Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Thursday, 16 February 2012

KEHEBATAN NAMA-NAMA ALLAH SWT...


AL –AHAD  (MAHA ESA)

Surah al Ikhlas ayat 1 (112.1), maksudnya: “ Katakan    (Muhammad), Dialah Allah, Yang Maha Esa.”

Nama ini amat jelas dari segi maknanya yang menjadikan orang kafir Quraisy tidak mahu mengikut kepada ajaran Banginda Nabi saw.  Al-Ahad membawa maksud Yang Maha Esa  keesaan Allah swt. Apabila disebut kalimat ini, maka akan difahami bahawasanya ia menafikan wujudnya yang lain. 

Keteguhan Bilal kepada al-Ahad.

Bilal bin Rabah ialah hamba sahaya kepada Umayyah bin Khalaf, ketua Bani Zum’ah di Makkah.  Secara diam-diam, Bilal masuk Islam di hadapan Rasulullah.  Tetapi keislaman Bilal akhirnya diketahui juga oleh Umayyah.  Umayyah marah, lalu menyeksa Bilal setiap hari supaya Bilal meninggalkan Islam.  Dengan teguh Bilal menjawab, “Ahad...Ahad...! Hanya Allah yang Esa yang berhak disembah !” Umayyah semakin marah.  Bilal disebat berpuluh-puluh kali, lalu diseret dan dijemur di bawah terik mataraha yang sangat menyengat.  Dengan sabar Bilal terus menjawab, “Ahad...Ahad...!”  akhirnya Bilal dibebaskan oleh Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra.

Allah Maha Esa, tidak memiliki bahagian-bahagian, tidak memiliki ayah, ibu, datuk, nenek dan sebagainya.  Dia tidak memiliki sekutu dan pasangan.. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakan.  Oleh sebab itulah, Allah memiliki nama indah al _Ahad,
Yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment