Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Tuesday, 18 December 2012

SELAWAT YANG PALING AFDAL...


Dari Abu Mas'ud al Anshari katanya, " Ketika kami sedang berada di dalam majlis Sa'ad bin Ubadah, sekonyong-konyong Nabi s.a.w. datang.  Basyir bin Sa'ad bertanya kepada baginda, "Allah memerintahkan kami supaya berselawat kepada anda.  Bagaimana caranya kami berselawat itu, ya Rasulullah?"  Kata Abu Mas'ud, "Rasulullah s.a.w.  diam saja tidak segera menjawab.  Sehingga kami mengira, mungkin baginda tidak menyukai pertanyaan itu."  Kemudian baginda bersabda, " Ucapkanlah; Allahumma solli ala Muhammad, wa aala aali Muhammad.  Kama sollaita ala Ibrahim.  Wa baarik ala Muhammad, wa ala ali Muhammad.  Kama baarakta ala Ibrahim.  Fil alamani innaka hamidun majid.  Kemudian memberi salam. dan caranya ialah sebagaimana anda semua telah mengetahui."   (HR Muslim.)        



Sabda Rasulullah s.a.w. " Sebaik-baik dan seutama-utama manusia pada hari kiamat adalah mereka yang banyak berselawat kepada ku." (HR an-Nasa'i, Ibnu Hibban dari Ibnu Masiud.)

Selawat akan terus berpanjangan manfaatnya kepada orang beriman yang mengamalkannya.  di akhirat nanti, kita memang mengharapkan syafaat daripada nabi.  Ketika itu tidak ada siapa yang boleh membantu kita dan amalan yang ada pun tidak seberapa maka yang boleh membantu kita adalah Rasulullah.

Bagaimana caranya untuk mendapatkan bantuan dari Rasulullah s.a.w.?  Semua itu boleh diperolehi dengan berselawat, itulah tawaran luar biasa yang Allah berikan melalui nabi.  Baginda Rasulullah adalah orang yang amat memikirkan tentang umatnya sehingga di saat akhir nyawanya baginda tetap mengingati umatnya.  Betapa hebatnya kasih nabi walaupun kita tidak berpeluang bertemunya semasa hayatnya tetapi kasih baginda tidak pernah terputus. 

Selawat itu bukan perkataan biasa, jumhur ulama mengatakan selawat itu adalah ibadat dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.  Ia sama seperti berzikir, tasbih dan tahmid,  Sama kedudukannya macam zikir, ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan ketika.

Selawat nabi mengandungi syafaat dunia dan akhirat. Ia bukan sekadar doa atau pujian tetapi mengandungi makna yang cukup luar.  Kalau boleh diandaikan begini, Rasulullah s.a.w. itu umpama anterna yang menghubungi rohani umatnya dengan Allah yang Maha Pencipta.  Sebab itulah Allah menyebut di dalam firmannya, untuk mendapatkan cinta Allah kena cinta Rasulullah.  Kasih sayang Allah akan sentiasa melimpah kepada orang yang suka berselawat kepada kekasih Nya.  

Sebagaiamana disebut di dalam hadis, "Malaikat Jibril datang kepada ku sambil berkata, 'Sangat menyenangkan untuk engkau ketahui wahai Muhammad, bahawa untuk satu selawat dari seseorang  umatmu akan Ku imbangi dengan sepuluh doa baginya.  Dan sepuluh salam bagi ku akan Ku balas dengan sepuluh salam baginya. " HR Nasai.

petikan dari: Al Islam feb '12
(selawat sebagai doa & Umum)

2 comments: