nabi saw telah bersabda: maksudnya:  "Mahukah aku beritahukan kepadamu  perkara yang lebih utama dari puasa, solat dan sedekah?  Jawab sahabat tentu mahu.  Sabda Nabi saw: " Mendamaikan diantara kamu, kerana rosaknya perdamaian diantara kamu adalah menjadi perosak agama."

Orang yang hatinya dihinggapi perasaan dengki dan dendam biasanya mereka akan mencari kesempatan untuk melepaskan dendam dan dengkinya kepada orang lain yang dianggap musuhnya.  Dalam hadis Nabi saw riwayat Ibnu Abbas ra, Rasulullah bersabda, bermaksud: 

"Orang yang paling jahat diantara kamu ialah yang duduk terpencil tinggal sendiri. Ia memukul hambanya dan tidak memberi makan kepadanya.  Dan diantara orang yang jahat itu, ada lagi yang lebih jahat ialah orang yang membenci dan dendam kepada saudaranya.  Diantara orang yang jahat dan buruk perangai diatas, ada lagi yang lebih teruk perangainya ialah orang yang tidak mengaku kesalahannya dan tidak mahu memaafkan dan tidak mahu meminta maaf. Dan yang paling jahat sekali diantara sejahat-jahat manusia ialah yang tidak diharapkan kebaikannya dan orang yang tidak akan aman dengan kejahatannya. "

Hadis Nabi saw riwayat Thabarani, maksudnya - 
" Sesungguhnya adu domba dan dendam tempatnya di neraka.  Kedua-duanya tidak dapat berkumpul pada hati seorang muslim.  "

Rasa dendam dan perbuatan adu domba itu merupakan penyakit hati yang membawa kepada buruk sangka.  Suka menyelidek keburukan orang lain, mencela dan memburukan cacat orang lain.  Itu sifat dan perbuatan yang sangat di benci oleh Islam.  

" Tiada seorang yang menutup aurat (keburukan) orang lain didunia melainkan Allah swt akan menutup keburukannya di hari akhirat.

" Janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah swt kepada sebahagian kamu lebih banyak sebahagian yang lain.  Kerana bagi orang lelaki, ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan bagi orang perempuan, ada bahagian dari apa yang mereka usahakan.  Mohonlah kepada Allah swt dari kurniaNya.  Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. " surah an nisa' - ayat 32.

Tiga golongan manusia yang tidak diangkat solatnya, walaupun sejengkal diatas kepalanya: 

Pertama:  lelaki yang menjadi imam dari suatu kaum yang membencinya.

Kedua : Perempuan yang bermalam tidur tetapi di benci oleh suaminya.  

Ketiga : Dua orang yang bermusuhan dengan sebab benci membenci dan dengki mendengki antara satu sama lain. (HR Ibnu Majah).

Amal manusia akan diperhitungkan dua kali dalam seminggu.  Pada hari itu Allah swt memperhitungkan dan menghukumi pekerjaan manusia yang telah dilakukan.  Jika hatinya bersih, maka ia selamat dari kesalahan.  Tetapi jika hatinya berlumuran dosa marah, dosa iri hati dan dosa benci membenci, maka ia termasuk dalam perhitungan azab siksa hingga mencapai perdamaian.


Dengan itu, marilah kita sama-sama  menjauhkan diri kita dari perasaan dengki dan dendam ini, kerana ianya pasti akan membuat hati kita rosak, .........akibat penyakit hati.

nota:  al munir simbang 
ustaz hussin -20/3/11 (ahad)

No comments:

Post a Comment