Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Tuesday, 17 January 2012

SYAIR RABIATUL ADAWIYAH...


Sambil membaca, dengarkanlah lagu dari In-Team ini...semoga terhibur.

                         


Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“ Kekasihku tiada  menyamai  kekasih lain biar bagaimanapun.  Tiada  selain Dia  di dalam  hatiku  mempunyai  tempat manapun. Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekali pun. Akan tetapi Dia tidak ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabiatul Adawiyah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencinta Allah swt.  Dia menjadikan kecintaan pada Illahi sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwanya.  Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah swt seperti yang pernah diluahkannya.

“ Wahai Tuhanku, apakah Engkau akan membakar dengan api, hati yang mencintai Mu dan lisan yang menyebut Mu dan hamba yang takut kepada MU?”

Kecintaan Rabiatu Adawiyah kepada Allah swt berjaya melewati penghargaan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah Mu  kerana takut daripada api neraka Mu, maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah Mu kerana tamak kepafa syurga Mu, maka haramkahlah aku daripadanya. Tetapi jika aku menyembah Mu kerana kecintaanku kepada Mu, maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah Mu yang Maha Besar, Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabiatul Adawiyah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepadaNya.

Rabiatul Adawiyah meninggal pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya  menjangkau 80 th.  Moga Allah swt meredainya...Amin.









No comments:

Post a Comment