Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Thursday 29 March 2012

KELEBIHAN BERSELAWAT.....



Menurut Dr. Zulkifli al-Bakri, selawat kepada Nabi saw banyak kelebihan dan faedahnya seperti yang disebutkan oleh Syeikh Abd  Al-Qadir al-Jailani Al-Hasani Rahimullah.

Di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadariyyah, beliau meriwayatkan daripada Ibn Farhun berkata: “ Berselawat kepada Nabi Muhammadsaw mempunyai 42 kelebihan.” Hal ini tertulis di dalam kitabnya Hadaiq al-Anwar:

  1. Melaksanakan perintah Allah swt.
  2. Bersama dengan selawat Allah swt kepada Rasulullah.
  3. Bersama dengan selawat para malaikat.
  4. Mendapat ganjaran 10x selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat.)
  5. Dikurniakan oleh Allah swt 10 darjat atas tiap-tiap 1 selawat.
  6. Dituliskan oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat.
  7. Dihapuskan oleh Allah 10 kejahatan atas setiap selawat.
  8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
  9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah saw.
  10. Mendapat keampunan daripada Allah serta akan ditutup segala keaiban.
  11. Allah akan menutupi segala dukacita.
  12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah saw.
  13. Mendapat darjat al-Sidq.
  14. Ditunaikan segala hajat.
  15. Selamat sejahtera pada hari kiamat.
  16. Allah swt dan para malaikat akan berselawat ke atas orang yang berselawat.
  17. Mendapat khabar gembira daripada Allah swt dengan balasan syurga.
  18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
  19. Rasulullah akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
  20. Mudah mengingati semula perkara-perkara yang lupa.
  21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa  pada hari itu.
  22. Tidak akan merasai fakir.
  23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
  24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah saw kepada yang berselawat.
  25. Selawat akan menjemput pengucapnya ke jalan syurga.
  26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut Allah dan RasulNya atau daripada majlis-majlis lagha (melalaikan).
  27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut Alhamdullillahi rabbil allamin ( di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad.
  28. Selamat melintasi titian Sirat al Mustaqim pada hari kiamat.
  29. Terpelihara dari sifat kasar dan gelojoh.
  30. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
  31. Mendapat balasan rahmat daripada Allah.
  32. Mendapat keberkatan daripada Allah.
  33. Mendapat kesempurnaan iman.
  34. Kasih dan cinta kepada Rasulullah saw.
  35. Mendapat hidayah dari Allah.
  36. Setiap selawat yang  dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah saw  secara langsung.
  37. Teguh pendIrian dengan kebenaran.
  38. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah ke atas diri kita.  Di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutus Rasulullah kepada kita.
  39. Berselawat juga bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah ke atas Rasulullah dan kepada diri sendiri.
  40. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt.
  41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah saw di dalam jiwanya.
  42. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang syeikh dan murabbi. 

Petikan dari: majalah al islam feb ’12.


Marilah sama-sama kita berselawat ke atas Nabi saw agar kita sama-sama mendapat fadhilatnya. Amin..amin...


















No comments:

Post a Comment