Surah al-Hajj 22:60, Maksudnya:
“Demikianlah dan sesiapa membalas seimbang dengan
(kezaliman) penganiayaan yang pernah dia
derita kemudian dia dizalimi (lagi), pasti Allah akan menolong. Sungguh, Allah Maha Pemaaf lagi Maha
Pengampun.”
Al-‘Afuw bermaksud Allah swt Maha Pemaaf kepada
hamba-Nya. Kemaafan Allah swt itu
sehinggakan akan dimaafkan segala kesan dosa yang amat kecil. Kemaafan Allah juga akan menjauhkan seseorang
yang melakukan dosa daripada jejak-jejak dan kesan-kesan dosa yang pernah
dilakukan apabila seseorang itu bertaubat dan kembali kepada Allah swt.
Kisah hikmah – Kambing Beracun.
Zainab binti al-Harits, isteri Salam bin Misykam berniat
meracuni Rasulullah saw dengan menghidangkan kambing bakar yang telah
diletakkan racun.
Rasulullah saw mengambil sedikit, menggigit dan
menyungahnya. Namun, Baginda tidak
menelannya. Kambing yang dimakan
Rasulullah itu memberitahu sendiri bahawa dirinya beracun.
Rasulullah lalu berhenti memakannya dan memerintahkan sahabat yang lain turut
berhenti.
Rasulullah kemudian memanggil Zainab binti al-Harits, “Nampaknya
daging kambingmu ini beracun. Benarkah
demikian?” Baginda bertanya. “Ya,”
Zainab mengakui dengan jujur. “Mengapakah
engkau melakukan ini?” Tanya Rasulullah.
Zainab menjawab, “Aku hanya ingin tahu apakah benar engkau seorang Nabi.” Mendengar akan jawapan itu, maka Rasulullah
memaafkan Zainab. Lalu Zainab memeluk
Islam dan menjadi orang yang beriman.
Sifat pemaaf inilah yang diajarkan Allah swt kepada Rasulullah saw. Allah Maha Pemberi Maaf. Oleh sebab itulah, Allah memiliki nama yang
indah al-‘Afuw yang bererti
Maha Pemaaf.
Sumber: Telaga Biru - Menyingkap kehebatan nama-nama Allah di sebalik kisah hikmah.
No comments:
Post a Comment