Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Wednesday, 8 February 2012

SOLAT SUNAT DHUHA...


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa ia berkata: bermaksud, “ Saya telah dipesan oleh Junjunganku (Nabi Muhammad saw) 3 perkara yang tidak saya tinggal sehingga mati. 
  • Puasa 3 hari tiap-tiap bulan.
  • Solat sunah Dhuha.
  •  Tidur sesudah solat sunat witir.  

          (HR Al -Bukhari)

Kelebihan:

     1.   Tidak termasuk di dalam golongan orang yang lalai.

Orang yang melakukan solat dhuha tidak termasuk dalam golongan orang yang lalai, tetapi mereka termasuk dalam golongan adibin dan qatinin.  Rasulullah saw bersabda maksudnya; “Sesiapa yang solat dhuha 2 rakaat nescaya dia tidak ditulis dalam kalangan orang yang lalai. Sesiapa yang solat Dhuha 4 rakaat nescaya dia ditulis dalam kalangan abidin (ahli ibadah).  Sesiapa yang solat 6 rakaat nescaya dia dilindungi Allah pada hari tersebut.  Sesiapa yang solat dhuha 8 rakaat nescaya Allah menulis baginya di dalam kalangan Qatinin (sentiasa berdiri untuk beribadat) dan sesiapa yang solat dhuha 12 rakaat nescaya dibinakan sebuah istana baginya dalam syurga.  Setiap hari siang dan malam Allah mengagih-agihkan kurnia-Nya kepada hambaNya.  Tiada kurniaan Allah di atas seorang hambaNya lebih baik daripada keupayaannya yang sentiasa berzikir kepada Allah.  (HR al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir).

 
     2.   Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikan atau sedekah.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: “Setiap pagi, semua anggota sendi kamu menampilkan amal sedekah. Setiap tasbih merupakan sedekah, setiap tahmid merupakan sedekah, setiap tahlil merupakan sedekah, setiap takbir merupakan sedekah, amar makruf merupakan sedekah, nahi mungkar merupakan sedekah....dengan hanya melaksanakan dua rakaat solat dhuha. (HR Muslim dalam Sahih Muslim, kitab solat Musafir. Bab solat Dhuha.)

Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “Setiap manusia dilengkapi dengan 360 tulang sendi yang mengeluarkan sedekah setiap hari.  Sahabat bertanya, “Siapakah yang mampu berbuat demikian itu wahai Rasulullah?”  Baginda menjawab, “Dengan menghapuskan kahak , mengembuskannya dengan tanah di dalam masjid atau membuang sesuatu yang mengganggu orang di jalan.  Atau dengan menunaikan 2 rakaat solat dhuha.  Ia boleh melunaskan semua sedekah tersebut. (RH Iman ahmad dan Abu Daud).

     3.   Memperkenankan doa selepas Solat Sunat Dhuha.

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa dia melihat Rasulullah saw melakukan solat sunat Dhuha 8 rakaat, setelah selesai Baginda bersabda, maksudnya: “ Saya telah menunaikan solat dengan penuh harapan (khusyuk) dan rasa takut kepada Allah swt.  Kemudian saya berdoa memohon kepada Allah swt 3 perkara dan diperkenankan 2 permintaan dan 1 lagi tidak diperkenankan.  Saya memohon kepadaNya supaya tidak ditimpakan bala ke atas umat aku dengan musim kemarau (kebuluran.)  Permohonan ini Allah tunaikan.  Dan aku berdoa lagi memohon Allah agar aku tidak dikalahkan oleh musuh mereka dengan sekaligus.  Permohonan ini  pun diperkenankan.  Akhirnya aku memohon kepada allah supaya umatku tidak berpecah belah, tetapi permohonan ini tidak diperkenankan.”  (HR Ahmad dalam Musnad Anas bin Malik.)

     4.   Dimurahkan Rezeki.

Daripaada Adbullah bin ‘Amru bin al-‘Ash katanya, bermaksud: “Adakah kamu suka aku tunjukkan kepada kamu sesuatu ibadah yang lebih menguntungkan kamu, lebih banyak hasilnya dan lebih cepat pulangannya?  Iaitu ibadah orang yang Dhuha.  Orang ini lebih hampir meraih sasarannya lebih lumayan keuntungannya malah lebih cepat mendatangkan pulangannya.” (HR Ahmad dalam baba Musnad Abdullah bin’Amru bin al-‘Ash.)

     5.   Dipelihara Oleh Allah.

Allah memelihara orang yang mendirikan solat Dhuha dan memberikan pahala yang banyak.  Daripada Nu’aim bin Hammar r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah saw bersabda:  Firman Allah swt, maksudnya: “Wahai anak Adam jangan malas kepadaKu mengerjakan 4 rakaat Dhuha pada awal siang . Jika engkau laksanakan, nescaya Aku pelihara kamu pada petang tersebut.” (HR Abu Daud dan Al-Termizi.)

     6.   Dosa dihapuskan.

Dosa seseorang itu dihapuskan jika dia melakukan solat sunat dhuha.  Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a. bahawa Baginda berkata, maksudnya: “ Sesiapa yang pergi-ketika matahari sedang naik- berwudhuk dengan sesempurnanya kemudian menunaikan solat sunat dhuha nescaya akan diampun baginya segala dosanya.  Dia menjadi (bersih dosanya) seperti budak yang baru dilahirkan ibuynya.”  (HR Abu Ya’la)

         



1 comment:

  1. TERIMAKASIH BANYAK BANYAK .. TERLALU BESAR FHADHILATNYA SEHINGGA SAYA PON TAK DPT NAK LEPAS PANDANG TERUS AMBIK DAN POST DALAM BLOG .. SEMOGA SEGALANYA MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH SWT ..INSYA'ALLAH AAMIINNNN

    ReplyDelete