1.
1. Sesudah azan
Sebagaimana sabda Rasulullah saw, " Jika kalian mendengar muazin, maka ucapkanlah seperti apa yang ia ucapkan. Kemudian berselawatlah untuk ku. Kerana sesungguhnya barang siapa yang berselawat untuk ku satu kali, Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali. Kemudian mohonkanlah kepada Allah wasilah untuk ku. Sesungguhnya ia adalah suatu tempat di syurga. Ia tidak layak kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah. Aku berharap bahawa hamba itu adalah aku. Barang siapa memintakan wasilah untuk ku, maka ia berhak menerima syafaat ku." (HR Muslim.)
2. Sesudah membaca tasyahud akhir.
"Jika salah seorang dari kamu bertasyahud dalam solat maka hendaklah ia membaca, " Allahumma salli'alaa Muhammad.........Inna hamuidun majid. (HR al-Baihaqi)
3. Di permulaan doa dan akhirnya.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi, tidak naik sedikit juga daripadanya sehingga engkau berselawat atas Nabi mu." (HR At-Tirmizi.)
4. Di dalam solat jenazah.
Sebagaimana Imam Syafie di dalam al-Musnad: Sunah Rasulullah saw dalam melaksanakan solat jenazah adalah bertakbir pada permulaannya, setelah itu membaca al-Fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat bertakbir lagi (yang ketiga)...."
5. Di antara takbir-takbir solat hari raya.
6. Di akhir doa qunut dan di hari Jumat.
Sabda Rasulullah saw, " Perbanyakanlah oleh mu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dipintakan kepada ku." (HR Tabrani.)
Diriwayatkan oleh an-Nasai, bahawasanya disukai kita mengakhiri qunut dengan selawat dengan lafaz, " Dan semoga Allah melimpahkan rahmat kepada Muhammad."
7. Ketika berziarah ke kubur
Nabi Muhammad saw.
Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith Rasulullah saw, " Tiada salah seorang dari kamu yang mengucapkan salam kepada ku, yakni di sisi kubur ku, melainkan Allah mengembalikan kepada ku roh ku untuk menjawab salamnya itu. " (HR Abu Daud.)
8. Ketika di dalam khutbah.
9. Ketika memulakan suatu pekerjaan yang baik atau urusan penting dan berharga.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda; " Setiap pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang keberkatannya." (HR Abu Hurairah.)
10. Ketika orang menyebut dan mendengar nama Rasulullah disebut.
" Orang yang kedekut itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut nama ku di sisinya." (HR ahmad.)
11. Di kala kesusahan dan tertimpa ujian.
12. Setiap kali mengadakan majlis.
Sabda Rasulullah saw, " Tidaklah duduk suatu kaum di dalam suatu majlis,
sedang mereka tidak berselawat untuk Nabi melainkan ia akan menderita kekurangan maka jika Allah mengkehendaki, nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki, nescaya akan mengampunkan mereka." (HR At-Tirmizi dan Abu Daud.)
p/s: Semoga selawat-selawat kita mendapat syafaat dari Nabi saw dikemudian hari kelak....
sumber Al Islam feb 2012
No comments:
Post a Comment