Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Wednesday, 14 December 2011

Surah al baqarah ..ayat 183......

"Wahai orang-orang yang beriman.. Diwajibkan  atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. "


Puasa telah difardhukan ke atas setiap bahagian
dari diri seseorang: 

Puasa lidah adalah mengelakkan diri dari berbohong dll. 
Puasa telinga adalah berjaga-jaga dari mendengar
sesuatu yang haram.  
Puasa mata adalah berjaga-jaga dari benda-benda,
permainan dan yang melalaikan dan demikian itulah
untuk segala anggota yang lain hinggakan
puasa nafsu adalah mengelakkan diri dari tamak 
dan tuntutan syahwat. 
Puasa hati adalah mengosongkanya dari cinta dunia. 
Puasa roh adalah memelihara diri dari semua kelazatan,
walaupun dari  kelazatan akhirat dan 
puasa sirr khas adalah mengawalnya dari kewujudan 
selain Allah swt.


Apakah itu sirr? 
Rahsia yang tidak terucap tetapi tersimpan di lubuk hati.  Hanya Allah swt saja yang mengetahui sirr sedang para malaikat (termasuk Rakib dan Atik yang mencatat segala perilaku manusia)  juga tidak mengetahuinya.

No comments:

Post a Comment