Seorang penyair Farsi pernah bermadah:

‘ Tidak semestinya dengan memandang (wajah) sahaja cinta terbentuk. Kadangkala khazanah cinta terbentuk dengan perkataan.’

Sebagaimana lahirnya cinta kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Kisah cinta Rabiatul Adawiyah kepada Rabbnya, menolak pinangan kerana cintanya hanyalah untuk YANG SATU...dan cintanya Bilal bin Rabbah kepada Rasulullah saw. Wafatnya Baginda, Bilal tidak lagi dapat melaungkan ‘azan kerana terlalu sedih mengingati Baginda. Kisah cinta sejati yang lahirnya dari sekeping daging yang suci, itulah............HATI........yang banyak berkata-kata...

Wednesday, 2 May 2012

UNTUK INGATAN BERSAMA.....


KATEGORI DOSA 


Secara umumnya, dosa terbahagi kepada 2 kategori iaitu dosa besar dan dosa kecil.  Dosa besar adalah dosa yang disertai ancaman hukuman di dunia, atau ancaman hukuman di akhirat. 

Para ulama berbeza pendapat mengenai bilangan dan jumlah dosa-dosa besar.  Ada di antara mereka mengatakan terdapat 7 kategori berdasarkan hadis Rasulullah saw, “Jauhi oleh kalian 7 dosa yang membinasakan.”  Ditanya kepada beliau, “Apa saja ya Rasulullah?”  Nabi menjawab, “Syirik terhadap Allah, sihir, membunuh jiwa (manusia) yang dilarang Allah selain dengan dasar yang dibenarkan (oleh agama), memakan harta anak yatim, memakan riba, berpaling mundur di saat perang, dan menuduh zina terhadap wanita-wanita beriman.”  (Muttafaqun alaihi)

Firman Allah, “ Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terdahap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”  (Surah Al-Imran:135.)

Allah swt memberi jaminan, mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan larangan-laranganNya, akan dihapuskan kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa kecilnya. Firman Allah, “Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahan (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga.) Surah an-Nisa:31)

Abu Talib al-Makki. Seorang ahli sufi dan pakar hadis mengkategorikan dosa besar kepada 17 jenis.  Dosa kecil adalah yang tidak disebutkan di bawah ini.  Dosa besar adalah yang dimaksudkan adalah:

·        4 jenis di hati iaitu:
                                            I.            Syirik.
                                          II.            Melakukan maksiat tanpa henti.
                                        III.            Berputus asa.
                                     IV.            Tidak takut dengan seksa Allah.

·        4 jenis pada lisan iaitu:
                                            I.            Menjadi saksi palsu.
                                          II.            Menuduh wanita baik berzina.
                                        III.            Melakukan sumpah palsu.
                                     IV.            Mengamalkan sihir.

·        3 jenis di perut iaitu:
                                            I.            Minum arak.
                                          II.            Memakan harta anak yatim.
                                        III.            Memakan riba.

·        2 jenis di kemaluan iaitu:
                                            I.             zina.
                                          II.            Melakukan homoseksual.

·        2 jenis dosa di tangan iaitu:
                                            I.            Membunuh.
                                          II.            Mencuri.

·        1 jenis di kaki iaitu lari dalam peperangan.

1 jenis dosa seluruh badan, iaitu derhaka terhadap orang tua.

No comments:

Post a Comment