MALIKUL MULK
(MAHA
MENGUASAI KERAJAAN ABADI)-
NAMA INDAH
ALLAH YANG KE 84.
Surah at-Taghabun ayat
1, (64.1) maksudnya:
“ Apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang di bumi
sentiasa bertasbih kepada Allah; milik-Nya semua kerajaan dan bagi-Nya (pula)
segala puji dan Dialah Maha Kuasa atas segala sesuatu. ”
Nama ini menunjukkan bahawa Allah adalah pemilik kekuasaan
iaitu yang menguasai segala sesuatu dan yang mengatur di dalamnya tanpa ada had
yang dapat menghalangnya.
Al Mulk (kekuasaan) itu kembali kepada 3 perkara:
- Ditetapkan sifat kekuasaan bagi-Nya yang merupakan sifat-Nya yang agung.
- Semua makhluk, baik raja maupun hamba, sentiasa memerlukan kepada-Nya dan meminta kepada-Nya segala hal yang mereka perlukan.
- Segala yang diatur pasti terlaksana. Dia mentakdirkan bagi makhluk-makhluk apa yang dia kehendaki dan menghukum setiap yang Dia inginkan. Tidak ada yang dapat menolak takdir-Nya, tidak ada yang mampu mengalahkan hukum-Nya.
Kisah hikmat:
Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. pernah mengalami musim kering
yang begitu panjang. Lama sudah hujan
tidak turun membasahi bumi. Nabi
Sulaiman a.s. mula didatangi umatnya untuk bantuan dan bermohon kepada Allah
swt agar menurunkan hujan untuk membasahi kawasan mereka. Nabi Sulaiman a.s. kemudian memerintahkan
satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri daripada bangsa jin dan manusia
berkumpul di kawasan lapang untuk berdoa memohon kepada Allah swt agar musim
kering segera berakhir dan hujan turun segera.
Sesampainya mereka di situ, Nabi Sulaiman a.s. melihat seekor
semut kecil berada di atas seketul batu.
Semut itu terbaring kepanasan dan kehausan. Nabi Sulaiman a.s. terdengar Sang Semut mula berdoa
memohon kepada Allah swt “ Ya Allah, pemilik segala khazanah! Aku berhajat
sepenuhnya kepada-Mu, aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah, aku
akan kehausan dan kami semua
kekeringan. Ya Allah, aku berhajat
sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu. Kabulkanlah
permohonanku,” doa Sang Semua kepada Allah swt.
Mendengar doa Sang Semut, maka Nabi Sulaiman a.s. kemudian
memerintahkan seluruh jin dan manusia untuk segera kembali pulang ke kerajaan
masing-masing sambil berkata kepada mereka, “ Marilah segera pulang, sebentar
Allah swt akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah swt telah mengkabulkan permohonan
seekor semut.”
Kemudian Nabi Sulaiman a.s. dan rombongannya pulang kembali ke
kerajaan masing-masing.
Inilah bukti kehebatan Allah yang
Maha Menguasai seluruh kerajaan.
Menyingkap kehebatan nama-nama Allah - Telaga Biru.
No comments:
Post a Comment