Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Wednesday, 2 May 2012

MALAM...


Apabila Bumi Telah Gelap..

Malam adalah saat yang paling ditunggu oleh para solihin.  Keberkatannya melimpah.  Keagungannya tersangat. Menggambarkan akan kehebatan dan keagungannya.

      • Allah muliakan malam lebih daripada siang   berdasarkan turutan sebutan dalam al-Quran.
      • Waktu yang paling intim interaksi antara hamba dengan Khaliqnya.
      • Waktu yang Allah melimpahkan kekuatan spiritual dan rahmat kasih sayang-Nya.
      • Malam adalah waktu yang diberkati.
      • Malam adalah saat yang dijanjikan dengan perkenan dan mustajabnya berdoa.
      • Malam adalah saat yang Allah ‘turun’ ke langit dunia.
      • Berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj kepada Rasulullah saw.
      • Nabi Musa mendapat petunjuk daripada Allah.
      • Nabi Musa bermunajat di Bukit Tursina.
      • Nabi Ibrahim mendapat mimpi yang merupakan perintah daripada Allah.
      • Nabi Daud memohon ampun kepada Allah dan rukuk serta sujud kepada-Nya.
      • Al-Quran diturunkan kepada junjungan Nabi Muhammad saw.
      • Diturunkan Suhuf Ibrahim, kitab Zabur, Taurat dan Injil.
      • Lailatulqadar yang terjadi dalam bulan Ramadhan.
      • Nabi menerima wahyu yang pertama di Gua Hira’.
      • Nabi memulakan perjalanan hijrah ke Madinah.
      • Malam Nisfu Syaaban yang sarat dengan keberkatan.
      • Malam Aidilfitri dan Aidiladha adalah malam yang sangat mulia.

Menghidupkan qiamullail adalah tradisi orang-orang soleh yang ertinya malam dihidupkan dengan solat, zikir, membaca al-Quran, istighfar, taubat, bermuhasabah dsb.

Sebuah hadis yang direkodkan oleh at-Termidzi, Nabi saw menyatakan, “Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana ia adalah tradisi orang soleh sebelum kamu.  Qiamullail mendekatkan dirimu kepada Allah, menghapuskan dosa dan mengusir penyakit daripada tubuh.”

Golongan solihin akan menjadikan malamnya saat yang terindah untuk bermunajat kepada Allah, Tuhannya.  Sementara golongan yang kenyang dengan maksiat akan menjadikan waktu malamnya saat untuk berpeleseran dan kemungkaran.  Alangkah malang dan ruginya.

      • Qiamullail adalah amalan yang paling utama setelah solat fardhu.
      • Amalan tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah saw.
      • Mendapat darjat kemuliaan (maqaman mahmuda.)
      • Salah satu penyebab untuk masuk syurga.
      • Menjauhkan diri daripada neraka.
      • Memadamkan api kemurkaan Allah.
      • Mendapat kecintaan Allah.
      • Menghapuskan dosa.
      • Mendapat keselesaan di Padang Mahsyar.
      • Membersihkan jiwa.
      • Menyembuhkan penyakit kronik.

Pohonlah kepada-Nya Yang Maha Penyayang agar kita dianugerahkan petunjuk dan kekuatan.  Semoga hati  kita celik dan cerah, untuk melihat lorong dan jalan yang terbentang luas menuju redha dan syurga-Nya.

Sungguh  siang itu terang, jangan sesekali digelapkan dosa, malam itu gelap maka terangilah dengan ibadah dan ketaatan.

Sumber: anis jan ‘11

No comments:

Post a Comment