Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Tuesday 17 January 2012

9 MIMPI RASULULLAH S.A.W


Nabi Muhammad saw bersabda, “ sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam  sebelum aku di Israqkan.
  1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi mala’ikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA. 
  2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
  3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIR YANG TULUS IKHLAS kepada Allah swt.
  4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat dari api neraka jahanan yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
  5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia didatangi satu telaga, dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia rasa puas.
  6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan.  Setiap kali dia akan di usir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulan seraya duduk di sebelahku.
  7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya sedangkan pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT, lalu mengeluarkannya dan kegelapan kepada tempat yang terang benderang.
  8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan orang-orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIM DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU.  Lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya dan  berbicara mereka dengannya.
  9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma SEDEKAH YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT.  Lalu menepis muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
 Sabda Rasulullah saw, ertinya " sampaikan pesananku kepada umatku walaupun dengan sepotong ayat."

No comments:

Post a Comment